Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

27

"Jaehyun aku dah lambat ni!" Jihyun menjerit. Dia menoleh kearah tangga untuk melihat kelibat Jaehyun tetapi lelaki itu masih tidak muncul.

Puan Jung datang mendekati Jihyun yang sedang duduk di ruang tamu. Dia menghulurkan dua bekal makanan kepada Jihyun dan menoleh kearah tangga.

"Jung Jaehyun, kamu buat apa tu!" Puqn Jung sudah meninggikan suara. Apa pula anak lelakinya ini buat sehinggakan tidak turun lagi sekarang.

Sejurus Puan Jung meninggikan suara, kelibat Jaehyun terus muncul menuruni tangga dalam keadaan kelam-kabut. Matanya bertembung dengan Jihyun dan Puan Jung. Dia memberi senyuman manis kepada dua orang itu.

"Jom Jihyun." Jaehyun mencapai kunci motor yang tersangkut pada dinding itu dan mendekati Puan Jung. Tubuh ibunya itu dipeluk erat dan diikuti oleh Jihyun sebelum mereka keluar daripada rumah.

--

"Dah habis nanti call aku." pesan Jaehyun buat kali terakhir. Jihyun memeluk Jaehyun yang duduk diatas motor itu sebelum lelaki itu berlalu pergi daripada situ.

Setelah Jaehyun pergi, Jihyun memandang rumah di hadapannya ini dengan senyuman pada bibirnya. Pegangan pada tali begnya dieratkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah anak yatim Sewon ini.

Bunyi gelak ketawa kanak-kanak memenuhi pendengarannya sebaik sahaja dia melangkah masuk. Matanya meliar memandang beberapa orang kanak-kanak yang sedang berlari bermain kejar-kejar.

Dia melangkah kearah Minghao yang sedang duduk di meja di bawah pokok, matanya sedang fokus meneliti kertas-kertas yang berteraburan diatas meja itu.

"Minghao sunbae." Jihyun bersuara perlahan apabila dia tiba dihadapan lelaki itu. Minghao mengalihkan pandangannya daripada gadis itu dan mendongak memandang gadis itu.

"Ouh Jihyun. Duduklah dulu, yang lain tengah ambil barang." Jihyun mengangguk dan mengambil tempat berhadapan dengan Minghao. Matanya memerhatikan kanak-kanak itu semula memandangkan Minghao kembali fokus pada kerjanya tadi.

"Jihyun!" Jihyun menoleh kearah suara jeritan yang memanggilnya. Jaemin sedang melambai kearahnya dengan senyuman yang sentiasa terukir pada bibirnya.

Jihyun membalas lambaian Jaemin itu kekok. Matanya beralih pada Renjun yang berada disebelah Jaemin, sedang membawa beberapa batang penyapu.

Setelah mereka semua berkumpul dibawah pokok ini, Minghao mula mengambil kira kehadiran yang ada. Semua cukup.

"Jadi Jungwoo dengan Juyeon, korang tolong alihkan perabot yang dah rosak dalam bilik utama dan bina rumah anjing seperti yang kita bincang minggu lepas."

"Hyukjae, kau tukar pasangan dengan Chaerin." Hyukjae mencebik. Baru sahaja dia mahu berehat dan membiarkan Jaemin melakukan kerja itu seorang diri memandangkan Jaemin kalah dalam taruhan mereka.

"Jaemin dan Chaerin korang sapu dulu dekat halaman ini, lepas itu korang boleh tolong sediakan makanan untuk budak-budak ini."

"Hyukjae dan Eunbi korang berdua jemur semua selimut dan baju yang dah dibasuh itu dan agihkan barang untuk didermakan pada mereka."

"Renjun dan Jihyun. Korang tahukan stor dekat hujung itu?" Serentak mereka berdua mengangguk.

"Korang berdua kemaskan stor itu dan pindahkan semua buku-buku itu ke dalam rumah nanti."

Mereka semua bergerak ke bahagian masing-masing. Jihyun terlebih dahulu memulas tombol pintu stor itu. Gelap. Jihyun terbatuk sebaik sahaja pintu stor itu terbuka. Renjun melintasi Jihyun, dia membuka suis lampu di dalam stor itu tetapi tidak menyala. Nampaknya mentol di dalam stor ini sudah terbakar.

"Mentol terbakar. Kau okey kan?" Renjun berpaling memandang Jihyun yang masih berdiri di hadapan pintu stor itu. Jihyun mengangguk. Cahaya matahari yang masuk melalui celahan tingkap itu sudah cukup untuk menerangi stor itu.

Mereka berdua mula mengalihkan buku-buku di dalam stor itu dan diletakkan di luar terlebih dahulu.

Renjun menoleh memandang Jihyun, gadis itu sedang sibuk menelek pada buku-buku yang dipenuhi habuk itu. Renjun bergerak kearah Jihyun dan memegang pergelangan tangannya.

Terkejut Jihyun dengan sentuhan pada tangannya. Jihyun mendongak memandang Renjuk pelik.

"Ambil ni dan pakai. Baju kau dah kotor itu." arah Renjun. Matanya dilirikkan pada baju blouse putih yang sudah dipenuhi habuk-habuk. Hoodie hitam yang dihulurkan oleh Renjun itu diambil.

"Terima kasih." Jihyun menyarungkan hoodie itu pada badannya. Haruman manis daripada lelaki itu memenuhi rongga hidungnya.

Jihyun mengemaskan ikatan rambutnya semula, dia mengangkat kotak yang lebih besar memandangkan hanya kotak-kotak yang besar sahaja yang tinggal di dalam stor ini.

Jihyun baru sahaja menapak satu langkah, Renjun terlebih dahulu merampas kotak itu daripadanya.

"Kotak ni berat, kau angkat benda lain." Selamba Renjun berjalan keluar bersama kotak itu.

"Tapi mana ada benda lain dah selain kotak ini." Jihyun mengekori langkah Renjun dan cuba mengambil balik kotak itu pada pegangan Renjun. Tindakannya terhenti apabila Renjun menjegilkan matanya pada Jihyun. Jihyun mencebik geram.

"Dah tu aku nak buat apa." Jihyun merungut dan masih mengikuti langkah Renjun sehingga masuk ke dalam rumah itu. Renjun hanya mendiamkan diri sehingga dia meletakkan kotak itu di dalam satu bilik. Dia memandang Jihyun dan mengeluh.

"Jaemin!" Renjun memanggil Jaemin yang sedang menyapu di halaman itu sebaik sahaja mereka keluar daripada rumah itu. Jaemin mengangkat wajahnya dan memandang Renjun dengan wajah yang berkerut menahan terik matahari. Chaerin yang berada tidak jauh dengan Jaemin juga turut memandang mereka.

Renjun melangkah mendekati Jaemin diikuti oleh Jihyun. Dia sudah kelihatan seperti anak ayam yang mengikuti emaknya.

"Kau tukar sekejap dengan Jihyun. Kotak-kotak tu berat, dia tak boleh nak angkat." kata Renjun tenang. Jihyun membulat mata dan memandang Renjun disebelahnya. Dia memukul lengan Renjun.

"Bila masa aku kata berat-"

"Okey." Jaemin mengangguk setuju. Jihyun pula masih terkilan. Tidak sempat Jihyun menahan Renjun, lelaki itu sudah pergi terlebih dahulu. Jaemin menghulurkan batang penyapu itu kepada Jihyun dan mengikuti langkah Renjun.

Jihyun merenung batang penyapu yang berada pada pegangannya. Dia mengeluh perlahan dan mula menyapu dedaun yang bertaburan.

weh tak kuat aku  🤡🖐🏻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro