Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24: Wayang! 🎟️📽️

"Kirazz, siapa orang ni?", tanya Adrienne setelah dia dan yang lain hanya memerhati Kirazz yang sedang berbual dengan seorang lelaki yang bernama 'Asahi' dari jauh.

"Ah! Wasure-sōdatta (Saya hampir terlupa). Gomen, Adrienne.. Eun Ji", kata Kirazz sambil merapatkan kedua-dua tangannya dan memohon maaf.

"Aku perkenalkan kepada korang semua pembantu peribadi aku, Asahi Takamura. Dialah yang jaga aku sejak kecik."

"Hajimemashite. Saya berasa amat gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan cik muda Shiori." Lelaki bersut itu merendahkan badannya, tanda memberi hormat kepada kawan-kawan Kirazz.

"Ravi de vous rencontrer également (Selamat berkenalan dengan kamu juga)", kata Adrienne dengan sopan.

"Mannaseo bangabseubnida", kata Eun Ji pula sambil mempamerkan senyuman manis.

"Tak payah nak jadi sopan sangatlah, Asahi. Kau nak aku belasah kau ke apa?"

"Kau ni memang kejamlah, Shi-chan!" Asahi cuba membuatkan suaranya kedengaran seperti kanak-kanak kecil.

"Maaf, tapi kau kata nak ke tadi? Kalau ya, boleh aje. Mehlah sini! Nak aku tumbuk ke terajang? Nak kat mana?"

"Yalah! Yalah! Watashi wa yameru (Aku berhenti)." Asahi mengangkat tangan kiri dan kanannya memberi maksud bahawa dia mengaku kalah. Dia sememangnya lemah dalam bab seni pertahankan diri menggunakan anggota badan akan tetapi dia sememangnya mahir dalam menggunakan senjata. "Kejam tahap babun!", bisik Asahi perlahan.

"Kau ada cakap sesuatu ke?", tanya Kirazz.

Asahi menggelengkan kepalanya dan tersenyum sendiri. "Nak tanya, yang dua orang tu.. Sapa pulak?", tanya Eun Ji.

Mereka semua mengalihkan pandangan ke arah dua kelibat yang berdiri dekat dengan kereta sport kelabu itu. "Dan apahal diorang pegang senjata?", sambung Eun Ji lagi.

"Ha'ah! Siapa diorang?", tanya Kirazz. "Tak pernah nampak pun.."

"Ah.. Diorang." Asahi memandang Kirazz. "Kushianda Shiori Kirazz!"

Kirazz menjadi kaku. Kebiasaannya, Asahi akan menyebut nama penuhnya apabila ada sesuatu serius atau penting yang hendak disampaikan. Asahi merendahkan badan dan berbisik di telinga Kirazz.

"Anata wa kiken ni sarasa rete iru. Kono futari wa anata no bodīgādo ni narimasu. Demo, onegaidesu! Darenimo iwanaide." (Kamu berada di dalam bahaya. Mereka berdua akan menjadi bodyguard kamu. Tapi, tolong! Jangan beritahu sesiapa)

Kirazz mengangguk. "Nani ga okotta?" (Apa yang berlaku?)

"Nanti kamu akan tahu. Tuanku akan menghubungi kamu tapi sekarang, kamu hanya perlu mendiamkan diri."

"Aku faham." Asahi tersenyum dan berkata, "Mereka berdua ni, adik-beradik saya. Cuma.. Hiraukan saja tentang senjata tu. Mereka dah terbiasa dengan latihan seni bela diri mereka."

Mereka semua mengangguk perlahan, mempercayai perbohongan yang keluar dari mulut lelaki muda itu. "Jadi, berapa ramai orang yang akan naik? Dekat sini ada satu.. Dua.. Tiga.. 12 orang."

"Limo boleh muat berapa orang?"

"9 orang sahaja. Jadi-"

"Bagus!" Kirazz memotong. "Sebab yang tiga ekor tu memang tak akan naik limo kita. Mereka bertiga akan cari kereta lain."

"Takpe ke?"

"Macamlah kami nak naik limo tu.. Jom, girls. Kita cari kereta lain", kata Katrien dengan nada gediknya. Stella dan Hao Ping mengekori dari belakang.

"Jadi.. Mari kita masuk?"

Dengan itu, mereka melangkah masuk ke dalam limo. Uruha, Silvio dam Soo Chul menahan kegembiraan yang dirasai mereka di dalam hati kerana dapat menaiki kereta yang sama bersama kawan-kawan perempuan mereka. Sementara itu, Alard, Norbert, dan Zhen Yun menahan rasa geram mereka.

Pada malam itu, mereka menonton wayang bersama. Bunyi gelak ketawa yang riuh rendah bergema di dalam bilik tayangan itu berganti dengan bunyi tangisan dan tidak lupa juga, bunyi berteriak sepanjang menonton movie yang dipilih oleh mereka.

Selesai sahaja menonton wayang, Asahi menghantar mereka semua pulang ke sekolah dan sudah semestinya dikecualikan Katrien dan dua orang kawannya. Asahi sempat mengingatkan Kirazz tentang perkara yang diberitahunya tadi dan mereka bernasib baik yang kawan-kawannya yang lain tidak berasa curiga dengan tindakan Asahi itu.

Mereka semua pulang ke rumah masing-masing dan mengucapkan selamat malam. Pada malam itu juga, Kirazz tidak dapat tidur dengan nyenyak. Hatinya berasa gelisah dan tidak tenang. Dia ingin tahu apa sebenarnya yang sudah terjadi di tempat tinggal sewaktu ketiadaannya di sana. Apakah abang dan adiknya juga tahu akan perkara ini? Dia ingin menelefon ayahandanya untuk mengetahui hal sebenar pada waktu itu juga namun dia tahu dia harus menunggu. Mungkin kerana, masanya tidak tepat atau mungkin ayahanda dan bondanya sedang melakukan sesuatu yang penting.

Kirazz cuba untuk melelapkan matanya sedaya upaya namun apakan dayanya, dia tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Oleh itu, dia berjaga sepanjang malam sehinggalah matahari terbit menandakan hari sudah siang.

Bersambung..

Author: Sorry kalau bosan sangat. Tak tahu macam mana scene kat wayang tu. Dah lama tak pergi, jadi aku hentam saja. Sorry sangat-sangat! Bye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro