30
"Jihyun sini jap." Puan Jung memanggil gadis itu. Pandangan rakan sekelasnya tertumpu padanya. Jihyun bangun daripada tempatnya dan berjalan kearah Puan Jung yang berada di hadapan.
"Tolong eomma bagi ini dekat Jaehyun." Puan Jung berbisik perlahan pada telinga Jihyun supaya tidak didengari oleh lain memandang tiada sesiapa yang tahu tentang hubungannya dengan Puan Jung kecuali kawan-kawannya dan Jaehyun.
Jihyun mengangguk dan mengambil beg kertas itu dan digenggam erat pada tangannya. Jihyun kembali duduk di tempatnya, mengabaikan pandangan rakan-rakan sekelasnya.
Sebaik sahaja bunyi loceng rehat berbunyi, Jihyun terus mengemaskan barang-barangnya dan mencapai beg kertas yang perlu diberikan kepada Jaehyun itu itu di bawah meja. Belum sempat dia melangkah keluar daripada kelas, Jeno terlebih dahulu memegang pergelangan tangannya.
"Nak pergi mana?" Jeno bertanya. Jihyun memandang kearah pegangan tangan Jeno pada lengannya.
"Jumpa Jaehyun." Jeno mengangguk faham dan melepaskan pegangan itu. Sempat Jihyun berpaling ke tempat Renjun sebelum dia keluar daripada pintu kelas. Kosong.
Jihyun pasti, Jaehyun akan berada di dalam kelasnya memandangkan masa rehat untuk pelajar senior lewat 15 minit.
Jihyun menghentikan langkahnya tidak jauh daripada pintu hadapan kelas Jaehyun. Sebelum itu, kepalanya ditelek sedikit ke hadapan, mahu memastikan sama ada atau tidak cikgu yang sedang mengajar.
Tiada! Selamat!
Dia membuka separuh pintu itu dan terhenti apabila dia menyedari, dia sedang menjadi tumpuan pelajar di dalam kelas itu. Jihyun meneguk air liur. Kenapa pandangan mereka ini tiba-tiba jadi menyeramkan ? Seakan dia telah melakukan kesalahan fuh.
Jaehyun yang sedang melakukan kerjanya tadi terhenti apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Dia tersenyum kecil apabila melihat Jihyun yang sedang teragak-agak di hadapan pintu itu.
Tanpa teragak-agak, Jaehyun terus bangun daripada duduknya dan berjalan kearah pintu hadapan kelas.
"Kenapa?" Jaehyun menunduk memandang Jihyun yang lebih pendek daripadanya itu. Jihyun menggeleng laju dan melangkah dua langkah ke belakang dan menyuruhnya keluar daripada kelas itu. Semua orang masih memerhatikan mereka berdua tadi.
Jaehyun hanya mengikuti arahan Jihyun, dia daripada kelasdan menutup pintu sebelum mendekati Jihyun semula.
"Eomma bagi." Jihyun menghulurkan beg kertas itu kepada Jaehyun. Jaehyun melihat ke dalam beg kertas itu. Baju sukannya.
"Eomma ada mesyuarat dekat sekolah lain ke?" Soalan Jaehyun itu mendapat anggukan daripada Jihyun.
"Aku ada latihan petang ini. Kau nak tunggu aku sampai habis latihan tak?" Jihyun terus menggeleng laju. Semestinya dia tak nak! Nanti dia hanya duduk berseorangan tanpa melakukan apa-apa. Bosan, panas dan membuang masa. Baik dia balik rumah dan tidur.
"Tak nak."
"Aku minta Renjun tolonglah."
"Okey!" Jihyun tersengih sebaik sahaja nama Renjun meniti di bibirnya. Jaehyun tersenyum nakal.
"Kau suka Renjun kan?" Usik Jaehyun. Jihyun menjelingnya tajam dan berlalu pergi daripada kelas Jaehyun tanpa menjawab soalannya.
"Jangan skip makan Kang Jihyun!" sempat Jaehyun memesan padanya. Seperti tahu-tahu sahaja Jihyun malas mahu pergi ke kantin hari ini. Jihyun membuat tanda okey kepada Jaehyun supaya dia tidak risau.
Kakinya melangkah kearah kantin memandangkan Jaehyun telah memesan padanya. Matanya meliar memandang ke sekeliling sekolah. Walaupun baru empat bulan dia bersekolah di sini, dia masih tidak tahu keseluruhan tempat.
"Auch!" Jihyun mengaduh kesakitan apabila tangannya ditarik kasar daripada belakang. Badannya juga turut berpaling tetapi dia masih tidak nampak wajah gadis yang menarik tangannya.
Apabila gadis itu menarik tangan dan mendorongnya untuk meninggalkan kawasan itu, sisi wajahnya terlihat.
"Ahreum- apa kau buat ini!" Jihyun membentak. Pegangan pada tangannya seakan dicengkam dengan perasaan marah. Ahreum masih tidak lagi berhenti dan meneruskan langkahnya.
"Kim Ahreum!" Jihyun merentap kasar pegangan tangannya itu daripada Areum. Terlepas. Jihyun memegang pergelangan tangannya yang dicengkam itu dan memandang Ahreum.
"Kau kenapa Ahreum?" soal Jihyun tidak puas hati. Sudah muak dia melihat wajah Ahreum ini.
"Macam mana buku nota kau tu tiba-tiba tak ada pada Puan Lee." soalnya mendatar. Nafas sudah tidak teratur. Jihyun memandang Ahreum tidak percaya. Itukan buku nota miliknya jadi kenapa dia bertindak macam ini?
Sepatutnya dia yang marah, bukannya Ahreum.
Jihyun mengabaikan soalan Ahreum. Dia ingin melangkah pergi tetapi Ahreum kembali menahan tangannya.
"Kau dah cerita apa dekat Jeno?"
Ha Jeno?
Jihyun memandang Ahreum pelik. Apa kaitan Jeno dalam urusan mereka berdua pula ini. Lelaki itu tiada kaitan rasanya.
"Apa kau cakap ni-"
"Kau jangan berlagak naif Kang Jihyun! Aku penatlah dengan lakonan kau!" suaranya naik seoktaf. Jihyun terkilan. Ahreum kelihatan sangat berserabut sekarang.
"Aku penatlah! Daripada akademi sampai sekolah, semua pandang aku macam pembuli, kau tahu tak?" Jihyun mencerlung matanya pada Ahreum. Buli?
"Kau jangan ingat, dengan perangai kau ini, yang acah naif. Semua orang suka dekat kau Jihyun."
"Dengan muka kau yang acah takut dan minta simpati bila orang lain minta kau buat sesuatu dan tak boleh tolak permintaan orang. Kau tahu tak diorang menyampah sebenarnya." sambung Ahreum lagi.
Jihyun terdiam. Anak matanya mula bergetar ketakutan. Wajahnya ditundukkan memandang tanah, tidak berani melihat Ahreum yang sedang melepaskan rasa marahnya
Air matanya mula bertakung di tubir matanya. Tangan digenggam erat. Takut, kecewa, marah dan keliru. Semuanya bercampur baur sekarang.
Semua yang dikatakan oleh Ahreum itu kedengaran sangat masuk akal baginya. Siapa sahaja yang tidak menyampah dengannya kan...?
"Kau ingat kau dah ada kawan tu, dia ikhlas ke kawan dengan kau." Jihyun tersentak, badannya mendorong beberapa langkah kebelakang. Kawan... sesuatu yang susah untuk dia dapat, sehinggalah kehadiran dia muncul.
"Renjun? Tch." Ahreum tertawa sinis. Dia memandang tajam kearah Jihyun semula.
"Bodoh Jihyun. Terlalu naif sampai semua benda kau mudah percaya."
"Kau tahu kan duit kelas aktiviti korang hilang? Mungkin nanti dia nak minta kau tolong gantikan sikit untuk dia." dia tersenyum sinis.
"Renjun tu, dia pergunakan kau jelah bodoh." Jihyun mengangkat wajahnya memandang Ahreum tidak percaya. Dia menggeleng laju, dia menolak segala fikiran negatif yang bermain di fikirannya. Tubir matanya telah dipenuhi dengan air mata dan akhirnya ia tumpah.
"Kau tipu." laju dia melarikan pandangannya semula. Kenapa dia seakan-akan dihasut dengan segala kata-kata makian itu. Kakinya juga turut menggeletar. Segala kenangan buruknya kembali menerjah fikirannya.
Kata-kata makian.
Kutukan.
Dipergunakan.
'Ya Jihyun kenapa kau bodoh sangat...'
"Kang Jihyun... kau jangan mimpi Renjun tu suka kawan dengan kau. Kau terlalu naif dan mudah dipergunakan."
Jihyun berlari meninggalkan tempat itu dengan air mata yang masih laju menuruni pipinya.
aku nak update semalam tapi maxis buat hal dan internet aku habis huehue
entahla chapter ni ;-; aku nak lempar diri sendiri dulu shshshs. okey sebelum tu maaf guna bahasa kesat dalam ni .
dannnn aku masih tak percaya fanfic ni capai 30 chapter dalam masa 27 hari padahal fanfic yang lain ambik masa 5 bulan keatas 😐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro