Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Final : Goodbye💧

"Mana kembar bertiga tu pergi?", tanya Adrienne. Biarpun perasaan marah masih terbit di dalam hatinya, sebagai salah seorang housemate, dia tidak boleh mengendahkan sahaja akan keadaan ketiga-tiga orang putera itu.

"Entah. Dari tadi lagi aku tak nampak diorang", jawab Eun Ji seraya menjongketkan bahunya. Sejujurnya, dia juga turut merasakan perkara yang sama seperti puteri Perancis itu.

"Ah, biarlah diorang. Peduli apa kita!", balas Kirazz kasar. Berbeza dengan Adrienne dan Eun Ji, Kirazz masih lagi menyimpan dendam terhadap ketiga-tiga orang sahabat mereka itu dan berjanji tidak akan sekali-kali memaafkan mereka pun. Dan itu, sememangnya sedikit melampau pada pandangan dua orang kawannya.

"Haih, kau still tak boleh maafkan diorang ke?", tanya Adrienne.

"Maafkan? Pfft, kau ingat senang ke untuk aku maafkan diorang macam tu aje? Jangan mimpilah!"

"Kenapa kau memperbesarkan sangat hal ni? To be honest, hal ni kecik aje actually."

"Memang hal ni kecik tapi aku tak boleh terima hakikat yang perkara ni dah sakitkan, lukakan hati Eun Ji."

Eun Ji terkejut. Tidak sangka, Kirazz menjadi begitu bengang hanya disebabkan dia. Prihatin sungguh kawan dia yang seorang tu. Dia tidak mampu mengharapkan kawan yang lebih baik lagi. Cukuplah dia ada Kirazz dan Adrienne di sisi untuk menceriakan harinya.

"Kirazz, aku tahu kau bengang sangat dekat diorang disebabkan aku tapi aku tak kisahlah. Itu keputusan diorang. Nak buat macam, mungkin dia bukan untuk aku," pujuk Eun Ji lembut dengan melemparkan senyuman manis.

"Tapi!"

"Dengar apa yang Eun Ji cakap, Kirazz. Bukan kuasa kita untuk membuat seseorang tu suka dekat seseorang yang kita inginkan. Semua yang berlaku pasti ada sebabnya. So, kau tak payahlah marah sangat pasal ji, okey?"

Kirazz hanya mampu mengalah. Ada baiknya, dia patut mendengar nasihat kawannya. 'Yosh! Aku akan cuba pujuk diri aku untuk maafkan diorang'

- - -

Sementara itu, di dalam bilik Silvio, ketiga-tiga kembar itu sedang berkumpul bagi membincangkan perkara mustahak. (Pergh! Mustahak?! Benda yang mustahak sangat tuh?)

"Baiklah, kita semua sedar yang kita dah jatuh hati pada diorang bertiga, kan?" Silvio memulakan perbualan.

(Wait..what?! Ni ke yang dikatakan mustahak sangat tuh?!)

(Silvio: Kau yang tulis cerita ni kan? Apahal pulak kau yang terkejut beruk?)

(Uruha: Kena hantuk dekat dinding kot dia ni)

(Soo Chul: Betullah tu)

(What? Sapa bagi kebenaran untuk korang masuk ke dalam dunia realiti ni? Pergi masuk balik dalam ceritalah! *tolak diorang bertiga*)

(aaaaaa!!!!!!!)

(Dah beres!)

Uruha dan Soo Chul menganggukkan kepala. "Bila kita bertiga nak confess?", soal Silvio. Uruha yang ketika itu sedang menghirup teh yang dibuatnya setengah jam yang lalu, tersembur sebaik mendengar kata-kata adik keduanya itu.

"Hoi! Kena akulah", jerit Soo Chul, mengelap mukanya yang basah dengan air teh. "Eww, disgusting!"

"A-ah, warui! Nah, tuala." Uruha menghulurkan sehelai tuala kepada adik bongsunya. Apalah.. Dengar perkataan confess pun boleh tersembur dibuatnya. Tak matang langsung!

"M-memang nak confess ke?", tanya Uruha.

"Habis tu? Kau nak biarkan diorang kena taken dengan orang lain?", balas Soo Chul.

"Takdelah tapi.. Macam, entahlah. Aku rasa macam awal sangatlah!"

"Apa yang awalnya?"

"Kita bertiga baru kenal dengan diorang tak sampai setahun pun, okey? Nak diikutkan logiklah, aku tak rasa perasaan yang kita rasa ni benda betul. Mungkin ianya hanya sekadar permainan yang direka minda je kot."

"Permainan yang.." [Soo Chul]

"Direka minda?," sambung Silvio.

Kedua mereka merenung Uruha lama, kemudian mula memulakan perbualan antara mereka berdua sahaja, menganggap bahawa abang sulung mereka itu tidak wujud di dalam bilik itu.

"Kau nak confess bila?", tanya Silvio kepada Soo Chul.

"Entah! Takde idea.. Kau?"

'Seriously? Diorang palau aku ke?' fikir Uruha.

"Aaah! Mou, okey.. Aku join korang!"

Silvio dan Soo Chul tersenyum sinis. Dengan ini, kemenangan berpihak kepada mereka! Yeaaaaayyy!! (Eehh? Yeay?)

"Aku rasa better kita confess waktu hari pertabalan kita nanti and that's will be on the last of school", cadang Uruha.

"Hmm.. Kinda a pretty good idea. I'm okay with that", kata Silvio.

"I'm totally in!", balas Soo Chul pula.

"Then, that's a deal!" Uruha tersenyum ke arah dua orang kembarnya. Siapa sangka, akhirnya mereka bertiga akan dapat meluahkan perasaan mereka. Sebaik keputusan dibuat, mereka bertiga mula membuat perancangan.

- - -

Dengan rancangan yang telah dirancang lama dahulu, mereka bertiga yakin bahawa rancangan mereka akan berjalan dengan lancar sehinggalah mereka dikejutkan dengan satu berita yang mengejutkan sewaktu kembar bertiga itu tiba di kelas.

"Korang bertiga!"

Ketiga kembar itu menoleh ke arah pemilik suara yang memanggil mereka. Amer dan kembar perempuannya; Amirah berlari menuju ke arah mereka.

"Amer? Amirah? Naze desuka?", tanya Uruha, hairan. 'Awal-awal pagi dah cari kitorang, apa yang dah jadi?'

"Korang bertiga dah dengar ke berita tu?", tanya Amirah.

'Berita?' [USS]

"Berita pasal apa?" Silvio bersuara pula. "Pasal Kirazz, Adrienne dengan Eun Ji!"

"Kenapa dengan diorang?", tanya Soo Chul pula. Perasaan ingin tahu mula menguasai dirinya. "Diorang dah pindah" Amer menjawab. Terbeliak mata mereka bertiga, mendengar khabar yang sampai ke telinga.

"Apa? Sejak bila?" Soo Chul bertanya lagi. Amer merenung mereka tajam. Hakikatnya yang sebenar, semua perkara yang telah dilalui oleh Kirazz dan rakan-rakan telah dia dan kembarnya ketahui. 'Sanggup diorsng bertiga buat macam tu dekat kawan aku! Well, even though, diorang kenal dulu but do I care?'

"Diorang letak surat berhenti sekolah dua hari yang lepas dan bertolak balik ke negara masing-masing pada awal pagi tadi. Tapi, berita ni baru saja tersebar lebih kurang 2 jam yang lalu", kata Amirah dengan nada yang sayu.

"Aku ingatkan korang bertiga tahu tapi rupanya tak. Teman serumah apa korang bertiga ni?", kata Amer dengan nada suara yang tegas. "Tch! Tak boleh dibuat kawan langsung." Dia mula melangkah pergi. Amirah sedikit sebanyak terkejut dengan sikap kembarnya itu lantas dia meminta maaf.

"Ah, maaf sangat-sangat! Aku tak tahu apa kena dengan abang aku tu tapi yang aku, dia memang ambik berat pasal Kirazz dan yang lain jadi mungkin disebabkan kecuaian korang tu yang membuatkan dia berasa bengang dengan korang. Aku harap korang dapat maafkan dia, ya?" Tidak mendapat sebarang respon daripada ketiga-tiga jejaka itu, Amirah mula mengundur diri dan kembali ke sisi Amer.

Kelas diteruskan seperti biasa biarpun tanpa kehadiran ketiga orang puteri itu. Pada waktu rehat, Uruha dengan perasaan hibanya mengambil tempat di meja hadapannya, kepunyaan Kirazz dahulu. Kepalanya diletakkan di atas meja, tidak mamou menerima kenyataan. Dia rindu keadaan di mana dia dan gadis itu sering kali bergaduh mulut, mengusik antara satu sama lain, mengeluarkan kata-kata benci pada satu sama lain. Ah, nostalgik sungguh apabila dikenangkan semula.

Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam laci meja dan secara tidak langsung, jarinya bergeser dengan sesuatu. "Huh?"

Dia mengangkat kepala. Tangannya cuba mencapat apa-apa pun yang berada di dalam laci itu dan mengeluarkannya. Di dalam genggaman tangannya, terdapat sepucuk surat berwarna putih. Dia merenung surat itu.

'Kepada Uruha, Silvio dan Soo Chul?'

"Weh, sini kejap," panggilnya. Kedua orang kembarnya itu datang menghampirinya dan mengambil tempat di kedua belah abang sulungnya itu. Surat yang dipegang Uruha diperhatikan.

"Surat apa tu?", tanya Silvio.

"Entah! Tapi surat ni ditulis untuk kita"

"Untuk kita?"

"Bacalah!", kata Soo Chul. Uruha angguk. Surat dibuka dan isi kandungannya di baca dengan penuh teliti. Bagaimana pula boleh ada sepucuk surat di bawah meja Kirazz? Ada seseorang yang tersilap meja ke? Ataupun.. Surat itu sebenarnya ditulis oleh kawan mereka yang telah jauh meninggalkan mereka bertiga? Apapun, Uruha tetap akan membacanya.

"Kepada Uruha, Silvio dan Soo Chul. Okey, ini seriously bukan style kitorang untuk menulis surat ini tapi kitorang takde pilihan. Terpaksa jugak guna cara kuno ni. Anyway, kalau korang baca surat ni, itu bermaksud yang kitorang dah takde. Dah berhenti sekolah.

Well, kitorang memang dah jangkakan perkara ni pun sebab, kitorang tak rasa yang kitorang akan duduk dekat sana sehinggalah hari pertabalan. Kitorang bertiga ada masalah yang perlu kitorang setelkan jadi pertabalan tu akan dibuat pada negara kitorang secara berasingan.

Adrienne dengan masalah sosial yang melanda kerajaan dia, Eun Ji dengan masalah pertelingkahan dalam kerajaan dia dan aku dengan masalah syarikat yang dibina oleh ayah aku."

'Aku? Kirazz ke yang tulis?'

"But straight to the point, kitorang minta maaf sebab jadi housemates korang yang teruk dan mungkin kitorang ada buat korang rasa tak tahan dengan perangai kitorang kan? Hehe! And, thank you sebab sudi jadi kawan kitorang yang pertama waktu awal-awal kitorang masuk sini dan juga sebab sudi jadi housemates kitorang. Thank you for everything.

"Again, kitorang minta maaf atas kesemua salah silap yang kitorang pernah buat pada korang and tentang kejadian waktu lawatan new year's festival tu, kitorang sebenarnya dah maafkan korang. Kisah lama jangan diungkitkan? So, sampai sini je kot.. Kalau ada peluang, kita jumpa oada masa akan datang okey? Goodbye! Sincerely, Kirazz, Adrienne, Eun Ji."

Mereka bertiga bertukar pandangan antara satu sama lain. Hancur. Hati mereka bertiga hancur berkecai kerana mereka tahu yang perasaan yang selama ini mereka pendam pasti tidak mampu dibalas jua.

_____________________________________

Cerita kita sudah tamat akhirnya!🎉🎊 Sedih hero-hero kita sebab tak dibalas cinta diorang ya.. Tapi nak buat macam mana kan? Takdir! Anyway, thank you kepada semua readers yang membaca ceria Ria dari awal hinggalah ke penghujung.

Terima kasih jugalah sebab sanggup menunggu Ria yang rasanya seperti bertahun-tahun tidak mengupdate.

Thank you okay, sebab baca cerita Ria! Thank you for the votes and comments! 💕

Soredewa, mata ne! 🐙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro