Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19: Eun Bi dan Kejutan

Di rumah Eun Bi

"Eun Bi, kamu okey? Kakak dengar daripada kawan kamu yang demam kamu dah kebah", kata Eun Ji.

Ketika itu, Eun Bi sedang berehat di ruang tamu menonton televisyen. "Haih.. kakak. Kalau kakak dah tahu demam saya sudah kebah, kenapa kakak risau pasal saya lagi?"

Eun Ji mengetuk kepala adiknya. "Kamu ni, langsung takde adab dengan kakak kamu sendiri, kan?" Eun Ji menjadi marah.

Kedua-dua tangannya diletakkan di pinggang. Adrienne dan Kirazz menjadi bingung tidak tahu apa yang perku dilakukan oleh mereka.

"Hei, Eun Ji. Tak payahlah kau marah adik kau. Demam dia tu.. tak hilang sepenuhnya", kata Adrienne berharap Eun Bi akan bertenang.

Kirazz duduk di sebelah Eun Bi. "Ne, Eun Bi. Kakak kau betul-betul risaukan kau. Janganlah kau jadi kurang ajar dengan dia. Dia kan, kakak kau. Tolong, okey?"

Kirazz berbisik supaya Eun Ji tidak mendengar apa yang dia katakan. Eun Bi mengalihkan pandangannya dan mengangguk, memberi tanda jepada Kirazz yang dia faham.

"Mianhae. Naneun choegeun-e seuteuleseuleul neukkinda. (Maaf. Saya rasa stress sejak kebelakangan ini)", kata Eun Bi.

Eun Ji, seorang kakak melihat adiknya stress amatlah pedih di matanya. Jadi, dia berjalan ke arah adik perempuannya itu dan duduk di sebelahnya.

Kirazz bangun dan mengajak Adrienne keluar dari rumah bagi memberi ruang untuk adik-beradik itu berbual. Adrienne mengangguk.

- - -

Selesai sesi berbual di antara kakak dan adik, mereka bertiga pulang ke jelas bagi membantu rakan sekelas mereka untuk persiapan Halloween Party.

Sebaik Adrienne membuka pintu kelas, mereka bertiga ditarik masuk ke dalam. Dan, di dalam kelas itu berdirinya kesemua rakan sekelas mereka kecuali Katrien, Stella dan Hao Ping.

Tapi, apa yang merisaukan ketiga-tiga puteri itu adalah riak wajah kesemua rakan sekelas mereka. Riak mereka semua jelas terpancar kerisauan terhadap sesuatu.

"Pourquoi avec une telle anxiété? (Kenapa dengan muka risau itu?)", tanya Adrienne setelah dia mendapati yang dia tidak dapat menahan renungan rakan sekelas mereka.

"Korang semua tenung kitorang, macam kitorang ni orang gila pula", kata Eun Ji.

"Sebenarnya, tentang aktiviti kelas untuk Halloween parti tu, kitorang bercadang untuk membuat teater. Tapi.."

Kata-kata Listratova Tatiana terhenti dan memandang tiga orang sahabat yang berada di hadapan mereka.

"Kitorang nak korang bertiga berlakon sebab kita kan, nak buat teater", kata Tatiana.

"Kitorang?!"

Adrienne, Kirazz dan Eun Ji terkejut mendengar apa yang Tatiana kata. Mata mereka bertiga terbeliak. Kemudian, mereka berpandangan antara satu sama lain.

Bersambung..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro