Bab 4: Kawan Baru👭👬
Sambungan dari bab 3...
---------
Selesai Eun Ji bersuara, Adrienne membuka mulutnya.
"Bonjour! Nama saya ialah Yuma Adrienne Amabelle. Saya dari Perancis. Echante!" Sapanya gembira.
Kemudian, giliran Kirazz telah pun tiba.
"Konnichiwa! Nama saya Kushinada Shiori Kirazz. Saya dari Jepun. Hajimemashita!" Katanya.
"Jadi!" Cikgu itu menepuk tangannya sekali.
"Saya Chitose Nanami, guru kelas kamu bertiga. Selamat berkenalan. Cikgu rasa gembira kerana buat pertama kalinya ada pelajar yang tidak memanggil dirinya 'Puteri'. Kamu tahu sebab apa?"
"Err... ini ada kena-mengena dengan status ke? Sebab dalam buku peraturan sekolah ada tertulis pelajar tidak boleh memanggil dirinya dengan gelaran 'Puteri' kerana.."
Dia berhenti dan disambung oleh Kirazz.
"Kerana semua pelajar di sekolah ini adalah sama statusnya iaitu kerabat diraja. Semua pelajar di sekolah ini juga haruslah menghormati guru ataupun orang lebih tua walaupun mereka ialah orang biasa."
Terangnya. Adrienne menyambung.
"Pelajar di sekolah ini juga mestilah menggunakan bahasa yang sopan apabila bercakap dengan guru dengan tidak menggelar mereka sebagai orang bawahan, hamba dan sebagainya."
Ini sangat mengagumkan cikgu muda itu termasuk juga dengan pelajar lain.
"Wah! Kamu bertiga nampaknya sudah faham dengan peraturan sekolah dan menghafalnya. Sekarang, kamu boleh duduk di hadapan Encik Wren, kembar bertiga."
Dia menuding jari ke arah tiga orang pelajar lelaki. Mereka mengangguk dan berjalan menuju ke tempat duduk mereka.
Sebaik mereka tiba di tempat duduk, mereka menarik kerusi dan duduk di atas kerusi. Seorang pelajar lelaki berambut pink lembut bersuara,
"Bonjour! Nama saya Wren Silvio, ini kembar saya, Wren Soo Chul dan Wren Saku Uruha."
Mereka bertiga terkejut.
"Kau cakap bahasa perancis?" Tanya Adrienne.
"Saya orang perancis." Balasnya.
"Saya orang korea." Kata pelajar lelaki berambut perang yang bernama Soo Chul.
"Jepun." Kata pelajar lelaki berambut putih yang bernama Saku Uruha.
"Hurm..?" Kirazz memandang Uruha pelik.
"Kenapa, SK?" Tanya Eun Ji.
"Saku Uruha. Kau ni kuudere ke?" Tanya Kirazz.
Mereka terkejut dan tidak berapa faham.
"Kuudere?" Mereka kata serentak.
"Kuudere ialah orang yang berperangai dingin dan tidak ada perasaan tapi dalam diri dia, dia seorang yang penyayang lagi-lagi tentang orang yang dia suka." Terang Kirazz sambil memandang Uruha.
Uruha cuma memandang Kirazz. Muka dia mula berubah menjadi merah.
"M-mana a-adalah! Aku bukan." Katanya.
Pada mulanya dia malu, tapi dia beubah menjadi seorang yang tiada perasaan.
"Itulah tandanya. Budak pelik." Kata Kirazz kemudian membuka buku.
"Joh-a... nan ihaega an dwaeyo. (Okey... aku tak faham). Apapun, aku nak tanya sesuatu ni kat korang?" Kata Eun Ji.
Sebelum Soo Chul dapat membuka suara, Kirazz dan Uruha bersuara.
"Tak payah bersembang. Aku nak belajar."
Kirazz dan Uruha memandang antara satu sama lain.
"Apa yang kau buat?! Jangan tiru apa yang aku cakap! Anata kuruimashita ka? (Kau gila ke?) Aku kata jangan! Urgh.. sudahlah!"
Mereka berhenti cakap dan fokus terhadap buku.
"Baik semua, buka buku matematik muka surat 147." Cikgu Nanami bersuara mengarahkan murid membuka buku.
"Okey, apa yang berlaku sekarang ni?" Tanya Adrienne, Eun Ji, Silvio dan Soo Chul serentak.
Mereka kelu tidak faham apa yang sebenarnya telah terjadi. Jadi, mereka berhenti berbual dan belajar. Eun Ji hanya menyimpan sahaja soalannya itu di dalam kepala.
Semua murid mengeluarkan buku matematik. Selepas itu, mereka semua fokus dalam mata pelajaran matematik. Setelah tamat pembelajaran mereka yang pertama, Cikgu Nanami memanggil Adrienne. Dia berjalan menuju ke arah meja guru.
"Ini nombor rumah kamu bertiga. Nombor rumah ada tertera pada sampul kadbod itu. Jadi, jumpa kamu lain kali."
"Eh?! Cikgu, sekejap!" Adrienne menahan Cikgu Nanami.
Cikgu itu terkejut dan berasa hairan.
"Ada apa-apa masalah ke, Adrienne?" Tanya Cikgu muda itu.
"Kenapa cikgu kata rumah? Bukan patutnya asrama ke?"
"Oh.. memang asrama. Tapi, ianya adalah rumah. Setiap rumah mempunyai enam bilik tidur yang bermaksud satu rumah akan ada enam orang. Itulah dia asrama. Kalau kamu perasan, ada banyak rumah, kan berdekatan dengan sekolah?"
Adrienne mengangguk.
"Itulah asrama pelajar sekolah. Jadi, kamu sudah faham?"
"Oui, je comprends. (Ya, saya faham) Merci beacoup."
"Ya." Dia tersenyum dan berlalu pergi.
Kemudian, mereka menyambung pelajaran sehingga waktu sekolah tamat. Mereka menuju ke loker bagi mengambil bagasi pakaian mereka. Seterusnya, mereka keluar dari bilik dan ternampak akan 3 orang kawan baru mereka sedang berdiri di tepi loker.
"Oh! Hai, korang." Sapa Adrienne.
"Hai, korang." 👋 Balas Silvio.
"Apa yang korang buat dekat sini?" Tanya Eun Ji sambil senyum.
"Kitorang dimaklumkan yang kitorang akan dapat kawan serumah yang baru iaitu korang. Jadi, kitorang bercadang nak tunjukkan korang jalan ke rumah." Jawab Soo Chul.
"Kau memang baik hati, Soo Chul." Kirazz memberi pujian kepada Soo Chul.
Soo Chul hanya tersengih.
"Baiklah, mari kita pergi." Kata Silvio.
Kemudian, mereka mula berjalan sehinggakan mereka tidak menyedari yang telah pun meninggalkan Kirazz dan Uruha di belakang. Kirazz mengeluh dan mengikuti kawan-kawannya di belakang sekali dengan Uruha.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro