Bab 29: Happy New year! 🎉
"Kita dah sesat?!"
Belum sampai satu jam pun mereka berada di bandar Pulau Mystic dan mereka berdua belas telah sesat, terpisah daripada ahli-ahli kelas mereka yang lain dan ini semuanya gara-gara..
"Ini semua salah korang bertiga! Kalaulah korang jadi budak baik dan dengar arahan cikgu, takdenya kita semua sesat. Tapi, tak.. Korang buat jugak perangai gedik korang tu!" Eun Ji merungut.
"Habis tu, kenapa korang ikut kitorang?" Balas Hao Ping, menjeling tajam ke arah puteri negara Korea itu. "Padan muka koranglah sebab sesat!"
"Korang ni!"
Eun Ji mula mengambil langkah, berhasrat untuk mencalarkan muka puteri negara China dengan menghadiahkan sebiji penumbuk, tepat ke mukanya.
Namun, Adrienne dan Kirazz dengan pantas memegang kedua belah bahu Eun Ji, membantutkan niat yang tidak baiknya itu. Mereka berdua menggelengkan kepala, memberi peringatan kepadanya untuk tidak melaksanakan apa yang sedang dia fikirkan di dalam kepala.
"Kalau boleh, aku nak korang uruskan girlfriend korang tu", ujar Kirazz, melemparkan pandangan sekilas kepada teman-teman serumahnya.
Kata-kata yang dikatakan oleh Kirazz membuatkan Uruha, Silvio dan Soo Chul terkejut. Mata mereka terbuka luas. Dengan pantas, Uruha bersuara;
"Benda merepek apa yang kau cakap ni, monyet?"
Adrienne melepaskan ketawa sindiran(?) Dia bersilang tangan. "Benda apa yang kitorang merepek ni? Kitorang cakap benda betullah. Oh, tunggu kejap. Kenapa? Korang terkejut ke yang kitorang dah tahu status sebenar korang?"
"Ulineun dangsin-i uliui se gaji jinsilhan jiwileul uimihaneunji ihaehaji moshabnida (Kitorang tak faham apa yang korang bertiga maksudkan dengan status sebenar kitorang)" Balas Soo Chul, benar-benar keliru dengan situasi yang berlaku ketika itu.
"Cheoghaji mala (Berhentilah berpura-pura). Kitorang dah tahu yang korang sebenarnya dah jadi couple dengan diorang bertiga, kan? Sanggup korang tak bagitahu kitorang?"
Air mata mula kelihatan di hujung mata Eun Ji. Perasaan sedih mulai menyelubungi dirinya. Kirazz mengusap perlahan bahunya, cuba untuk menenangkan hatinya yang sakit.
'Kesian Eun Ji. Siapa sangka yang dia akan menaruh hati pada Soo Chul tu tapi masuk akal jugak sebab diorang berdua kerap meluangkan masa bersama kebelakangan ni'
"Sudahlah!" Kirazz menjerit. Kesemua mata memandangnya. "Aku nak pergi daripada sini.. Jom, Adrienne.. Eun Ji. Aku dah tak tahan nak tengok muka mamat-mamat penipu ni."
Adrienne dan Eun Ji mengangguk perlahan. Mereka bertiga mula mengatur langkah. Alard, Norbert dan Zhen Yun mengekori mereka bertiga daripada belakang. Eun Ji perasan akan kehadiran mereka bertiga tapi hanya membiarkan sahaja. Lagipun, mereka bertiga tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Kelibat mereka berenam mula kelihatan kecil pada pandangan mereka yang lain. "Apa yang kau bagitahu diorang, hah?!", jerit Uruha. Makin hari, makin teruk perangai yang ditunjukkan oleh tiga orang gadis itu. Uruha dan adik-beradiknya pun sudah tidak tahan melayani karenah mereka bertiga.
"Kitorang just bagitahu benda betul aje dekat diorang", kata Katrien sambil membuat muka comel, cuba memadam api kemarahan yang sedang membara dalam diri Uruha.
"Benda betul?" Silvio bersuara pula.
"Ya, benda betul. Pasal kita berenam yang dah jadi pasangan couple!", jawab Stella.
"Apa?! Couple?" Dahi Silvio berkerut. "Wait! Sejak bila.. Kitorang bertiga bercouple dengan korang. This is impossible! Not even once in our life, we'll take you guys as our partner."
"Kenapa?! Kenapa tak boleh accept kitorang? Sebab apa? Sebab korang suka dengan minah-minah tu kan?" Stella membentak.
"Ya! Kitorang suka dengan diorang. Tamat cerita!"
"Kenapa.. Diorang dan bukannya kitorang?", soal Hao Ping dengan kecewanya. Hatinya menjadi pilu.
"Kitorang kenal korang pun tak lama.. Diorang. Even diorang budak baru pun, hubungan kitorang tak regang. Kitorang rapat, mungkin sebab kitorang duduk serumah. Tapi, korang.. Sorry to say, perangai korang yang terlampau menggedik, buat kitorang rasa meluat.
Jangan fikir kitorang benci korang ke apa ke.. Kitorang tak! Cuma sikap korang tu aje yang perlu ditukar", kata Soo Chul.
Hao Ping melepaskan ketawa kecil yang jelas kedengaran sedih bunyinya. "Wow.. So straight!"
"S-sorry.."
"It's okay. Memang patut pun kau berstraight-forward dengan kitorang. Thank you, Soo Chul."
"You're welcome"
_________________________________
Mungkin nasib baik berpihak pada mereka berenam kerana setelah penat berjalan selama dua jam lebih, akhirnya mereka dapat bersatu semula dengan ahli-ahli kelas mereka yang lain. Biarpun begitu, nasib para hero kita tidak begitu bertuah apabila melibatkan hubungan mereka bersama para heroin kita. Kesiannya..
Atur cara rancangan yang telah dirancang, dilaksanakan mereka dengan teratur sehinggalah lawatan mereka mulai tiba di penghujungnya dengan aktiviti menonton bunga api di sebuah festival yang dilakukan oleh penduduk-penduduk berbangsa China.
"Kirei!", kata Kirazz dengan mata tertancap pada langit malam yang diterangi bunga api yang berwarna-warni. "Festival ni.. Dia ingatkan aku pada zaman aku kecik dulu."
"Maksud kau, zaman kita bertiga kecik dulu?", sampuk Adrienne. Tangannya menyiku lengan sahabat berbangsa Jepun itu. Tangan Eun Ji melingkar di leher Kirazz, sambil tersenyum dengan mata tertutup. "Hehe, yalah.. Zaman kita bertiga."
Dengan kepala masih mendongak ke atas, Eun Ji bersuara, "Sedar tak sedar, sekarang dah masuk bulan Januari kan?"
"Ahaha.." Adrienne melepaskan ketawa kecil. "Betul tu.."
"Tak lama lagi, bulan Februari bakal menjelma dan pembelajaran kita dekat sini akan berakhir."
Kata-kata yang dilemparkan itu sedikit sebanyak menarik perhatian ketiga-tiga putera, yang berada berdekatan dengan mereka. Kirazz dan Adrienne menoleh ke arah Eun Ji. Melepaskan lingkaran tangan di leher Kirazz, dia mula mengambil langkah beberapa tapak ke hadapan dan memusingkan badannya ke belakang, menghadap dua orang sahabt karibnya.
"Aku tahu yang.. Habis saja persekolahan kita dekat sini, kita bertiga mungkin takde masa untuk berjumpa lagi disebabkan hal-hal diraja yang perlu diuruskan.." Mata Eun Ji mula berkaca, berasa sebak dengan apa yang bakal dikatakan olehnya. Aneh, biarpun, dia yang bakal mengatakannya, tapi dia yang berasa sedih.
"Eun Ji.." [Kirazz]
Dia menarik nafas sedalam yang dia mampu dan dengan setitis air mata yang jatuh di pipi, dia berkata, "Tapi, walaupun begitu, aku akan tetap cuba untuk mencari jalan bagi meluangkan masa dengan korang. So, aku harap, korang pun dapat cuba untuk.. Yalah, maybe cari masa lapang.. Bolehlah kita lepak bersama-sama lagi, kan?" Nada suaranya berubah menjadi sayu dan empangan air mata yang cuba ditahannya, akhirnya pecah.
Adrienne dan Kirazz berlari mendapatkan kawan mereka dan lantas memeluknya. Masing-masing berasa hiba. Sememangnya apa yang dikatakan oleh Eun Ji adalah fakta. Sudah lama mereka berenggang dan disebabkan persekolahan itu, mereka dapat ditemukan semula tapi malang sekali, tempohnya tidaklah lama. Sudah pasti, selepas ini, mereka akan berputus semula. Entah bila lagi mereka akan bertemu, tiada siapa yang tahu. Hanya takdir yang akan menentukannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro