Bab 5: Rumah Baru🏡
Di rumah baru mereka...
Setelah beberapa minit mereka berjalan, akhirnya mereka tiba juga di sebuah rumah.
Rumah itu dipagari dengan pokok-pokok yang kehijauan. Landskap rumah itu menggambarkan suasana seperti di kampung.
"Rasanya..rumah ni mungkin, korang tak berapa sukakannya." Silvio kata sambil menggaru kepalanya.
"Yalah, sebab korang puteri..korag mesti nak tinggal dekat tempat yang mewah dan cantik kan? Rumah ni..macam rumah kampung berbanding rumah yang lain." Terang Soo Chul.
"Tapi, rumah ini..ialah rumah yang paling besar di antara rumah-rumah yang lain." Kata Uruha.
Ketiga-tiga putera itu berkata sambil memandang ke arah lain manakala tiga orang puteri itu sudah mula hilang kesabarannya.
"Korang ni..macam nak halau kitorang je." Kata Adrienne.
"Kitorang tak kisah pun. Suasana rumah ni, rasa tenang dan tak terlalu bising berbanding rumah lain." Kata Eun Ji.
"Korang lembab. Kitorang nak masuk dulu. Tak nak bawak kitorang jalan-jalan dalam rumah, sudah. Kitorang jalan-jalan sendiri." Kata Kirazz sambil mengambil kad rumah daripada tangan Adrienne.
"Eh?! Kitorang tunjukkan." Kata mereka bertiga serentak.
Dengan itu, mereka melangkah masuk ke dalam rumah.
Sebaik mereka masuk, ada sebuah pintu yang berada berdekatan dengan pintu masuk rumah.
"Itu adalah bilik stor." Kata Silvio. "Dan, ini dapur. Lantai dia lain dekat bahagian dapur. Dia tinggi sikit lantai dia."
"Depan dapur ada meja makan, tapi kalau tak cukup, sini ada lagi. Bahagian tepi dapur, ada meja makan dan ruang tamu. Pintu di belakang meja makan ialah laluan di mana semua bilik berada." Terang Uruha.
"Itu dia, bahagian hadapan. Jom, kitorang tunjukkan bilik korang." Soo Chul kata.
"Kalau korang nak tahu. Bilik korang dah ditetapkan oleh cikgu yang uruskan bahagian rumah pelajar. Bilik tak boleh tukar."
"Boleh kitorang tengok bilik korang?" Tanya Adrienne.
"B-bilik k-kitorang?" Tanya Silvio.
"Ya. Nak bayangkan macam mana bilik kitorang nanti." Kata Adrienne.
"R-rasanya boleh..kot?" Kata Silvio.
"Baiklah. Jom!" Kata Adrienne.
Mereka menuju ke bilik Silvio. Silvio membuka pintu biliknya.
"Wah! Boleh tahan bilik kau." Kata Eun Ji.
"Thanks." Kata Silvio.
"Bilik Soo Chul pulak." Kata Eun Ji.
"Er..y-ya." Kata Soo Chul.
Mereka mula bergerak ke bilik Soo Chul. Soo Chul membuka pintu biliknya.
"Kenapa bilik kau nampak macam sama dengan bilik Silvio?" Tanya Adrienne.
"Hurm...entahlah. Memang design rumah macam ni kot." Kata Soo Chul.
"Ok." Kata Adrienne. "Seterusnya bilik Uruha."
"Dia takkan bagi." Kata Silvio.
"Sebab apa?" Tanya Kirazz yang dari tadi mendiamkan diri.
"Tak tahu. Kitorang tak pernah tengok bilik dia. Dia memang takkan bagi. Walaupun, waktu dia tengah masuk dalam bilik. Tak dapat jugak." Kata Soo Chul.
"Kenapa. Kenapa kau tak bagi?" Tanya Kirazz kepada Uruha.
Dia memandang Uruha tepat ke dalam mata. Uruha pada waktu yang sama memandang Kirazz.
"Privasi. Ianya sama seperti menceroboh privasi peribadi seseorang. Aku tak suka. Dalam bilik aku, ada banyak barang peribadi." Jawab Uruha.
"Urgh...bilik dia ni kan?" Kirazz berjalan ke sebuah pintu yang terletak sebelah bilik Soo Chul.
"Ya." Serentak Silvio dan Soo Chul berkata.
Kirazz cuba membuka pintu tersebut tapi gagal. Pintu itu berkunci.
"Dia kunci." Kata Silvio.
"Bukak!" Kata Kirazz sambil memandang Uruha dengan perasaan marah.
"Tak nak" Uruha balas.
"Bukak!"
"Tak nak."
"Bukak!"
"Tak nak!"
"Bukak!"
"Tak nak!"
"Bukak!"
"Aku kata tak nak, tak naklah!"
"Ish..bukak!"
"Eii..sakitlah aku dengar suara kau! Aku bukak!" Uruha mengalah.
"Yeay!" Kirazz meloncat kegirangan.
Uruha mengeluarkan kunci dari kocetnya seluarnya dan membuka pintu. Mereka semua memandang bilik Uruha dengan perasaan kagum.
"Wau!" Kata mereka serentak kecuali Uruha.
"Kenapa bilik kau lain dan nampak macam mewah?" Tanya Silvio.
"Tak tahu." Uruha kata sambil mengangkat bahunya.
Belum sempat Kirazz melangkah masuk ke dalam bilik, Uruha menutup dan mengunci pintunya.
"Penyibuk." Kata Uruha. "Cepatlah tunjukkan bilik diorang." Uruha mula menyampah.
"Baiklah! Depan bilik Silvio adalah bilik Adrienne" kata Soo Chul.
Dia membuka pintu di hadapan bilik Silvio. Mereka masuk ke dalam bilik tersebut. Adrienne berasa sangat gembira akan kerana bilik itu memang seperti apa yang dia inginkan.
Dia meletakkan bagasi pakaiannya di tepi sofa berwarna pink lembut. Silvio bersuara,
"Macam mana? Kau suka?"
"Suka sangat! Sama macam apa yang aku harapkan. Warna pink."
"Baguslah." Silvio tersenyum
"Urgh..terlalu pink. Kau ni pinkylah Adrienne." Kata Kirazz meluat.
"Apa-apa jelah." Balas Adrienne.
"Seterusnya, bilik Eun Ji. Di hadapan bilik Soo Chul. Sebelah bilik ni." Silvio berkata.
Mereka berjalan ke bilik sebelah. Silvio membuka pintu. Mereka masuk ke dalam bilik itu.
"Aa! Warna ungu. Langsir warna ungu! Sangat cantik!" Eun Ji kata.
Kemudian, meletakkan bagasinya di tepi katil. Dia tersenyum.
"Memang seperti bilik yang aku harapkan. Moden tapi terlampau moden dan ada sedikit ciri-ciri vintage." Terang Eun Ji.
"Nampaknya kau suka. Itu bagus." Kata Soo Chul.
"Oh..ya. Pintu dekat bahagian masuk tu..apa?" Tanya Eun Ji.😕
"Yalah. Dalam bilik aku pun ada satu." Kata Adrienne.
"Oh..itu tandas. Nak tengok?" Tanya Silvio.
Dia membuka pintu tersebut. Di dalam bilik itu terdapat kelengkapan mandi yang diperlukan. Terdapat satu pintu yang disambung ke tempat bahagian mandi.
"Wah, boleh tahan. Nasib baiklah tak terlampau mewah. Aku nak yang sederhana saja." Kata Eun Ji.
"Setuju." Kata Adrienne.
"Tandas korang pun sama jugak ke?" Tanya Kirazz.
"Sama." Kata Silvio dan Soo Chul.
"Aku punya pun." Kata Uruha.
"Okey."
"Bagus! Jom kita pergi ke bilik monyet ni pulak." Kata Uruha, meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke bilik sebelah.
"Kau kata aku monyet! Kau memang nak kena penumbuk dengan aku!" Kata Kirazz menjerit sambil menarik bagasinya keluar dari bilik diikuti yang lain.
Pintu bilik sebelah di buka menunjukkan sebuah bilik yang agak moden disertakan sekali dengan pendingin hawa.
Mereka semua melangkah masuk dan terkejut. Mulut ternganga melihat keadaan bilik itu.
"Apa yang?!" Kata Eun Ji. "Bilik ni..lagi besar daripada bilik yang lain."
"K-korang pernah tengok bilik ni..tak?" Tanya Adrienne.
"Tak. Diorang bawa masuk semua barang dalam bilik korang semalam. Lagipun, ketiga-tiga tu..bilik perempuan. Mana boleh sesuka hati masuk je." Terang Soo Chul.
"Cikgu yang uruskan rumah pelajar. Orang apa?" Tanya Eun Ji.
"Dia orang Rusia. Naze desuka?" Tanya Uruha.
"Takde apa-apa. Ingatkan dia orang jepun, jadi mungkin dia saja berat sebelah."
"Hei..hei. Mulut. Jaga sikit, ya. Lagipun, nak buat macam mana. Dah nasib. Ambik jelah." Kata Kirazz meletakkan bagasinya di sebelah katil.
"Wah, aku ada dapur kecik kat sana." Sambil menuding jari ke bilik kaca yang terletak di hujung bilik.
"Biar betul. Hebatnya." Adrienne berkata. "Macam hotellah. Tengok tandas dia. Mesti sama macam kita"
Dia membuka pintu yang terletak dekat dengan pintu masuk bilik. Mereka sekali lagi masuk dengan mulut ternganga.
"Tak guna." Kata Eun Ji.
"Haih..nasib aku bagus hari ni." Kata Kirazz sambil meletakkan jari di dagu. "Pelik. Selalunya aku dapat nasib malang. Entahlah."
Kirazz keluar dari bilik tersebut menuju ke dapur diikuti dengan jeritan;
"Tak adil!" Jerit Adrienne dan Eun Ji.
"Hahaha..." Kirazz gelak, sambil berfikir; 'nasib baik menyebelahi aku hari ni.'
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro