Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13:Puteri👑

Alard terkejut dengan apa yang didengar oleh telinganya sendiri. 'Aku? Pasangan Kirazz? Betul ke? Tak mungkin. Kalau betul, best gila siot!'

[P/s: gambar di atas ialah Alard Boudewijn. Maaf sebab tak letak masa mula-mula Alard muncul]

Alard tersengih seorang diri. Uruha semakin menyampah melihat wajah tersengih lelaki itu lalu menendang kaki Alard.

"Woi! Apa ni?!" Alard menjerit.

"Apa ni? Yang kau dah tersengih macam kerang busuk tu dah apahal? Cepatlah, siput 🐌", kata Uruha berlalu meninggalkan Alard.

"Siput! Sapa yang siput?!" Alard bangun dan mengekori Uruha.

Dalam perjalanan ke sana, hanya suara mereka berdua bertengkar sahaja yang boleh didengari. Tidak habis bergaduh antara satu sama lain.

Setibanya mereka di bilik kesihatan, Cikgu No Ra memaklumkan bahawa Alard perlu sentiasa berada di sisi Kirazz.

Alard menganggukkan kepala. Uruha hanya memandang ke luar tingkap kerana menyampah mendengar perkataan yang asyik keluar daripada mulut cikgu kesihatannya.

Pasangan adalah perkataan yang dibenci olehnya. Uruha kini sedang mengalami masalah dengan perasaannya.

'Apahal dengan diri aku ni? Kenapa aku sakit hati sangat bila dapat tahu yang si Alard tu pasangan baru Kirazz? Bukan aku patutnya rasa gembira sebab si Alard tu dapat bersama dengan Kirazz ke?' Uruha merungut di dalam kepalanya.

"Itu saja yang saya nak bagitahu kamu. Tolong jaga Kirazz, ya?" Kata Cikgu No Ra sambil berdiri di hadapan pintu bilik kesihatan. "Saya nak keluar sekejap."

"Sudah tentu, cikgu", kata Alard sambil tersenyum manis.

Uruha memimik Alard. "Belagak baik konon." Sebaik Cikgu No Ra tiada, Uruha menjerit. "Oi! Apahal kau conteng buku Kirazz?!"

"Bu..ku Kirazz? B-buku apa? A-aku tak fahamlah." Alard tergagap. Peluh sudah mula kelihatan di mukanya.

"Kau pura-pura tak tahu pulak dah. Aku tahu kau tuduh aku yang conteng buku dia. Kau mamat tak guna!"

"Apa bukti aku yang conteng buku Kirazz?" Alard melangkah satu tapak ke hadapan sambil tangan disilang di dada.

"Apa bukti kau tuduh aku yang conteng buku Kirazz?" Uruha berjalan ke arah Alard dan berhenti di hadapannya sambil tangan disilangkan juga.

Mereka memandang antara satu sama lain dengan perasaan benci. "Kau tak guna!" Kata mereka berdua serentak.

"Yang kau benci aku sangat dah apahal?!" Kata Uruha.

"Yang kau rapat sangat dengan Kirazz dah apahal?!" Kata Alard.

Mereka berdebat dengan suara yang kuat menyebabkan Kirazz terbangun. "Uh..aduh, sakitnya kepala aku."

Uruha dan Alard menoleh ke arah Kirazz dan dengan pantas mereka berlari ke arahnya. "Kirazz, kau okey?!" Kata mereka berdua serentak.

Kirazz memandang mereka berdua bersilih ganti dengan perasaan hairan. "Uruha.. Alard? Apa yang korang buat dekat sini? Aku kat mana ni?"

"Kau ada dekat bilik kesihatan", kata Alard dengan wajah risaunya.

"Kau terlanggar batu dan kepala kau terhantuk dekat palang. Kau pengsan", terang Uruha sebab Kirazz berada di situ.

"Oh..yeke?" Kirazz kata dengan suara yang perlahan.

"Sebenarnya Kirazz, ada sesuatu yang kau perlu tahu." Alard bersuara selepas keadaan menjadi senyap.

"Pasangan kau telah ditukarkan. Pasangan kau ialah aku." Kirazz terkejut.

"Kau pasangan aku? Tapi, Uruha?" Tanya Kirazz.

Kirazz memandang Uruha. Uruha turut memandangnya. Uruha kemudiannya mengalihkan pandangan dia.

"Haih.. aku dengan puteri baru."

"Puteri baru?!" Jerit Alard dan Kirazz terkejut. Uruha mendiamkan diri.

-----

Keesokan harinya, Kirazz dan kawan-kawannya sedang sibuk membaca buku di dalam kelas. Keadaan di bahagian kumpulan mereka sangat tertekan sehinggakan murid lain berbisik.

"Psst.. diorang gaduh ke? Atmosfera dekat sana macam seram sejuk pulak", kata seorang murid perempuan.

"Entahlah. Ye kot", balas kawannya.

Mereka berenam langsung tidak bertegur sapa dari pagi tadi. Adrienne, Kirazz dan Eun Ji tetap menyiapkan sarapan pagi untuk yang lagi tiga akan tetapi, mereka langsung tidak bersuara.

Beberapa minit kemudian, Cikgu Nanami tiba bersama tiga orang murid perempuan baru.

"Selamat pagi, semua. Hari ini kita akan ada murid baru. Jadi, kamu bertiga boleh perkenalkan diri kamu bertiga, ya."

"Apa-apa jelah." Kata salah seorang daripada mereka yang bertocang dua.

"Nama saya ialah Puteri Hao Ping dari negara China. Nice to meet you! Muah~" Dia membuat aksi The Flying Kiss.

"Nama saya pula ialah Puteri Katrien van der Moolen dari negara Belanda. Hello."

"Dan saya ialah Puteri Stella Vogelstein dari Jerman. Hi, you alls~"

"Toraburu. Karera wa kisoku no hon o yon de inai nodesu ka? (Menyusahkan. Mereka tak baca buku peraturan ke?)", kata Kirazz mengeluh.

"Humide. Oups! Désolé, pour le raisonnement linguistique. (Lembab. Oops! Maaf, sebab terkasar bahasa)", kata Adrienne pula dengan nada dingin.

"eolgul-eulbogo keun yeojaleul al-ala. (Tengok muka dah tahu perempuan gedik)", kata Eun Ji sambil menongkat dagu.

Semua murid memandang ketiga-tiga kawan itu. Aura yang menyelubungi mereka membuatkan murid lain berasa takut.

"Kirazz tak baik kamu cakap macam tu. Adrienne dan Eun Ji. Saya tak berapa faham apa yang kamu berdua katakan tapi saya pasti kamu cakap buruk pasal mereka. Jangan buat begitu", tegur Cikgu Nanami.

"Ahora el maestro no entenderá lo que digo. (Sekarang cikgu tak akan faham apa yang saya kata)", kata Kirazz dalam bahasa Sepanyol.

"Quiero unirme! (Aku nak turut serta!)", kata Adrienne.

"Yo también! (Aku pun!)", kata Eun Ji. Kini, mereka bertiga bercakap di dalam bahasa Sepanyol.

"Kenapa kamu bertiga bercakap dalam bahasa Sepanyol?"

"El lenguaje que amamos usar cuando estamos enojados. (Bahasa yang kami suka guna bila marah)", kata mereka bertiga serentak.

"Apa?"

"Watashitachi ga okotte iru toki ni tsukau no ga suki na kotoba. (Bahasa yang kami suka guna bila marah)", jawab Kirazz.

"Naze anata wa okotte imasu ka? (Kenapa kamu marah?)"

"Jūyōde wanai. (Bukan hal penting)", kata Kirazz. Kemudian, dia berdiri dan berjalan ke arah Cikgu Nanami.

"Ichijitekini toire ni ikitai. (Saya nak ke tandas buat sementara waktu)", katanya.

Cikgu Nanami mengangguk. Kirazz berjalan di hadapan tiga orang murid baru itu sambil berbisik.

"Jangan langgar peraturan sekolah, korang tak guna!", bisiknya perlahan.

Apa yang Kirazz sebutkan, hanya dia dan tiga orang murid baru itu sahaja yang mampu mendengarinya.

Riak wajah ketiga-tiga orang murid baru itu bertukar menjadi marah. Semua murid hairan.

Sebaik Kirazz keluar dari kelas, Adrienne dan Eun Ji berkata serentak.

"Jangan cari pasal dengan ratu peraturan. Nahaslah korang.."

Silvio dan yang lain terkejut mendengar apa yang mereka katakan. Ratu peraturan? Siapa? Adakah mereka berdua maksudkan Kirazz?

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro