Bab 16: Pelukan 💓
"Siapa?!"
"Kita ada dua orang dalam kelas kita, kan?", tanya Zhen Yun ingin mendapatkan kepastian.
"Ya, dan diorang berdua kembar. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan", kata Norbert.
"Tak silap aku.. diorang berdua orang Melayu dari negara Malaysia dan juga beragama Islam", kata Alard sambil meletakkan tangan di dagunya.
"Melayu, Malaysia, Islam?" Mereka bertiga berkata serentak.
"Ya. Err.. kitorang tak berapa nak pasti sangatlah tentang diorang. Lebih baik kalau korang bertiga tanya diorang sendiri. Lagi bagus!", kata Alard.
Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain. Kemudian, mereka menganggukkan kepala. "Diorang yang mana satu, eh?", tanya Adrienne.
"Oh.. senang je. Yang perempuan dia pakai kain yang tutup kepala dia. Yang lelaki tu.. mesti ada sekali dengan yang kembar perempuan tu", jawab Norbert.
"Ooo.. okey!" Selesai mengucapkan terima kasih, mereka bertiga berlari menuju ke kelas sehinggalah ada tiga suara yang memanggil nama mereka. Mereka menoleh dan melihat teman-teman serumah mereka berdiri di tepi.
"Korang.. kitorang nak minta maaf sebab kebelakangan ni, kitorang tak berapa nak layan korang bertiga", kata Silvio yang memulakan perbualan.
Gelak ketawa mereka bertiga kedengaran. Silvio, Uruha dan Soo Chul hairan akan kenapa mereka bertiga ketawa. "Kenapa korang ketawa?", tanya Soo Chul.
"Hahahaha! Kitorang dah lama maafkan korang. Kitorang tahu yang korang kena layan perangai minah-minah tu semua", jelas Eun Ji sambil memegang perutnya sambil ketawa.
"Yeke?!" Silvio terkejut. Adrienne mengangguk. "Jujur, sebenarnya kitorang agak rindu nak bercakap dengan korang contohnya rindu nak dengar Uruha dan Kirazz bergaduh", kata Adrienne.
"Humm.. bagus sangat. Sukalah tengok orang bergaduh. Takde kerja!", kata Kirazz. Uruha yang asyik berdiam diri melangkah ke hadapan menghampiri Kirazz dan memeluknya.
Adrienne dan Eun Ji terperanjat namun Silvio dan Soo Chul turut melakukan perkara yang sama. Dengan ini, ketiga-tiga mereka terkejut. Mereka bernasib baik kerana tiada sesiapa pun yang kini berada di situ lagi.
Alard, Norbert dan Zhen Yun pun turut tiada di situ kerana menolong cikgu untuk menyimpan podium di dalam bilik sukan.
"Aku rindu kau.. Aku rindu nak bergaduh dengan kau. Tolong, jangan buat macam tu lagi..", kata Uruha perlahan dan lembut di telinga Kirazz agar yang lain tidak mendengari apa yang telah dikatakan olehnya.
"K-k-kau.. kau dah gila!" Kirazz menjerit dan menolak Uruha jauh daripadanya. Dia berlari meninggalkan yang lain. Silvio dan Soo Chul melepaskan Adrienne dan Eun Ji daripada dakapan mereka.
"Korang tak lari macam Kirazz ke?", tanya Uruha.
"Huh? Taklah. Kitorang bukan macam dia. Dah biasa. Kitorang berdua anggap pelukan tadi macam pelukan daripada kawan", kata Adrienne.
'Kawan?' Silvio terkejut. 'Kenapa aku tak suka dengar dia sebut perkataan kawan? Kenapa aku rasa macam aku harapkan perkataan lain yang akan keluar?'
"Betul tu! Kawan!" Eun Ji mempersetujui kata-kata Adrienne.
'Kawan.. aku tak suka perkataan tu!', kata Soo Chul di dalam hati.
"Tapi.. Kirazz lain. Dia selalu dapat pelukan daripada keluarga dia dan juga orang yang rapat dengan dia. Macam aku.. Adrienne.."
"Oh, ya! Jangan lupa Anthony..", kata Adrienne menyebut nama abangnya. Uruha tertanya-tanya siapakah Anthony yang disebut oleh Adrienne.
"Siapa Anthony?", tanya Uruha sambil mengetap giginya. Tangannya sudah dikepal menjadi penumbuk.
Adrienne memandang Uruha. Belum sempat, Adrienne berkata Silvio mencelah. "Kau maksudkan Anthony, cef terkenal di Perancis tu ke?" Tanya dengan teruja.
"Y-ya. Kenapa?" Adrienne berkata dengan tergagap-gagapnya. "Dia ialah idola aku! Aku dari dulu teringin nak jadi macam dia. Dia pandai masak!"
"Oh.. yeke?"
"Ya! Tapi, macam mana dia boleh rapat dengan Kirazz?", tanya Silvio hairan. "Itu yang aku nak cakap tapi kau potong. Anthony tu.. abang aku. Dia kawan rapat kepada abang Kirazz jadi, dia rapat dengan Kirazz juga. Abang aku tu.. anggap Kirazz sebagai adik lelaki dia."
"Adik lelaki?" Silvio, Uruha dan Soo Chul hairan.
'Jadi, si Anthony tu anggap Kirazz sebagai adik.. itu bermaksud musuh aku ialah Alard. Dalam tempoh aku dan Kirazz tak bercakap, baru aku sedar perasaan sebenar aku selama ni.. Yang aku..', kata Uruha di dalam hatinya.
'Anthony ialah abang Adrienne. Hebat! Kalau aku dapat tahu makanan kegemaran Adrienne mesti lagi hebat. Boleh aku masak untuk dia setiap hari~ Aku rasa aku dah tahu tentang sesuatu yang aku..'
'Bila dengar Eun Ji setuju dengan Adrienne yang pelukan tadi tu hanyalah pelukan daripada seorang kawan sangat menyakitkan hati aku. Aku nak dia cakap yang aku ni orang yang sangat penting untuk dia. Aku..'
'Aku suka dia!', kata mereka bertiga serentak di dalam hati masing-masing.
Adrienne dan Eun Ji berbual antara satu sama lain dan langsung tidak ingat pada kawan mereka yang seorang lagi. Silvio, Uruha dan Soo Chul pula berasa gembira kerana akhirnya mereka dapat menerima perasaan mereka yang sering diabaikan.
Manakala Kirazz pula, dia sedang rancak berbual bersama kembar Melayu di dalam kelas mereka. Apa yang dibualkan oleh mereka bertiga akan diketahui oleh yang lain tidak lama lagi.
Bersambung..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro