Bab 12: Cedera🏃
Sudah seminggu semua murid berlatih bagi acara sukan tahunan. Adrienne dan Silvio telah memasuki acara lompat tinggi berpasangan.
Eun Ji dan Soo Chul pula telah memasuki acara larian berpasangan. Manakala Kirazz dan Uruha memasuki acara larian berpagar secara berpasangan.
Semuanya berada dalam keadaan baik sehinggalah...
"Itai!" Kirazz terlanggar batu dan terjatuh. Bukan itu sahaja, oleh sebab Kirazz dan Uruha telah menyertai larian berpagar, kepala Kirazz terhantuk pada pagar yang berada di hadapannya.
Uruha yang berada di hadapan menoleh ke belakang dan ternampak Kirazz rebah di atas trek larian.
Dia terkejut dan berlari laju ke arah Kirazz. "Kirazz!!"
Murid lain yang mendengar Uruha menjerit, terkejut melihat Kirazz. Mereka datang membantu.
Cikgu Cahills, selaku guru rumah sukan The Winter dan Alard berlari menuju ke arah mereka berdua.
"Kirazz! Daijoubu desuka?!" Uruha tanya dalam keadaan panik. Dia mengangkat badan Kirazz.
Kirazz ketika itu sudah mulai layu dan akhirnya dia pengsan. Matanya kini tertutup. Penglihatannya menjadi hitam.
"Uruha! Hantar Kirazz ke bilik kesihatan sekarang!", arah Cikgu Cahills sambil menenangkan situasi yang kini sudah menjadi kecoh.
Adrienne dan yang lain mendapat berita tentang Kirazz daripada ahli rumah sukan mereka. Mereka risau dan bercadang ingin berjumpa Kirazz sekiranya mereka mempunyai masa lapang.
Manakala Alard berasa makin marah dan benci akan Uruha. Semakin lama, peluangnya untuk mendekati Kirazz semakin tipis. Namun, itu menaikkan semangatnya untuk mencuba lagi.
Di bilik kesihatan..
"Ah.. cedera dia tak teruk sangat. Sedikit pendarahan di bahagian kepala. Ianya tidak akan menyebabkan amnesia dan sebagainya", kata Cikgu Ha No Ra, selaku doktor di bilik kesihatan.
Kirazz ketika itu sedang terbaring di atas katil dengan kepalanya yang sedia dirawat.
"Yeke? Nasib baiklah..", Uruha menghembuskan nafas tanda berasa lega.
"Tapi, lebih baik kalau partner untuk acara sukan dia sentiasa ada di sisi dia. Nama kamu Uruha kan?"
"Ya. Saya Uruha, kenapa ya?"
"Boleh kamu tolong panggilkan partner Kirazz?"
"Partner? Tapi, sayalah partner dia..", kata Uruha hairan.
"Kamu? Ah! Kamu tak tahu lagi ke?"
"Tahu apa?"
"Saya rasa dalam group chat sekolah ada tertulis tentang perubahan partner yang tertentu. Seingat sayalah. Ketiga-tiga murid baru tu.. akan ditukarkan pasangan mereka. Kirazz salah seorang dari murid baru tu kan?"
"Ya.."
"Betullah. Pasangan baru dia ialah.." Cikgu No Ra membaca maklumat di dalam telefonnya. "Alard Boudewijn.."
"Alard!" Uruha terkejut. 'Kenapa mamat tu jugak? Kenapa? Kejap! Habis tu..Adrienne dan Eun Ji pun sama. Siapa pasangan mereka? Macam mana dengan aku? Silvio dan Soo Chul?'
"Cikgu! Macam mana dengan pasangan lama kepada mereka?"
"Pasangan lama mereka akan dipasangkan dengan tiga orang murid baru yang akan tiba esok. Tiga orang puteri. Daripada Belanda, Jerman, China."
'Kitorang dengan puteri baru?!'
"Jadi, Uruha. Boleh tolong panggilkan Alard?"
Uruha terdiam. Dia memandang lantai. Dengan menghembus nafas, dia berkata "Baiklah.."
Dia berlari menuju ke padang bagi mendapatkan Alard. Sebaik Cikgu Cahills terlihat akan kelibat Uruha, dia berlari ke arahnya.
"Uruha!" Cikgu Cahills menjerit.
Uruha berhenti dan menoleh ke arah cikgunya. "Ya?"
"Bagaimana keadaan Kirazz?"
"Okey", katanya sepatah.
"Kamu okey?"
Uruha memandang wajah cikgunya. "Kenapa cikgu tak bagitahu saya yang kami telah bertukar pasangan?"
"Ah.. kamu sudah tahu rupanya. Sebenarnya, cikgu memang nak bagitahu kamu berdua hari ini tapi rasa bersalah pulak sebab kamu berdua nampak macam rapat. Jadi, cikgu ingat.. cikgu bagitahu kamu berdua pada masa yang sesuai", terang Cikgu Cahills.
"Rasanya perkara ni dah tak dapat dielakkan lagi. Takpelah. Saya nak pergi panggil Alard. Cikgu No Ra nak jumpa dia."
"Hmm.. baiklah", katanya dengan nada bersalah.
Uruha berjalan melepasi cikgunya dan menuju ke arah Alard yang sedang mengikat tali kasutnya. Dia menghampiri.
Tubuh Uruha menghalang penglihatan Alard kerana bayang hitamnya. Alard mengangkat kepalanya.
Sebaik dia melihat muka Uruha, dia menundukkan kembali kepalanya. Jelas yang dia amat benci terhadap Uruha.
"What?"
"Cikgu No Ra nak jumpa kau."
"Kenapa pulak?"
"Tak tahu tapi ianya ada kena-mengena dengan kau sebagai pasangan Kirazz."
"Apa?!"
Bersambung..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro