Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15: Penutup dan Pengumuman 📣

Kirazz, Adrienne dan Eun Ji dalam perjalanan menuju ke kelas. Pada masa yang sama, mereka bertembung dengan Alard yang sedang berbual bersama dua orang kawannya.

"Oh! Hello korang", sapa Alard dengan gembira sambil melambai tangan.

"Hai..", balas mereka bertiga dengan wajah yang muram.

"Kenapa ni?", tanya Alard.

"Haih.. susahlah nak cakap", kata Eun Ji sambil mengerutkan dahi.

"Hei, janganlah kerutkan dahi macam tu. Cuba tenangkan diri korang", kata seorang pelajar lelaki yang berdiri di kiri Alard. Eun Ji mendengar kata-kata lelaki itu dan menenangkan dirinya. Kemudian, dia tersenyum.

"Kan lebih bagus macam tu. Tak elok kalau perempuan kerutkan dahi, tak nampak manis langsung. Senyum kan, lagi okey?"

Eun Ji tergelak mendengar kata-katanya. Jujur dalam hati Eun Ji, dia berasa tenang dan gembira.

"Sebenarnya, korang nak cakap pasal Katrien, Stella dan Hao Ping ke?", tanya lelaki yang berdiri di kanan Alard pula.

"Ha'ah!" Adrienne menganggukkan kepala seterusnya menyengetkan sedikit kepalanya. "Kejap! Siapa diorang ni?"

Alard tergelak apabila mendengar persoalan Adrienne. "Maaf sebab tak perkenalkan diorang. Yang kanan aku ni.. Norbert Krausser dari Jerman."

"Hei!", lambai Norbert.

"Yang kiri aku pula, Zhen Yun dari China", sambung Alard yang memperkenalkan kawan-kawannya. "Diorang berdua sama group ngan aku dalam kelas dan kitorang tinggal serumah."

"Ooo.." kata mereka bertiga serentak. "Eh?! Korang berdualah pasangan baru kitorang kan?"Jerit Eun Ji dan Adrienne, terkejut.

Norbert dan Zhen Yun hanya menganggukkan kepala mereka. Kirazz memandang ke arah Norbert. "Macam mana kau tahu yang ianya tentang diorang?" Tanya Kirazz sambil menyilangkan tangan.

"Sebab kitorang pun tak suka dengan perangai diorang. Kitorang tinggal serumah dengan diorang, jadi waktu kelas dah habis tadi, kitorang terus bawa diorang ke rumah. Tak pasal-pasal kitorang kena di suruh untuk bawa beg diorang. Dahlah berat!", Zhen Yun merungut.

"Diorang suruh ke?" Tanya Eun Ji.

"Ya, diorang suruh. Habis lenguh bahu kitorang, bawa beg diorang. Anyway, korang pula?", tanya Norbert.

"Diorang tolak kitorang dari meja makan sebab nak makan dengan Silvio dan yang lain. Itu pun nasib baik kitorang dah habis makan. Yang Kirazz pulak, hampir langgar peraturan sekolah", kata Adrienne.

"Haih... tak patut-patut", kata Alard, Norbert dan Zhen Yun serentak sambil menggelengkan kepala.

"Apapun, sekurang-kurangnya korang tak cedera, kan? Itu yang paling penting." Alard kata sambil melemparkan senyuman manis.

"Betul jugak! Arigatou, Alard, Norbert dan juga Zhen Yun." Kirazz menundukkan kepalanya.

"Takde apalah", balas mereka.

Kemudian, mereka berenam bergelak ketawa. Petang itu adalah latihan pertama mereka bersama pasangan baru. Uruha, Silvio dan Soo Chul berasa kurang senang dengan sikap Katrien, Stella dan Hao Ping. Manakala Kirazz, Adrienne dan Eun Ji berasa selesa bersama Alard, Norbert dan Zhen Yun.

Mereka berlatih bersungguh-sungguh bagi mendapatkan hasil yang baik untuk hari sukan tahunan yang akan tiba tidak lama lagi. Uruha dan yang lain mungkin mengalami sedikit kesusahan dalam mengatasi sikap pasangan mereka yang tidak suka melakukan aktiviti luar.

- - - - -

Seminggu sudah berlalu, kini hari yang dinantikan telah tiba. Semua peserta yang menyertai acara sukan sudah berdiri di tempat yang telah ditetapkan.

Satu-persatu acara dipertandingkan dan kini hari sukan tahunan telah tiba di penghujungnya. Semua murid berkumpul di astaka mengikut rumah sukan masing-masing.

Pengetua Rina tampil ke hadapan bagi mengucapkan ucapannya di samping merasmikan penutup hari sukan tahunan Sekolah Akademik Kerabat Diraja. Seterusnya, menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara dan juara keseluruhan.

- - - - -

"Bagi acara lompat tinggi berpasangan. Tempat ketiga jatuh kepada.. rumah sukan The Autumn kepada pasangan xxxx dan xxxx", kata Pengetua Rina.

Semua ahli rumah sukan The Autumn menjerit kegirangan. Pasangan yang disebutkan nama naik ke atas podium. Semua murid memberikan tepukan.

"Tempat kedua jatuh kepada rumah sukan The Spring kepada pasangan xxxx dan xxxx."

Sekai lagi tepukan daripada murid kedengaran. "Dan tempat pertama jatuh kepada rumah sukan... The Summer kepada pasangan Adrienne Dan Norbert!"

Semua ahli rumah sukan The Summer menjerit. Adrienne Dan Norbert berlari turun daripada astaka. Kemudian, Pengetua Rina menyebut pemenang bagi acara larian berpasangan Dan acara larian berpagar secara berpasangan.

"Tempat pertama acara larian jatuh kepada The Spring, Eun Ji dan Zhen Yun!"

- - - - -

"Tempat pertama bagi acara larian berpagar secara berpasangan pula dimenangi oleh The Winter, Kirazz Dan Alard!"

- - - - -

Dan akhirnya, keputusan juara keseluruhan bakal diumumkan.

"Juara keseluruhan bagi Hari sukan tahunan pada tahun ini ialah.. rumah sukan.. The Summer! Tahniah, ya", umum Pengetua Rina sambil menepuk tangan.

Kegembiraan yang dirasai mereka akan sentiasa berada di dalam ingatan mereka buat selamanya. Semua murid yang lain mengucapkan tahniah kepada ahli rumah sukan The Summer.

Sebaik murid-murid cuba untuk bangun daripada tempat duduk, Pengetua Rina berucap.

"Tunggu dahulu! Saya hendak beritahu kamu semua tentang aktiviti yang akan diadakan sempena bulan Oktober, iaitu Halloween Party. Jadi, semua kelas harus berbincang tentang aktiviti apa yang akan kamu lakukan. Contohnya, kafe.. teater dan sebagainya. Saya tidak kisah apa pun idea kamu semua. Bagi yang tidak menyambut hari Halloween.. kamu diberi pilihan untuk tinggal bagi membantu kawan sekelas kamu tapi yang pasti kamu tidak dibenarkan menghadiri parti tersebut ataupun pulang ke negara masing-masing. Itu sahaja. Oh! Lagi satu, pakaian kamu semua mestilah bertemakan Halloween", katanya sambil tersenyum.

Selepas mendengar ucapan tersebut, semua murid perempuan berasa teruja. Kirazz, Adrienne dan Eun Ji berasa sedih dan tertanya-tanya siapakah gerangan yang tidak menyambut hari Halloween itu.

"Dalam kelas kita, adakah orang yang tidak sambut hari Halloween?", Tanya Kirazz sambil menggaru kepala.

"Ada!",kata Alard, Norbert Dan Zhen Yun serentak sambil menghampiri mereka bertiga yang berkumpul setelah ucapan pengetua selesai.

"Siapa?!",tanya mereka dengan perasaan ingin tahu yang sangat kuat di dalam hati mereka.

Bersambung...

Maaf kalau bab ni.. ayat dan jalan cerita tak berapa menarik. Ada banyak masalah yang berlaku dalam menyiapkan bab ni. Masalah dengan keyboard.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro