Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18: Amer dan Amirah

Keesokan harinya, enam sahabat itu datang awal ke kelas. Beberapa minit kemudian, seperti apa yang dikatakan oleh Kirazz, kembar Melayu itu telah sampai ke kelas.

Kirazz berlari menuju ke arah kembar itu. "Selamat pagi, Amirah.. Amer!"

"Selamat pagi, Kirazz", balas kembar itu serentak seraya meletakkan beg di tempat duduk mereka.

"Amirah, bagi tangan kau. Sakit lagi ke?", tanya Amer memegang tangan Amirah.

"Eh?!" Kirazz terkejut. Adrienne dan yang lain turut sama terkejut melihat situasi itu. Mereka berenam berdiri menghampiri kembar itu. "Kenapa Amer sentuh tangan kau?", tanya Kirazz.

"Eh, kenapa?" Amirah hairan. "Kau kata perempuan tak boleh sentuh lelaki?"

Amirah dan Amir tergelak kecil. "Itu.. kalau ahli keluarga sendiri bolehlah. Amir ni.. ahli keluarga jadi dia boleh sentuh aku. Tapi, tetap aurat kenalah jaga", terang Amirah.

"Ooo.." Kirazz dan yang lain menganggguk. "Ah! Ini kawan aku, Adrienne, Eun Ji dan korang mesti dah kenal dengan kembar tiga ni, kan?"

"Uhm.. kenal. Uruha, Silvio dan Soo Chul. Adrienne, Eun Ji.. selamat berkenalan"

"Selamat berkenalan!", kata mereka berdua serentak. "Nanti korang balik ke negara asal korang ke?", tanya Eun Ji.

"Balik, lagipun kitorang mana sambut perayaan ni", jawab Amir. "Perayaan apa je yang korang sambut?", tanya Soo Chul.

"Kitorang ada sambut hari raya aidilfiltri, aidil adha, kemerdekaan dan banyak lagilah", kata Amirah. "Korang tak sambut tahun baru cina, hari krismas ke?", tanya Adrienne.

"Haha.. mana ada sambut. Kalau tahun baru cina tu.. kitorang dapat cuti", kata Amir. "Ah... macam tu. Jadi, maksudnya sampai perayaan ini habis, korang akan berada di kampunglah, kan?" Kata Kirazz. "Mesti aku akan rindukan korang.."

"Alalala... rindu juga kawan baru aku, ya. Nanti, kitorang balik.. kitorang akan bawa sekali cenderahati, okey?" Kata Amirah.

"Okey! Bila korang balik?" Kirazz tanya. Amirah dan Amir saling berpandangan antara satu sama lain. "Esok. Malam ni, kitorang akan berkemas", kata Amir.

"Ah.. boleh tak kalau aku ikut korang sekali? Nak hantar korang balik. Please~" Kirazz membuat gaya comel kepada Amirah dan Amir. Uruha cemburu. 'Kenapalah dia tak buat muka macam tu kat aku? Kecewa betul!' Fikir Uruha.

"Sudah tentu, korang pun nak ikut sekali ke?" Tanya Amirah. "Mestilah nak!" Jawab mereka berlima serentak. "Hahaha.." Amir dan Amirah ketawa melihat reaksi kawan baru mereka.

Di lapangan terbang...

"Baiklah, nampaknya sampai di sini sahaja. Jumpa korang bila perayaan itu habis", kata Amirah sambil tersenyum.

"Amirah!" Adrienne, Kirazz dan Eun Ji memeluk Amirah. Mereka bertiga cuba menahan air mata dari melimpah.

"Hihi.. korang ni, bukannya lama pun. Habis nanti, kitorang baliklah. Okey?"

"Okey!", balas mereka bertiga serentak.

"Amirah, kita dah kena pergi ni. Nanti lambat pulak", kata Amir yang dari tadi mendiamkan diri.

"Baik!" Amirah balas dengan satu patah perkataan.

"Okeylah, aku pergi dulu.. bro", kata Amir kepada Silvio, Uruha dan Soo Chul.

"Hati-hati. Dah sampai kat sana, jangan lupa call", kata Silvio. Amir menganggukkan kepalanya.

Selesai mengucapkan selamat tinggal, Amir dan Amirah mula berjalan pergi sambil melambai. Keenam-enam sahabat itu turut melambai. Kini, kelibat kembar itu tidak lagi dapat dilihat. Suasana menjadi sunyi.

"Sekarang apa?", tanya Adrienne.

"Aku rasa kita baliklah kot. Tugasan dah pun di agihkan, jadi kita kena siapkan untuk perayaan itu nanti", kata  Silvio.

Tidak lama selepas itu, telefon Eun Ji berbunyi menandakan satu mesej telah masuk. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluar.

"Ah.."

"Kenapa, Eun Ji?", soal Kirazz.

"Adik aku, Eun Bi. Dia sakit, jadi aku nak lawat dia", jawab Eun Ji yang sedang menyimpan kembali telefonnya.

"Dia kat rumah ke?", tanya Soo Chul.

Eun Ji angguk. "Dekat rumah, teman serumah dia mesej aku. Kalau korang nak pergi kelas, pergilah. Aku nak tengok keadaan adik aku dulu."

"Eh?! Kitorang nak ikut jugak!", kata Adrienne dan Kirazz serentak.

"Nak ikut? Umm.. ikutlah nak ikut pun. Jom", kata Eun Ji yang sudah melangkah pergi.

Adrienne dan Kirazz berjalan di sisinya manakala Silvio dan yang lain turut mengekori mereka di belakang dengan senyap.

'Apahal dengan diorang hari ni? Takde mood ke?' Fikir Adrienne.

'Senyapnya. Suasana sekarang dah jadi janggal' kata Eun Ji di dalam kepala.

'Sedih sangat ke berpisah dengan Amir? Macam scene yaoi je, walaupun aku tak pernah tengok yaoi' kata Kirazz di dalam kepala.

'Haih.. nampaknya Adrienne takde nanti. Sedihnya...' kata Silvio

'Kesian Eun Bi, kalaulah aku dapat ikut. Boleh aku tolong jaga dia sekali. Tup-tup dapat restu jadi boyfriend kakak dia ataupun dapat jadi calon suami kakak dia!' Kata Soo Chul

'Susahnya nak jadi lebih dekat dengan si monyet ni! Dia ni macam tak tahu sangat pasal bab-bab cintalah.. kalau dia tak tahu, aku boleh ajar. Jadi Dr. Ai' fikir Uruha.

Adrienne dan yang lain mula berasa risau dengan tiga orang kawan mereka itu. Lain pula dengan Silvio dan yang lain, mereka bertiga memikirkan benda yang tidak penting. Apalah mereka..

Bersambung..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro