Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27: Haru Dan Yuki

'Jadi.. Memang betullah apa yang ayahanda cakap. Diorang culik aku sebab nak jadikan aku sebagai tebusan untuk nuklear X tu!' , katanya di dalam hati.

"Wah.. Wah.. Wah.. Berani betul korang kan?" Kirazz bersuara, menyindir kedua orang lelaki yang telah menculiknya dan dua orang kawan baiknya.

"Korang culik aku semata-mata untuk nuklear tak guna tu. Plus, korang culik kawan aku yang langsung takde kena mengena dalam hal ni pun. Jujurlah aku cakap, korang sememangnya berani buuut, at the same time, korang ni lembab!"

"Kirazz?!" Soo Chul dan Eun Ji terkejut.

"Kau!!"

"Kenapa? Betul ke apa yang aku cakap ni? Korang memang lembab eh? Alahai, sorrylah", tambah Kirazz, masih tidak berasa gentar akan kedua orang lelaki yang tidak dikenali itu.

"Kitorang tak lembablah!"

"Oh yeke? Jadi, kenapa korang buat kerja ni? Korang tahu tak yang korang tu sebenarnya mangsa eksperimen?"

"Mangsa eksperimen?"

"Laa.. Tak tahu rupanya. Buat pengetahuan korang, bos korang tu langsung tak kisah pasal pekerja dia pun. Entah-entah, korang nanti akan diikat dan dicampak ke tempat yang dijadikan sebagai target dia tu. Matilah nampaknya. Kesian betul penghujung korang, bukan?"

" Kau cakap macam kau kau kenal bos kitorang tapi sedangkan kau tak kenal,kan?", kata seorang lagi penculik yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Kau jangan pandang rendah pada aku. Aku tahu semua maklumat pasal bos kau. Not only that" Kirazz memandang tajam ke arah kedua orang lelaki itu bersilih ganti.

"Aku pun tahu semua benda yang dia dah buat pada orang suruhan dia, tapi, aku boleh bagitahu korang yang penghujungnya memang tak baik."

"Kau fikir, kitorang akan takut dengar kau cakap macam tu?"

"Aku takut"

"Senyaplah kau!"

"Tengoklah, Yuki dah takut. Kau taknak apa-apa jadi pada adik kau kan, Haru?"

"Macam mana-"

"Aku tahu semuanya. Aku tahu kesemua orang suruhan bos kau termasuk korang berdua yang baru je diupah minggu lepas."

Kedua lelaki itu mendiamkan diri. Kirazz mula berasa bersalah. 'Teruk sangat ke apa yang aku cakap?' Dia menggaru pipinya dengan jari telunjuk. 'Haih..'

"Macam inilah. Boleh tak kau bukak topeng korang tu? Aku nak buat perjanjian dengan korang berdua", kata Kirazz tenang.

"Perjanjian?"

"Yup! Perjanjian yang boleh menyelamatkan nyawa kau dan adik kau termasuk juga nyawa aku dan kawan-kawan aku."

"Hmm.. Baiklah." Mereka berdua membuka topeng hitam yang dipakai.

"Hensem tapi dungu sebab pilih kerja bodoh ni", kata Kirazz sambil menggelengkan kepalanya. "So, sapa Yuki dan sapa Haru?"

"Aku Haru"


"Ini Yuki"

"Diorang kembar?" Eun Ji berkata dengan mata terbuka luas, memandang ke arah dua orang lelaki berambut kelabu dan berkaca mata. Kirazz mengangguk.

"Tentang perjanjian tu?", kata Haru, mengangkat keningnya.

"Huh, aku yakin kau akan sukakannya" Kirazz tersenyum sinis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro