Bab 8: Rumah Sukan🏠🎽
Alard melemparkan senyuman sinis kepada Uruha. Uruha berasa hairan akan kenapa dia berbuat begitu kepadanya padahal mereka tidak rapat.
'Apahal ngan budak ni.. gila ke?' Fikir Uruha, mengalihkan pandangannya ke buku yang terhenti bacaannya.
Alard berasa hairan. 'Aikk.. dia tak rasa jeles ke? Aku ingatkan dah ada sesuatu yang berlaku antara Kirazz dengan dia. Tapi takpelah. Aku boleh ambil.'
"Bila korang berdua berkenalan?" Tanya Soo Chul. "Pagi tadi. Aku berjalan ke sekolah dan terserempak dengan dia. Katanya, dia tiada di dalam kelas semalam." Jawab Kirazz, mengeluarkan buku.
"Ohh... saya Adrienne." Kata Adrienne menghulurkan tangan. Alard menyambut dan bersalaman. "Saya Eun Ji." Kata Eun Ji menghulurkan tangan.
"Selamat berkenalan." Kata Alard sambil tersenyum.
Pakk! Pakk! 🔊
"Perhatian kepada semua murid. Pada petang ini, kita akan mengadakan perjumpaan rumah sukan. Bagi murid baru, kami juga akan memaklumkan rumah sukan untuk kamu pada petang ini juga. Sila memakai pakaian rumah sukan rasmi sekolah. Sekian, terima kasih."
Kata suara seorang lelaki dari speaker yang menyambungkan kepada PA sistem.
"Perjumpaan rumah sukan? Kita ada rumah sukan ke?" Tanya Adrienne.
"Mestilah ada! Di sekolah ni, kita ada empat rumah sukan. Kita ada The Summer, iaitu rumah sukan aku." Kata Silvio.
"Kita juga ada The Spring, iaitu rumah sukan aku." Kata Soo Chul.
"Dan, rumah sukan aku, The Winter." Kata Uruha dengan tiada perasaannya.
"Yang terakhir pula ialah The Autumn." Alard berkata sambil tersenyum. "Tapi aku, The Winter."
"Ohh.." kata Adrienne, Kirazz dan Eun Ji serentak sambil menganggukkan kepala.
"Nak tanya.. baju rumah sukan tu.. takde gambar kan?" Tanya Eun Ji.
"Ah.. takde"
"Maj-ji?! Naneun maeu gibun-i johda.(Betul?! Aku rasa sangat gembira)"
"Baju tu cuma berwarna sahaja tapi ada logo sekolah." Kata Uruha.
"Summer warna merah campur oren, spring warna hijau campur pink, autumn warna oren campur kuning dan winter warna putih campur biru muda." Terang Soo Chul.
"Ohh... yeke? Hurm.. bolehlah. Asal bukan putih kosong sudah." Kata Kirazz, menongkat dagu.
"Haha... kau memang comellah, Kirazz." Kata Alard mencubit kedua-dua belah pipi Kirazz.
"I-itai!" Kirazz mengusap pipi kemerahan dia.
"Hehe..bye~" Alard berjalan ke tempat duduknya.
'Apahal dengan Alard ni? Dia berkelakuan pelik' fikir Kirazz.
'Tch! Kenapa tetiba je aku rasa sakit hati bila Alard buat macam tu ye?' Fikir Uruha, menggengam tangannya.
Silvio yang melihat Uruha yang kelihatan sedang berada dalam keadaan sakit mulai berasa risau.
"Uruha, kau okey?" Dia berbisik.
Uruha memandang Silvio dan berbisik semula. "Aku okey. Takde apa-apa"
"Okey." Silvio mengalihkan perhatiannya kepada Adrienne.
'Aku kena cari sebab apa aku rasa sakit hati? Aku tak nak perkara ni menganggu pembelajaran aku' fikir Uruha sekali lagi.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro