Sudah dua hari berlalu dan dua hari jugalah Jihyun selalu mengelakkan diri daripada Renjun.
Apabila Renjun menegurnya, tidak dibalas. Jika Renjun mahu mendekatinya, pasti Jihyun akan lari. Lelaki itu sendiri sudah buntu. Tidak tahu mahu melakukan apa. Dia juga tidak tahu apa salah yang dia lakukan pada Jihyun sehingga Jihyun bertindak mengabaikannya.
Jeno sebagai rakan semejanya sudah mencuba beberapa kali bertanya kepada Jihyun sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Tetapi Jihyun tetap tidak mahu menjawab dan berlagak seakan tiada apa-apa yang terjadi.
Dia kembali seperti sedia kala. Seperti sewaktu dia mula-mula berpindah ke sini, tidak mempunyai kawan.
Semasa waktu balik juga, Jihyun akan terlebih dahulu keluar daripada kelas untuk menunggu Jaehyun. Sekiranya Jaehyun mempunyai latihan petang, Jihyun akan menunggu Jaehyun sehingga latihannya habis. Padahal sebelum ini dia tidak sanggup.
Jaehyun juga sudah cuba bertanya padanya tetapi Jihyun tidak mahu membuka cerita. Dia juga tidak bersedia mahu menceritakan lagi kepada Jaehyun.
Pada pagi itu, Jihyun melangkah masuk ke dalam kelas dengan raut wajah seperti biasa. Kosong. Dia melangkah kearah tempat duduknya. Dia pelik. Pagi ini dia terasa lain macam, tidak seperti selalu. Seakan perkara buruk akan terjadi lagi.
Semasa perjalanannya ke kelas pun, dia perasan akan mata-mata yang memandangnya serong. Sehingga di dalam kelas, rakan-rakan sekelasnya memandangnya tajam.
"Jadi kau ke Kang Jihyun?" suara lunak itu menarik perhatian mereka. Jihyun mengangkat wajah memandang kearah hadapan kelas. Hong Sera. Gadis itu tertawa sinis.
"Kau tak malu ke datang sekolah dengan muka macam itu?" Jihyun terkilan. Dia memandang gadis itu pelik. Pagi-pagi lagi dia sudah diserang?
"Kenapa kau curi duit kelas itu?" suaranya kembali tegang, matanya memandang tajam kearah Jihyun
Duit? Duit aktiviti kelas yang hilang itu ke? Dia curi? Sejak bila ini!
"Apa kau cakap-"
"Kau miskin sangat ke sampai kena curi duit kelas tu?" Sera tersenyum mengejek. Jihyun ternganga. Apa pula tuduhan yang tiba-tiba dia kena ini? Duit kelas itu pun dia langsung tidak pernah sentuh!
"Aku tak faham kenapa kau curi duit itu sebenarnya."
"Ouh lupa, mak ayah kau bercerai kan." Jihyun menghentak meja kuat dan bangun daripada duduknya. Matanya mencerlung tajam kearah Yuri yang masih tersenyum sinis padanya. Rakan-rakan sekelas mereka yang laim turut memandang kearah Jihyun. Ya pada mata mereka sekarang, Jihyun ialah pesalahnya.
Dia pantang kalau orang lain mula menyebut tentang ibu bapanya. Itu perkara paling sensitif padanya.
Bibirnya digigit menahan geram. Matanya dipejam erat. Dia tidak mahu mencari masalah. Nanti pasti Puan Jung yang akan dipanggil ini jika namanya naik pada guru disiplin. Dia tidak mahu menyusahkannya. Nafasnya bergetar menahan amarah.
"Tch, kau jangan berlagak naif-" Bunyi pintu dihempas daripada belakang menarik perhatian mereka termasuk Jihyun. Jihyun menoleh kebelakang.
Renjun.
Mata lelaki itu memandang tajam kearah Sera yang berada di hadapan kelas. Matanya seakan penuh dengan perasaan marah. Kakinya melangkah mendekati Jihyun.
Semua mata bertumpu pada Renjun. Renjun menghentikan langkahnya di sebelah Jihyun. Jihyun tidak memandang lelaki itu dan hanya menunduk memandang meja. Pegangannya pada meja dieratkan lagi. Hatinya sakit.
Renjun menghulurkan telapak tangannya di hadapan Jihyun. Mereka semua terdiam, memerhatikan keadaan yang sedang berlaku diantara mereka berdua.
Jihyun menoleh memandang Renjun. Setelah dua hari dia menjauhkan diri daripada lelaki ini, dan hari ini Jihyun kembali menghadapnya.
Wajahnya tadi yang dipenuhi amarah tadi perlahan-lahan mengukirkan senyuman kecil pada bibirnya. Tapak tangannya masih dihulurkan di hadapan Jihyun. Jihyun terkaku. Apa yang Renjun nak buat ini?
"Ikut aku." kata Renjun lembut. Satu kelas terkejut mendengar suara lembut Renjun itu. Jihyun juga terdiam. Tangan Renjun itu dipandang lama. Bibirnya digigit resah. Dia memejamkan matanya erat. Argh fikirannya terlalu berserabut!
Jihyun mengambil nafas dalam dan kembali membuka kelopak matanya. Wajah Renjun yang masih merenung kearahnya itu dipandang sebelum dia meletakkan tapak tangannya diatas tapak tangan Renjun.
Lelaki itu tersenyum kecil lalu menyatukan tangan mereka dan menariknya berlari keluar daripada kelas. Jihyun hanya mengikuti langkah lelaki itu.
Keadaan yang kecoh di dalam kelas apabila melihat kejadian itu diabaikan olehnya. Jihyun memandang susuk tubuh Renjun daripada belakang dan kembali tersenyum. Matanya melihat kearah tangan mereka yang bersentuhan antara satu sama lain.
aku dah siap tulis sampai chapter akhir ( ͡° ͜ʖ ͡°) jadi esok petang aku update lagi , aku nak habiskan cepat 😂
kemungkinan aku publish chapter akhir 15/2 nanti, genap satu bulan cerita ni nanti uWu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro