28
Manik-manik peluh pada dahinya dikesat menggunakan lengan bajunya- tak dia masih mengenakan hoodie yang diberikan oleh Renjun tadi.
Haih, patutlah dia terasa seperti nak terbakar sekarang. Dia sedang memakai dua lapis baju rupanya. Kenapa dia rasa terlalu tidak selesa sekarang...
Jihyun berjalan kearah belakang pokok, untuk menghalanginya. Dia mencabut hoodie hitam itu lalu lengan hoodie itu diikat pada batang lehernya.
Dia keluar daripada belakang pokok dan mengambil semula batang penyapu itu.
Jaemin keluar daripada rumah itu meninggalkan Renjun yang masih menyusun kotak-kotak itu di dalam bilik. Dia berjalan menuju kearah Jihyun yang sedang membelakangkannya.
"Jihyun-" kata-katanya terhenti apabila matanya menangkap beberapa tompok merah pada blouse putih Jihyun. Lidahnya terkelu. Matanya berkelip beberapa kali, fikirannya tiba-tiba berhenti berfungsi. Tidak mampu untuk memanggil gadis itu.
Renjun yang baru keluar daripada rumah itu, berjalan mendekati Jaemin yang masih berdiri di tengah-tengah jalan. Renjun memandang kearah tempat yang dipandang oleh Jaemin. Matanya membuntang.
Wajahnya mengetat, dia berjalan laju kearah Jihyun yang masih lagi menyapu dedaun itu. Tidak menyedari apa yang berlaku padanya.
Bahu Jihyun ditarik daripada belakang, membuatkan gadis itu berdiri menghadapnya. Tersentak Jihyun dibuatnya dengan tindakan mengejut lelaki itu.
"Injun kenapa ni-" tanya Jihyun, masih lagi dengan keadaan terkejut. Tetapi Renjun tidak membalas, wajahnya juga kelihatan marah.
Ikatan hoodie pada batang lehernya itu dicabut oleh Renjun. Tanpa mengatakan apa-apa, dia melingkarkan tangannya pada sekeliling pinggang Jihyun
Jihyun tersentak. Kepalanya bersandar pada dada Renjun. Nafasnya menjadi tidak keruan. Jantungnya berdetak laju. Ah dia boleh pengsan kalau macam ini!
Renjun kembali menjauhkan sedikit badannya daripada Jihyun untuk mengikat lengan hoodie itu pada pinggang Jihyun. Jihyun meneguk air liur. Wajahnya dah seperti terbakar sekarang. Cahaya matahari yang terik dan tindakan Renjun ini memang membuatkan dia terbakar!
Batang penyapu pada pegangan Renjun itu dibuang oleh Renjun dan dia terus meletakkan tangannya pada sekeliling bahu Jihyun dan mendorongnya untuk pergi daripada situ.
"Injun kita nak pergi mana-"
"Kau bocor." Jihyun memandang Renjun lama. Mata mereka bertembung. Jihyun cuba memproses kata-kata Renjun itu. Bocor? Maksudnya-
"Ha!" Jihyun menjerit kecil. Dia melepaskan pelukan bahu itu dan berdiri menghadap Renjun tidak percaya. Renjun mendengus perlahan dan kembali memeluk bahu gadis itu untuk menuju kearah tandas berdekatan.
Nasib baik rumah anak yatim ini berdekatan taman permainan. Dia tidak boleh menggunakan tandas di rumah anak yatim itu memandangkan tandas itu sedang dibaiki dan tidak mempunyai pengaliran air yang baik. Tandas awam sahaja menjadi pilihannya.
Jihyun terdiam. Tak- dia terlalu terkilan sekarang. Tidak mungkin perkara itu terjadi sekarang. Ah dia malu! Mana dia nak sorok muka lepas ini!
"Kau tunggu dekat dalam. Aku pergi beli kejap." Renjun berkata dan melepaskan pelukan di bahu Jihyun itu. Jihyun mengangguk malu.
Renjun meninggalkan gadis itu sendirian. Kakinya laju berlari kearah kedai 24 jam yang berdekatan.
Setelah 5 minit, Renjun masih tidak muncul. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Dia memang tidak dapat memikirkan apa-apa sekarang ini. Dia hanya duduk di dalam tandas itu.
ting!
ting!
ting!
ting!
ting!
ting!
Injun
jihyun
kenapa banyak sangat ni
aku tak tahu nak ambil yang mana
jihyun cepatlah balas
orang dah pandang aku pelik ni
jihyunnnnnnnn
Jihyun tertawa melihat mesej yang baru dihantar oleh Renjun. Dia dapat membayangkan wajah Renjun yang sudah kemerahan menahan malu. Tangannya laju menaip mesej untuk membalas pesanan itu.
Setelah beberapa minit dia menunggu di dalam tandas itu, dia mendapat mesej daripada Renjun sekali lagi.
Injun
keluarlah
aku ada dekat luar.
Jihyun teragak-agak untuk keluar daripada tandas. Dia terlalu malu untuk menghadap Renjun. Siapa je yang tak malu kalau situasi ini berlaku?
Renjun sedang bersandar pada dinding di luar tandas. Apabila dia mendengar bunyi tapak kaki, Renjun menoleh.
"Nah. Chaerin pun dah bagi benda yang perlu untuk kau." Renjun menghulurkan seluar sukan yang sudah dilipat. Jihyun mengambil huluran Renjun itu. Di dalam lipatan seluar itu terdapat pakaian dalam yang patut dan pad.
"Terima kasih Renjun." Jihyun tersenyum kecil dan ingin masuk semula ke dalam tandas tetapi ditahan oleh Renjun.
"Tukar baju kau juga. Ada kesan pada baju tu. Pakai je hoodie aku dulu." Jihyun mengangguk perlahan.
Haih Jihyun...
--
Mereka berdua kembali ke rumah anak yatim itu. Hoodie hitam itu elok tersarung pada tubuhnya dan dipadankan dengan seluar sukan hitam. Rambutnya juga diikat satu.
Yoohyeon dan Eunbi yang menyedari kehadiran Renjun dan Jihyun itu terus berlari kearah mereka berdua. Eunbi terus menarik tangan Jihyun menjauhi Renjun diikuti dengan Yoohyeon.
Renjun memandang dua orang gadis itu pelik. Dia hanya mengeluh dan berjalan kearah Jungwoo dan Juyeon yang sedang membina rumah untuk anjing peliharaan rumah anak yatim ini.
"Macam mana? Banyak ke?" tanya Yoohyeon setelah dia memastikan mereka bertiga jauh daripada Renjun.
"Nasib tak banyak sangat unnie." Jihyun menjawab sambil tersenyum manis. Dia tidak mahu merisaukan orang lain.
Chaerin berlari kearah mereka bertiga apabila ternampak Jihyun disitu, meninggalkan Jaemin yang sedang mengangkat bahan-bahan yang perlu dimasak sekejap lagi.
"Kau okey?" Jihyun mengangguk, membalas soalan Chaerin itu. Chaerin melepaskan nafas lega. Kemudian Chaerin melirikkan matanya pada Renjun dan memandang Jihyun semula.
"Renjun mesti suka dekat kau kan." Chaerin tersenyum kecil. Yoohyeon dan Eunbi juga mengangguk setuju. Jihyun tersedak. Renjun sukakan dia? Oh tidak mungkin...
"Jangan merepeklah Chaerin." Jihyun menafikan kata-kata Chaerin itu. Tidak mungkin Renjun menyukainya. Dia hanya menganggapnya sebagai kawan.
"Kau ingat selama ini Renjun tu ambil kisah ke kalau perempuan tu boleh angkat berat atau tak? Yang dia kisah, kerjanya mesti siap dengan teratur." kata Chaerin. Dia tersenyum mengejek memandang Jihyun yang sudah kemerahan menahan malu.
"Tapi, tengoklah tadi. Siap minta Jaemin tukar sekejap dengan kau."
"Lagi satu, Renjun ini tak pernah rapat dengan perempuan selain kau." sambung Chaerin. Jihyun terdiam. Fikirannya mula kosong memikirkan kata-kata Chaerin itu. Betul ke Renjun menyukainya?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro