Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26

"Injun, aku nak pergi kelas Ahreum dulu. Aku nak ambil buku nota aku." Renjun mengangguk dan membiarkan gadis itu pergi memandangkan dia perlu berjumpa dengan guru disiplin berkenaan dengan duit aktiviti kelasnya yang hilang dan dia perlu menghantar buku latihan kelasnya pada Puan Park.

Kakinya berhenti di hadapan kelas Ahreum. Matanya mencari-cari kelibat Ahreum. Namun hampa. Langsung tiada kelibat Areum di dalam kelas.

"Jihyun kan?" suara garau yang menegurnya daripada belakang membuatkannya tersentak. Jihyun berpaling ke belakang sambil mengurut dada.

Lelaki berambut hitam itu memandangnya dengan senyuman manis terukir pada bibirnya. Jihyun seakan kenal dengan lelaki tinggi ini, tetapi dia tidak dapat mengingatinya.

Matanya menurun pada tanda nama yang terjahit kemas pada uniformnya.

"Jaemin- buat apa dekat sini?" tanya Jihyun sebaik sahaja dia dapat mengecam nama lelaki ini. Dia baru teringat setelah melihat tanda namanya.

Dia salah seorang ahli kelab sukarelawan. Tidak pernah dia berbual dengan Jaemin selama ini. Dia juga diantara pelajar yang terkenal disebabkan senyumannya dan sifatnya yang penyayang. Mungkin? Jihyun tidak berapa tahu tentangnya.

"Ini kelas saya." jawab Jaemin. Senyuman manis itu tidak lekang daripada bibirnya.

"Kalau macam itu... ada nampak Ahreum tak? Saya tak jumpa dia." tanya Jihyun. Dia mengharapkan jawapan daripada Jaemin. Dia sangat memerlukan buku nota itu pada hari ini. Keesokkan harinya dia perlu menghantar buku itu.

"Ahreum? Itu dia." Jaemin menunjuk kearah belakang Jihyun. Dia berpaling ke belakang. Ahreum dan kawannya sedang berjalan sambil bergelak ketawa. Sempat Jihyun mengucapkan terima kasih pada Jaemin sebelum meninggalkan lelaki itu.

"Ahreum." Jihyun memanggil nama gadis itu.Tangan kanan Ahreum ditahan oleh Jihyun. Ahreum memandang Jihyun tajam. Jelas dia tidak sukakan kehadiran Jihyun.

"Aku nak buku nota-"

"Jihyun sorry."

"Puan Lee kata dia akan pulangkan buku nota tu minggu depan. Dia nak tanda dulu." nada suaranya sengaja dilembutkan. Raut wajahnya langsung tidak menunjukkan perasaan bersalah. Tangan Ahreum menekup mulut seolah-olah terkejut.

"Tapi Ahreum... aku kena hantar-" Jihyun tercenggang, terkilan dan tidak terkata. Macam itu sahaja ? Raut wajah langsung tidak mengambil peduli dengan kata-katanya. Jihyun melepaskan keluhan kasar.

Perasaannya bercampur baur. Geram, marah dan keliru. Tidak tahu bagaimana dia perlu memberi reaksi.

"Sorry ya Jihyun..." kata Ahreum lagi. Tetapi jelas kedengaran tidak ikhlas. Air matanya seakan-akan boleh tumpah pada bila-bila masa sahaja. Tangannya dikepal erat.

"Aku pergi dulu." ucap Ahreum sebelum berlalu pergi dan masuk ke dalam kelasnya. Jihyun terkaku di situ. Air matanya yang terjatuh pada pipinya dilap kasar. Dia melangkah pergi meninggalkan kawasan kelas Ahreum

--

"Jumpa dekat rumah Haechan nanti!" Yangyang memberi peringatan terakhir sebelum keluar daripada kelas bersama dengan Haechan. Renjun dan Jihyun mengangguk. Mereka perlu membuat perbincangan terakhir untuk memastikan tiada apa yang terkurang dalam kerja ini.

Mereka berdua melangkah keluar daripada pagar sekolah. Tetapi pada kali ini, Jihyun hanya mendiamkan diri. Tidak seperti selalu, dia biasanya akan terus bertanya dan berbual dengan Renjun.

Fikirannya berserabut tentang buku nota Sejarahnya dan Ahreum. Dia sangat membenci dirinya sekarang. Kalaulah dia menolak permintaan Ahreum tadi, semuanya tidak akan jadi begini.

Renjun sedar tentang tingkah laku Jihyun itu. Wajah gadis itu murung dan langsung tidak tersenyum. Renjun mengeluarkan sesuatu daripada beg galasnya.

"Nah buku kau." Renjun menghulurkan buku berwarna ungu itu di hadapan Jihyun. Dia menahan senyuman. Mata gadis itu membuntang apabila melihat  buku nota miliknya itu ada pada pegangan Renjun. Wajahnya yang murung tadi kembali bertukar ceria.

"Macam mana kau boleh ada buku aku?"  Jihyun bertanya. Renjun hanya tersenyum kecil dan mengabaikan soalan itu. Dia melihat Jihyun berada disebelahnya, sedang membelek sehelai demi helai buku notanya. Masih dalam keadaan yang baik. Nasib baik.

--

Renjun menyepak perlahan pintu bilik guru itu menggunakan kakinya. Buku-buku latihan kelasnya dipegang erat supaya tidak terjatuh. Dia memasuki ruangan bilik guru itu dan memerhati keadaan di sekeliling bilik guru. Tidak ada terlalu ramai guru di dalamnya sekarang.

Setelah meletakkan buku latihan kelasnya diatas meja Puan Park, matanya terhenti pada buku nota yang berwarna ungu. Seperti biasa dilihat. Kakinya melangkah kearah meja Puan Lee yang berada disebelah meja Puan Park sahaja.

"Jihyun punya buku?" Renjun berbisik sendirian. Keningnya bertaut. Macam mana buku Jihyun boleh ada di atas meja Puan Lee sedangkan guru itu tidak mengajar mereka.

Ahreum muncul di fikirannya. Dia menggulingkan bola matanya. Dia sudah dapat mengagak Ahreum mengambil kesempatan terhadap Jihyun lagi.

Matanya memerhati keadaan sekeliling sekali lagi. Clear!

Kakinya melangkah kearah meja Puan Lee, dengan sengaja dia melanggar meja itu dan menyebabkan beberapa buku diatas meja itu terjatuh ke lantai. Renjun berdehem dan menunduk untuk mengutip semula buku-buku itu.

Dalam diam, dia mengambil buku nota ungu itu pada pegangannya dan meletakkan selebihnya diatas meja itu semula. Dia memegang erat buku itu pada sisinya supaya tidak terlalu kelihatan. Dengan senyuman kecil pada bibirnya, dia melangkah keluar daripada bilik guru itu.

yeyeyey double update!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro