Bab 21: Pementasan
Hari Halloween telah pun tiba dan semua murid memakai pakaian bertemakan Halloween. Bagi, enam watak utama kita, mereka memakai pakaian halloween mereka.
[Author: Soo Chul dan Silvio, ubah gaya rambut diorang dan warna rambut. Eun Ji pun sama, cuma gaya jelah]
Eun Ji
Adrienne
Kirazz
Soo Chul
Silvio
Uruha
"Korang.. kesemua kelengkapan dah sedia ke?" Tanya Tatiana.
"Sudah!" Murid yang lain menjawab. Kesemua murid kelas itu berusaha menyiapkan dewan yang digunakan oleh mereka bagi menjadi sebuah pementasan yang terbaik.
Adrienne dan yang lain berasa teruja bagi melakonkan watak mereka di samping menyanyi kecuali Kirazz.
"Haih.. kenapalah aku dapat watak jadi patung suruhan mamat tak guna tu?!" Kirazz merungut. Dia menumbuk dinding sepuas hatinya tanpa seorang pun menghalang.
"Sudah-sudahlah tu, Kirazz", kata Adrienne sambil melabuhkan tangan di bahu sahabatnya itu.
"Bagus apa, bolehlah korang berdua rapat semula daripada bergaduh tak tentu pasal", kata Eun Ji.
"Ikut suka hati akulah!"
"Ikut suka hati kaulah. Kitorang ni.. tak tahu nak buat apa lagi dah dengan sikap kau yang suka mengamuk tak tentu pasal", kata Eun Ji.
"Hish!"
"Kirazz.. sudahlah tu" Adrienne memujuk.
"Haih.." Kirazz menundukkan mukanya. "Yalah!" Adrienne tersenyum.
"Jom! Kita pergi jalan-jalan ke kelas lain. Kita punya pementasan pukul 10 nanti", ajak Adrienne.
"Okey!" Kirazz tersenyum.
Dengan itu, mereka bertiga melawati kelas lain dan berasa teruja. Masa semakin berlalu dan jam sudah menunjukkan yang sekarang sudah pukul 9:30 pagi.
Mereka semua sedang bersiap sedia. Apabila jarum menunjuk pukul 10 tepat, kesemua tempat duduk sudah pun penuh dan pementasan bakal bermula.
Pementasan:
Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober di negara-negara yang menyambut, dilakukan dengan berpakaian menyeramkan dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Akan tetapi, pada malam ini, kesemua mayat yang sudah mati akan bangkit dari tidur dan mengganggu hari halloween.
"Saya seru kamu semua untuk hidup. Mari kita menambah keseronokan pada malam ini. Hahaha!"
Zaxor, seorang ahli magik yang mempunyai kebolehan memukau telah menghidupkan mayat-mayat yang sudah mati dan akhirnya telah berjaya membina seangkatan tentera zombie.
"Tarzex! Gaifux!"
"Ya, tuan"
"Bawa separuh daripada angkatan zombie ke bandar selatan dan barat. Kita akan berjumpa semula di bandar utara."
"Baik!"
"Oh, ya! Lagi satu, jangan lupa untuk berseronok" Zaxor tersenyum sinis.
"Kami faham!"
Kemudian, mereka berdua pergi membawa separuh angkatan zombie.
"Na-"
"Tuan panggil saya?"
'Eww... menjijikkan. Tak percaya aku panggil mamat ni, tuan?!'
"Ah.. Naku, The Bloodborn Reaper. Kamu akan ikut saya pergi berseronok. Bolehkan?"
"Apa saja yang tuan mahu"
'Boleh blahlah! Aku tak nak pun'
"Jadi, mari kita pergi berseronok!"
Dengan itu, mereka mula bergerak bandar timur. Semua zombie menyerang manusia yang berada di hadapan mereka.
Zaxor pula memukau orang yang dia berminat dan menyeksa mereka dengan arahan;
"Cungkil mata kamu!"
"Kamu sudah pun melakukan penipuan yang terlalu banyak dan kamu berhak menerima balasan. Saya mahu kamu potong lidah kamu!"
"Hahahahaha!"
Manakala Naku, menarik roh mereka satu-persatu.
"Sweets or your soul! Happy Halloween, everyone"
"Aaaah!"
Jeritan didengari di mana sahaja termasuk juga dengan bandar selatan dan barat.
Tarzex sedang bergembira mengumpul roh sebanyak yang boleh. Gaifux pula dengan batu di belakangnya, dia memukul kepala sesiapa yang dia nampak.
Tapi, sebaik mereka tiba di bandar utara, sekumpulan perwira telah menunggu kedatangan mereka.
"Itupun kamu berempat, kami telah menunggu kehadiran kamu. Sudah tiba masanya, untuk kamu berhenti."
Enethia, seorang pahlawan perempuan. Dengan pedangnya, dia mampu mengalahkan kuasa kegelapan bersama-sama kawan-kawannya;
Delie
Reye
Iodren
Gise
"Hahaha! Ha..ha..ha.. kAu SuRuH aKu BeRhEnTi! Berani sungguh korang. Sudah-sudahlah. Korang asyik mengarah aku. Kau ingat aku suka?! Aku tak! Dan, sekarang aku akan balas dendam."
Dia memandang orang suruhannya.
"Tarzex, bunuh Iodren! Gaifux, kau pergi bunuh Gise dan aku akan musnahkan Reye sendiri. Naku, kau tahu apa yang patut kau buat, bukan?"
"Saya faham"
"Koko de, zonbi no chikara o kiku. Watashi wa minasan ni sorera o kōgeki shite hoshīdesu. Dewa, hajimemashou ka? (Dengar sini, angkatan zombieku. Aku mahu kamu semua serang mereka. Jadi, mari kita mulakan?)"
"Uwargh!"
Kesemua zombie belari menuju ke arah pahlawan-pahlawan tersebut. Naku meluru ke arah Enethia dan Delie lalu menyerang mereka berdua.
"Kono bakuhatsu o okosu! (Take this explosion!)"
"Elak, Delie!"
"Umm!"
"Korang berjaya elak. Tapi, aku harus bunuh korang. Watashi wa anata o shōkan suru, rudoru! (I summon you, Rudror!)"
"Tak guna. Naku, tolong bangun! Kau kena pukau."
"Naku, dengar tak?!"
- - -
"Pulangkan balik, Naku!"
"Pulangkan? Jangan haraplah. Sekarang ni, dia sudah jadi milik aku!"
"Kau tak guna, Zaxor! Berani kau pukau dia. Aku akan bunuh kau"
"Cubalah kalau kau boleh"
- - -
"Oi, Tarzex. Kau tahu yang kau kena pukaukan? Kalau kau tahu, tolonglah bangun!"
"..."
- - -
"Gaifux, sedarlah! Zaxor pukau kau. Dia bukannya tuan kau!"
"Zaxor ialah tuan aku. Jangan kau berani kata benda yang tak sepatutnya!"
"Gaifux!"
Enethia, Delie, Iodren dan Gise cuba untuk tidak mencederakan kawan mereka. Dan sekarang, pilihan mereka untuk sedarkan kawan-kawan mereka yang dipukau adalah dengan membunuh Zaxor.
Setelah beberapa cubaan membunuh yang dihantar oleh sahabat mereka berjaya dielak, mereka bercadang untuk mengumpulkan Naku, Tarzex dan Gaifux di tempat yang sama dan mengikat mereka agar mereka bertiga tidak dapat melakukan serangan.
Setelah itu, mereka akan bekerjasama untuk membunuh Zaxor. Akhirnya, cadangan mereka berlima telah berjaya.
"Korang tak guna! Aku akan hidup semula dan mem-ba..las dendam. Tunggu sajalah!"
Zaxor menghembus nafasnya yang terakhir. Naku, Tarzex dan Gaifux pula telah sedar daripada pukauan Zaxor. Kemudian, mereka berlapan cuba menghidupkan semula penduduk bandar yang telah dibunuh dan mengembalikan keamanan seperti sediakala.
Pada malam itu, semua penduduk pulang ke rumah bagi merehatkan badan dan apa yang berlaku pada malam itu tidak akan mereka ingati buat selama-lamanya...
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro