Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14: Pengacau🐝

"A-apa yang korang maksudkan dengan ratu peraturan?", tanya Silvio kepada Adrienne.

"Oh..yalah, korang tak tahu. Entah-entah Uruha pun sama", Adrienne berkata dengan dinginnya.

"Apa yang aku tak tahu?" Uruha bertanya sambil mengangkat keningnya.

"Kirazz dikenali sebagai ratu peraturan sebab Kirazz patuh kepada peraturan. Dia tak pernah langgar. Dan, kitorang berdua pun sama jugak dengan dia", terang Adrienne.

"Sebab tu bila diorang bertiga tu langgar satu peraturan sekolah, kitorang jadi marah. Kitorang tak suka orang yang langgar peraturan. Semua orang tahu yang sekolah pasti ada peraturan. Jadi, kenapa langgar peraturan kalau dah tahu?", kata Eun Ji sambil menyilang tangan.

"Eun Ji.." Soo Chul memandang wajah Eun Ji dengan terkejut. Ini kali pertama dia melihat wajah Eun Ji sebegitu marah.

Kemudian, mereka berlima mendiamkan diri. Tiada sesiapa pun di antara mereka berani bersuara. Seterusnya, mereka memulakan pelajaran mereka untuk hari itu.

Waktu rehat telah pun bermula, mereka berenam mengemas meja mereka yang bersepah. Kemudian, muncul Katrien, selaku ketua, Stella dan Hao Ping di meja mereka berenam.

"Hai, semua", sapa Katrien dengan ceria. Dia merendahkan badan agar ketinggiannya sama dengan ketinggian ketiga-tiga putera itu yang sedang duduk. "Apa nama kamu bertiga?"

"Err.. saya Silvio, Perancis. Ini adik saya, Soo Chul dari Korea dan abang saya, Uruha dari Jepun. Kami bertiga kembar", jawab Silvio.

"Oo.. kembar", kata Katrien, Stella dan Hao Ping serentak.

"Korang bertiga hensemlah", kata Stella sambil menggigit bibirnya. Kirazz, Adrienne dan Eun Ji yang melihat gaya Stella mula berasa meluat.

"Aku nak muntah!", jerit Kirazz kemudian berlari pergi keluar dari kelas itu.

"Ergh! Merosakkan ingatan aku tentang resipi masakan yang abang aku ajar je", kata Adrienne sambil bangun dari kerusi dan mula berjalan.

"Eww! Lagi teruk daripada drama Korea.. it's disgusting!", kata Eun Ji yang turut sama meninggalkan kelas itu.

Silvio dan yang lain mula berasa cemas. "Korang tunggu kitorang!", jerit Soo Chul.

"Laju betul diorang jalan", kata Soo Chul. Uruha yang berjalan di hadapannya menganggukkan kepala.

Mereka bertiga meninggalkan tiga orang murid baru itu sendirian di dalam kelas sambil terpinga-pinga.

- - - - -

Selesai mengambil makanan di kantin, para putera itu cuba berbaik dengan para puteri. Salah satu cubaan yang telah dilakukan oleh mereka ialah untuk membuat para puteri itu ketawa malangnya ia tidak berjaya.

Akhirnya dengan perasaan tidak tahan, Kirazz dan yang lain menerima maaf kawan-kawan mereka. Kemudian, mereka berbaik semula seperti biasa.

"Ehem.. boleh kitorang bertiga makan dengan korang tak?", tanya Katrien yang tiba-tiba menyampuk perbualan enam sahabat itu.

"Aikk?! Apahal pulak?", tanya Adrienne terkejut. Yang lain turut sama berasa terkejut.

"Bukan dengan kaulah! Kitorang nak makan dengan diorang", balas Stella.

Dalam masa dua saat, mereka bertiga menolak Kirazz, Adrienne dan Eun Ji hingga jatuh di atas lantai.

"Aduh, sakitlah! Kau apahal?! Gila ke?!", jerit Eun Ji kesakitan sambil berdiri dan membersihkan habuk di baju sekolahnya.

"Entah! Mata letak kat lutut", jerit Adrienne pula.

"Eii.. ba-", kata Kirazz terhenti dan teringat bahawa kata-kata kesat amatlah sekali dilarang di sekolah. "Korang memang dah melampaui batas!", sambungnya.

"Apa kitorang kisah. Bluekk!", kata Hao Ping kemudian menjeling lidah.

"What the-" Sebelum Kirazz mengeluarkan kata-kata kesat, Adrienne menutup mulut Kirazz.

"Sudahlah tu, jom kita pergi", ajak Eun Ji kepada kawan-kawannya.

"Ya, lebih baik jauhkan diri daripada bergaduh", kata Adrienne yang setuju dengan kata-kata Eun Ji.

"Ergh! Baiklah, jom. Nasib baik kita dah habis makan", kata Kirazz sambil mengurut dadanya.

"Korang nak pergi mana?", tanya Soo Chul memandang ke arah tiga orang kawannya.

"Kitorang nak pergi masuk kelas. Lagipun, kitorang dah habis makan. Jomlah ikut", kata Eun Ji sambil membuat gaya tangan mempelawa agar mereka bertiga ikut sekali.

"Tak boleh! Korang bertiga temanlah kitorang makan, ya?" Hao Ping membulatkan matanya supaya Soo Chul dan lain menemani mereka bertiga makan.

"Err.. baiklah", kata Soo Chul, mengalah.

"Soo Chul.. Takpelah, jom", kata Eun Ji kemudian pergi.

Kirazz dan Adrienne juga tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Hao Ping mencium pipi Soo Chul?! Mereka berdua berasa lega kerana Eun Ji tidak menyaksikan perkara itu.

Muka dua orang sahabat itu mula menjadi merah sebaik Katrien dan Stella turut melakukan perkara yang sama pada Uruha dan Silvio.

"Diorang memang pengacau macam serangga!", jerit Adrienne kemudian menghentak kaki sambil meninggalkan kantin.

Wajah Kirazz yang pada mulanya terkejut berubah kepada wajh yang melemparkan senyuman sinis. "Wah! Wah! Wah! Looks like we have three couple in our school. What a troublesome child. Heh!"

Mendengar ayat itu keluar daripada mulut Kirazz membuatkan hati Uruha sakit. Di dalam hatinya, dia berharap yang Kirazz tidak menganggap dia dan Katrien sebagai couple.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro