Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29

Matanya sesekali memandang kearah Renjun yang sedang menyusun buku pada rak. Bibirnya digigit resah, dia masih memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Chaerin tadi.

"Jihyun kau nak cakap apa." Renjun bersuara tenang. Bukannya dia tidak perasan Jihyun asyik memandang kearahnya. Laju Jihyun menggeleng.

"Tak- tak ada apa-apa." Jihyun berpaling laju dan menuju kearah sebuah kotak yang berada berdekatan dengan tingkap. Hanya tinggal sekotak sahaja mereka perlu menyusun, kemudian baru mereka boleh membersihkan bilik stor itu.

"Injun." Lelaki itu berpaling apabila namanya dipanggil.

"Lagi satu rahsia jangan pernah sebut pasal hal ni dah nanti." Jihyun berkata perlahan. Dia masih malu dengan kejadian tadi! Renjun mengangguk setuju sambik tertawa kecil.

"Kau okey tak?" Renjun bersuara. Jihyun menoleh semula. Mereka berdua bertentang mata sehinggalah Renjun melarikan pandangannya.

"Apa maksud kau? Aku okey-"

"Perut kau." Jihyun terdiam dan menunduk. Dia maksudkan senggugut. Jihyun melarikan pandangannya semula, tidak lagi memandang kearah Renjun. Renjun berdehem kecil untuk menghilangkan suasana hening itu.

"Okey... je." Jihyun menjawab perlahan. Haih kenapa mereka kekok sangat hari ini? Macam orang yang baru sahaja berjumpa.

"Semua jom makan!" suara jeritan lembut Jaemin itu memenuhi ruang di dalam rumah itu. Suara tawa kanak-kanak memenuhi dalam rumah. Mungkin mereka baru sahaja habis bermain di luar.

Jihyun menyusun buku-buku itu dengan lebih cepat apabila suara Jaemin kedengaran. Renjun yang sudah menyiapkan kotak terakhirnya bergerak ke sebelah Jihyun dan menolongnya menyusun buku-buku itu.

Mereka berdua keluar daripada bilik buku itu dan masuk ke ruang makan. Nampaknya semua budak-budak sedang sibuk memenuhi perut mereka. Setiap pasangan duduk pada setiap meja yang berlainan, menemani budak-budak yang lain makan.

Setelah mereka mengambil tray makanannya, mereka menuju ke meja yang masih tiada penjaga disitu kecuali Hyukjae yang menjaga mereka buat sementara waktu. Apabila dia ternampak kehadiran Jihyun dan Renjun, dia beredar daripada situ, kembali kearah Eunbi.

"Hyung!" Mereka berpaling memandang kearah suara nyaring yang memanggil itu. Lelaki itu terus mengukirkan senyumannya sambil menjawab panggilan budak lelaki itu.

"Jihyun noona sakit ke?" Jihyun dan Renjun berpandangan antara satu sama lain.

"Mana ada. Jihyun noona tak sakit pun." Renjun mengusap rambut budak lelaki itu lembut.

"Tapi tadi Jiho nampak darah- Aduh sakitlah Siyeon!" Jiho berpaling kebelakang sambil memegang kepalanya yang baru dipukul oleh budak perempuan yang sudah mencebik geram pada Jiho. Renjun melepaskan nafas lega. Dia tidak tahu bagaiman mahu menerangkannya pada Jiho.

"Jangan kacau Renjun oppa dengan Jihyun unnie, makanlah cepat pendek!" Jihyun tertawa kecil melihat budak perempuan itu petah berceloteh. Siyeon kembali menarik tangan Jiho untuk duduk. Jiho memasamkan mukanya apabila dipanggil pendek oleh Siyeon.

Ingin sahaja Jihyun mencubit pipi gebu budak-budak ini. Mereka terlalu comel !

Selesai sahaja makan, mereka perlu menguruskan kanak-kanak itu sebelum mereka tidur. Jaemin, Chaerin, Minghao dan Eunbi membantu mereka untuk menggosok gigi, manakala yang laim menyediakan tempat tidur mereka.

Jihyun memandang kearah seorang gadis yang mungkin berumur dalam lingkungan 14 tahun sedang duduk merenung ke luar tingkap.

Jihyun memerhati gadis itu lama. Kakinya mula melangkah mendekatinya. Bahunya dipegang membuatkan gadis itu menoleh kearahnya.

"Jihyun unnie." terkejut dengan kehadiran Jihyun, gadis itu bangun dari duduknya.

"Hyena buat apa?" Jihyunemandang gadis yang bernama Hyena itu. Dia mendiamkan diri seketika sebelum.bibirnya terangkat dan tersenyum sambil merenung ke luar tingkap.

"Hyena rindu eomma." Jihyun terdiam. Hatinya juga seakan-akan terhempap batu selepas mendengar pengakuan Hyena itu. Dia turut melihat kearah luar tingkap. Langit biru itu menjadi perhatian mereka.

Ingatannya mula menerawang pada ibunya yang sedang berada di luar negara. Dia sudah tidak ingat sejak bila kali terakhir mereka berjumpa.

'Jihyun rindukan eomma...'

Jihyun menggeleng laju. Tidak mahu dia terlalu mengikutkan emosi sekarang. Dia tidak boleh menjadi terlalu mengikutkan perasaan.

"Okey semua jom masuk tidur." Jihyun memegang tangan Hyena dan menuju kearah bilik yang dikhaskan untuk mereka tidur.

--

Jihyun mengambil telefonnya daripada poket seluarnya. Beg kertas yang mengandungi baju yang dipakai pada pagi tadi dipegang erat. Nombor Jaehyun ditekan. Jaehyun mengangkat panggilan itu.

"Jaehyun aku dah siap." kata Jihyun. Dia mengangguk mendengar segala yang dikatakan oleh Jaehyun. Seperti biasa dia akan cakap

'hati-hati.'

'jangan pergi mana-mana.'

'jangan merayau.'

"Kau tak pergi lagi ke?" tanya Jihyun apabila Renjun masih lagi berdiri disebelahnya.

"Aku pergi bila Jaehyun hyung dah sampai." Renjun memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar sementara sebelah lagi bermain dengan telefonnya.

Jihyun merenung figura yang berada disebelahnya lama. Matanya tidak berkelip memandang Renjun. Kenapa dia nampak terlalu hensem-

Jihyun menampar dirinya kuat. Apa yang dia fikir ini!

Renjun segara memandang kearah Jihyun, terkejut apabila Jihyun tiba-tiba menampar diri sendiri. Tangan kanannya dipegang oleh Renjun.

"Jihyun kau okey tak?" Jihyun mengangguk laju dan tersenyum kekok. Dia menarik semula tangannya daripada pegangan Renjun dan mengusap lehernya. Pipinya terasa berdenyut sekarang. Memang sakit dia tampar diri sendiri tetapi dia cuba berlagak tenang.

"Jaehyun hyung dah sampai."

ehe goodnight!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro