Bab 20: Persiapan Pementasan
"Er.. tapi kitorang-" Uruha memotong percakapan Kirazz.
"Korang sebenarnya pandai berlakon jadi jangan cuba nak menipu. Aku dah tanya Anthony nii-san, Rei nii-san dan Ritsu-kun."
"Kau! Mana kau tahu pasal abang dengan adik aku?!" Kirazz menjerit.
"A-a-aku a-ada baca semua mesej dalam telefon kau masa mula-mula korang bertiga datang", jawab Uruha sambil tergagap. Pipinya berwarna merah.
"Kau tak guna!" Kirazz mengangkat tangannya yang sudah dikepal menjadi penumbuk akan tetapi badannya berhenti bergerak.
'Tunggu sekejap! Masa mula-mula kitorang datang? Ah! Waktu tu, aku berpura-pura tidur. Kenapa aku boleh tak ingat?' Kirazz mengetuk kepalanya.
"Apa yang kau buat ni, Kirazz? Dah gila ke?" Adrienne menarik turun tangan Kirazz agar dia berhenti mengetuk kepalanya.
"Tolonglah korang. Kalau korang tak buat, kita kena ubah rancangan kita dari awal sampai akhir", kata Soo Chul.
"S'il te plaît, Adrienne. (Tolong, Adrienne)", kata Silvio.
"Setuju sajalah, monyet!" Uruha kata dengan nada menjengkelkan menyebabkan Kirazz berasa menyampah.
"Baik, kitorang berdua setuju", kata Eun Ji setelah dia dan Adrienne bersetuju. Kemudian, semua mata beralih kepada Kirazz yang sedang menyilangkan tangan.
"Baiklah, aku buat tapi kerana kelas dan bahagian aku tak nak ada kena-mengena dengan mamat ni." Dia menuding jari ke arah Uruha.
'Nani?! Kirazz benci aku ke? Ni semua salah aku.. aku bersalah! Kirazz, gomen ne' Uruha mula berjalan ke hujung kelas dan duduk bersandar di dinding. Mukanya berubah menjadi muram.
"Aku rasa kau tak patut cakap macam itu pada Uruha. Kesian dia. Dia cuba nak tolong kitorang dengan berjumpa abang korang supaya dia ada bukti kukuh yang korang sebenarnya pandai menyanyi", kata Tatiana.
"Lagipun, kau memang ada bahagian dengan dia. Tak boleh ubah lagi dah"
"Apa?!" Kirazz terkejut.
"Tolong..."
Tatiana membulatkan matanya. "Haih.. baiklah. Aku pujuk!" Kirazz mengalah dan berjalan menuju ke Uruha.
Adrienne, Eun Ji, Silvio dan Soo Chul berkumpul bersama yang lain bagi membincangkan tentang teater muzikal.
Tapi, sebelum dia berada dekat dengan Uruha langkah dia terhenti dan menoleh ke belakang.
"Soo Chul! Mana Alard, Norbert dan Zhen Yun?", tanya Kirazz sambil matanya melilau mencari tiga orang lelaki itu di dalam kelas.
"Diorang pergi cari Katrien, Stella dan Hao Ping. Yang tiga tu tak nak tolong jadi, diorang keluar tak tahu pergi mana. Kitorang suruh Alard dan yang lain cari diorang untuk bincang pasal ni, tapi tak sampai-sampai lagi."
"Diorang memang puteri tak guna", kata Kirazz berbisik. "Sankyuu"
Dia berjalan menghampiri Uruha dan duduk di sebelahnya. "Kau memang kuudere, kan?"
Uruha menoleh ke tepi dan melihat Kirazz sedang duduk rapat dengannya. Mukanya berubah menjadi merah. Tidak mahu mukanya dilihat oleh gadis itu, dia mengalihkan mukanya.
"M-mana adalah."
"Yelah tu! Kau memang kuudere. Sebab masa mula-mula aku jumpa kau, perangai kau macam dingin. Tapi, selepas tu, kau jadi lain.. macam kau jumpa orang yang kau suka."
Mata Uruha terbeliak.
"Selalunya kuudere macam tu dan kau pun sama macam kuudere, sebab tu aku panggil kau kuudere tapi bila difikirkan balik, kau sesuai jugak jadi yandere."
"...."
"Yandere bahaya sikit. Kalau ada orang dekat dengan orang yang yandere suka, yandere tu.. akan bunuh orang tu. Jadi, memang berbahaya"
"...."
"Kau ada suka seseorang ke?", tanya Kirazz.
Namun, Uruha tidak menjawab persoalannya. Uruha memejamkan mata dan di dalam hatinya..
'Ada! Ada! Aku suka kau. Aku suka kau. Kau akan balas cinta aku, kan? Kan?!'
Kirazz mula berasa menyampah apabila Uruha tidak menjawab persoalan dia, lalu dia bangun.
"Kalau tak nak bagitahu pun, sekurang-kurangnya balaslah soalan aku. Buat aku rasa menyampah saja!"
Kirazz mula berjalan. Dengan pantas, Uruha menarik lengan Kirazz menyebabkan Kirazz ditarik ke belakang dan secara tak sengaja, kabedon terjadi.
Pengetahuan
Kabedon= Itulah keadaan di mana seorang lelaki meletakkan tangannya di dinding, bagi memerangkap seorang gadis. Ini adalah keadaan yang benar-benar moe untuk seorang gadis! Jarak antara gadis dan lelaki tu begitu pendek sehingga mampu membuat hatinya berdebar (doki-doki). Lelaki biasanya melakukannya daripada emosi yang tidak dapat dikawal contohnya cemburu atau marah, tetapi kadang-kadang ianya untuk menggoda.
Itu saja
DUB-DAB DUB-DAB!
"Ki-" Kirazz menumbuk muka Uruha dan berlari pergi.
'Argh! Apahal dengan mamat tu?! Suka sangat buat benda pelik pada aku. Gila ke apa? Boleh pulak dia tarik tangan aku sampai aku buat kabedon dekat dia? Eii.. geli!'
"Habislah aku. Dia bertambah marah. Gomen'nasai Kirazz..." Uruha bisik perlahan pada dirinya.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro