Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25: Hilang

Bulan Oktober berlalu dengan pantasnya. Kini, bulan November telah tiba menandakan tamatnya sambutan Hari Halloween.

"Hei, ada sesiapa nampak Eun Ji tak?", tanya Adrienne dari dapur. Tangannya sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk di sinki.

"Takde pulak", balas Silvio. "Oh, ya! Ada nampak Soo Chul tak?"

"Kenapa dengan Soo Chul dan Eun Ji? Ada apa-apa masalah yang berlaku ke?", soal Uruha yang baru masuk ke dalam rumah selepas selesai membersihkan halaman rumah mereka.

"Mereka berdua takde. Tak tahu ke mana.." Adrienne balas sambil mengelap tangannya yang basah dengan sehelai kain.

"Tak check kat bilik ke?"

"Tak tahulah. Aku suruh Kirazz pergi tengok sekitar rumah, ada tak diorang."

"Habis tu, mananya Kirazz?"

"Entahlah. Dah 15 minit sejak aku suruh dia pergi tengok."

"Kenapa aku rasa macam ada perkara buruk yang berlaku pada diorang, ya?", kata Silvio memandang dua orang kawannya dengan riak wajah yang risau.

Tiada seorang pun di antara mereka yang mengeluarkan suara. Mereka hanya memandang antara satu sama lain bersilih ganti.

Kemudian, mereka mula berlari pantas menuju ke bilik Kirazz. Silvio menghempas pintu biliknya dengan kuat.

"Kirazz! Kau kat mana?", jerit Adrienne. Namun, tiada suara yang membalas.

Silvio dan Uruha memeriksa bilik lain tapi apa yang mereka dapat? Tiada apa. Kembar berdua itu pulang ke sisi Adrienne yang masih berdiri di muka pintu bilik Kirazz.

"Diorang bertiga takde dalam mana-mana bilik pun", kata Silvio.

"Tak mungkin diorang bertiga keluar sebab aku ada dekat depan."

"Kalau ikut belakang?", soal Adrienne.

"Tak masuk akal. Belakang rumah kita pokok dan kalau diorang boleh lalu ikut celah pokok tu pun, diorang akan jatuh bergolek sebab rumah kita dibina di tepi bukit dan ianya curam."

"Habis tu, kau nak cakap yang diorang hilang sekelip mata saja ke?!" Adrienne menjerit. Air mata mula menitis.

"Adrienne, calmez-vous. (Bawa bertenang) Kita akan cari diorang, okey?" Silvio cuba untuk menenangkan Adrienne dengan memeluknya. Gadis itu berambut coklat itu mengangguk perlahan.

Uruha mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor. Dia menelefon setiap seorang kenalannya di sekolah dan bertanyakan sekiranya mereka ada terlihat akan kelibat tiga orang kawannya itu dan berharap mereka daoat menyebarkan berita itu kepada orang lain. Malangnya, mereka hanya mendapat nasib malang. Tiada seorang pun yang melihat mereka.

Akhirnya, Uruha mengambil keputusan untuk menghubungi orang yang boleh membantu mereka. "Kon'nichiwa! Kimi o jama shitanara gomen ne, Kamiyoshi-sensei." (Maaf sekiranya saya menganggu kamu) Kata Uruha sebaik orang yang di hubunginya mengangkat panggilan.

"Ada masalah ke, Saku?"

"Sebenarnya.. Soo Chul, Eun Ji dan Kirazz hilang."

"Hilang?! Macam mana mereka boleh hilang?"

"Kami tak tahu. Kami dah check semua bilik dalam rumah dan mereka takde. Kalau mereka keluar, sudah semestinya saya akan nampak sebab saya berada di luar rumah. Dan sensei mesti tahu bukan tentang halaman belakang rumah kami?"

"Ya, saya tahu. Ianya bukit yang curam. Sejak bila mereka tiada?"

Uruha berjalan ke arah Adrienne dan Silvio dan menekan butang speaker.

"Adrienne, Kamiyoshi-sensei tanya sejak bila diorang hilang?"

"S-saya tak tahu bila mereka hilang. Pada mulanya, kami berenam mengemaskan rumah. Kemudian, Eun Ji ada cakap yang dia nak pergi ke bilik dia sekejap, untuk ambik langsir yang baru dia beli. Tapi, pelik sebab dia ambik masa yang agak lama", kata Adrienne.

"Waktu tu, saya pula ada dalam bilik stor, tengah susun barang kami. Then, saya pergi ke dapur dan tanya Adrienne tentang kelibat Soo Chul tapi dia kata, dia tak nampak", terang Silvio.

"Sebelum Silvio datang, saya ada suruh Kirazz pergi check Eun Ji dekat bilik dia. Uruha masuk dan tanya ada apa-apa masalah ke dengan Soo Chul dan Eun Ji. Saya bagitahu dia tentang Kirazz dan dia tak turun pun lepas 15 minit kemudian saya suruh dia."

"Hm.. Itu bermaksud, Eun Ji hilang dahulu diikuti dengan Soo Chul dan seterusnya Kirazz. Kamu pasti mereka tak keluar berjalan ke apa ke?"

"Kami pasti. Saya dah telefon semua kawan saya di sini dan suruh mereka sebarkan tapi takde seornag pun yang nampak."

"Baiklah! Kamu bertiga tunggu di situ dan jangan bergerak. Cikgu akan hubungi pihak polis dan guru-guru lain untuk datang ke rumah kamu. Sebelum itu, kamu rasa telefon mereka ada dengan mereka ke?"

Adrienne menjawab dengan pantas. "Tak. Telefon diorang ada di ruang tamu. Semua telefon kitorang kecuali Uruha yang simpan di dalam poket seluarnya."

"Saya faham. Kamu bertiga bawa bertenang. Jangan buat perkara yang boleh membahayakan nyawa kamu. Kita tak tahu apa yang berlaku pada diorang bertiga tapi, kita hanya mampu berharap yang mereka bertiga berada dalam keadaan yang selamat, okey?"

"Okey!", kata mereka bertiga serentak.

Bersambung..

Author: Sapa rasa teruja untuk next chapter?! Kata 'saya!!' di ruang comment, okey?  o((*^▽^*))o

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro