Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26: Ancaman

"Apa kau nak daripada kitorang, hah?!", tanya Eun Ji kepada dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam.

"Bisinglah kau perempuan!" Salah seorang lelaki itu berjalan laju ke Eun Ji dan menampar mukanya.

Soo Chul dan Kirazz hanya memandang mereka berdua dengan mata yang terbeliak. "K-kau.. Berani kau tampar dia!" Soo Chul membentak kemarahan. "Kau tahu tak dia tu sapa?!"

"Boleh kau senyap tak, jantan?", kata lelaki itu; orang yang sama menampar Eun Ji. Dia memandang ke arah kawan subahatnya yang sedang duduk di atas kerusi; di meja yang terletak di penjuru bilik gelap itu.

Bilik di mana Kirazz dan dua orang kawannya dihumban. Diikat dengan tali pada kedua-dua belah tangan dan juga kaki adalah perkara yang boleh mereka bertiga bertahan untuk sementara waktu. (sorry. Ayat keling) Akan tetapi, bau bilik itu yang seakan-akan penuh dengan mayat dan darah sememangnya tidak dapat diterima oleh mereka bertiga.

Wajah penculik mereka bertiga juga tidak dapat dikenal pasti kerana cahaya yang kurang di dalam bilik itu. Hanya satu mentol sahaja yang menerangi bilik itu namun mentol itu berada di penjuru bilik, di bahagian belakang mereka.

"Weh, perlu ke kita kidnap budak dua orang ni sekali? Bos nak puteri Jepun ni aje, kan?", katanya.

'Huh?!'

Kini baru Kirazz sedari tentang apa yang berlaku. Perbualan di antara dia dengan ayahnya diimbas kembali.

- - -

Bunyi telefon Kirazz yang sedang berdering menarik perhatian Silvio yang sedang duduk di ruang tamu; menonton televisyen. Tangannya segera menggapai telefon Kirazz itu dan menjawab panggilan itu; memandangkan Kirazz tiada bersamanya ketika itu. "Hello?", dia bersuara.

"Moshi-moshi. Kirazz.."

"Err.. Maaf. Ini bukan Kirazz. Saya kawan dia. Boleh saya tolong?"

"Ouh.. Kawan dia ke. Boleh tolong panggilkan dia tak? Cakap dengan dia yang ayahanda dia telefon."

"Ah! Ayahanda Kirazz ke? M-maaf, tuanku", kata Silvio dengan gagapnya.

"Ahaha.. Tak mengapa. Kamu boleh panggil pakcik saja. Tak perlulah kamu panggil tuanku"

"O-oh. Saya faham. Err, pakcik tunggu sekejap, ya? Saya pergi panggilkan Kirazz", katanya sebelum meminta diri untuk memanggil Kirazz.

Kirazz berjalan menuruni tangga selepas Silvio memberitahunya bahawa ayahandanya menelefon. Hatinya berdegup kencang. Mungkinkah panggilan ini yang akan menerangkan apa sebenarnya yang telah berlaku di sana? Dan juga, mungkinkah panggilan ini yang akan memberikan aku jawapan kenapa aku berada dalam keadaan bahaya?

Dia mengambil telefonnya yang diletakkan di atas meja dan berjalan keluar daripada rumah, tidak mahu kawan-kawannya mendengar perbualannya bersama ayahandanya.

- - -

'Jadi.. Memang betullah apa yang ayahanda cakap. Diorang culik aku sebab nak jadikan aku sebagai tebusan untuk nuklear X tu!' , katanya di dalam hati.

Bersambung

Author: Sorry sebab lama dh x update cite ni. Nampaknya, Ria kena berikan lebih perhatian pada buku ini pd masa akn dtg. Sorry sgt2 sbb buat kamu semua menanti

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro