
25
Baru sahaja Jihyun mahu membuka buku latihannya, kehadiran Renjun di hadapannya membatalkan niatnya. Jihyun mendongak memandang Renjun yang sedang berdiri.
"Ikut aku kejap." arah Renjun. Dia terus berlalu keluar daripada kelas tanpa menunggunya. Jihyun berkerut dahi. Raut wajahnya pun serius. Tapi, Renjun memang selalu serius-
Jihyun mengikuti langkah Renjun. Mengikut pemerhatiannya, mereka berdua sedang menuju kearah bilik guru. Jihyun mendiamkan diri, dia ingin Renjun memulakan perbualan mereka.
"Kau bagi buku nota kau pada Ahreum ke?" Renjun menoleh kearah Jihyun tajam. Keningnya bertaut. Jihyun tersentak, dia tidak tahu mahu menjawab apa. Jihyun hanya mendiamkan diri. Tiada respon daripada gadis itu menjelaskan segalanya.
"Jihyun, aku dah cakap kan. Dah banyak kali aku cakap."
"Jangan jadi naif-"
"Bukan senang Injun." Jihyun memotong percakapan Renjun perlahan, tetapi masih mampu didengari oleh Renjun. Kata-kata Renjun itu juga sedikit sebanyak membuatkan hatinya terguris.
Jihyun menunduk memandang lantai, bibirnya digigit. Dia resah. Bukannya dia tidak mencuba untuk menolak. Dia cuba, tetapi semua itu tidak mudah baginya.
"Aku dah cuba- tapi aku tak boleh." suaranya sudah bergetar. Seakan semua perkara yang terjadi padanya selama ini ingin dilepaskan, setelah lama dia memendamnya. Tangannya digenggam erat.
Renjun mulai rasa bersalah. Dia memang agak terlalu kasar dengan kata-katanya tadi. Renjun mengeluh perlahan dan berdiri di hadapan Jihyun. Kedua-dua belah bahu gadis itu dipegang.
"Aku minta maaf. Aku tak bermaksud pun." Renjun memandang Jihyun yang masih lagi tertunduk. Jarinya dinaikkan dan memegang dagu Jihyun lalu diangkat wajah itu supaya menatapnya. Renjun memandang anak mata Jihyun yang sudah bertakung dengan air mata.
"Aku minta maaf Jihyun." ucap Renjun sekali lagi. Tetapi pada kali ini nadanya lebih lembut. Jihyun menggeleng laju.
"Haih, kenapa aku tiba-tiba emo ni." Jihyun mendengus geram. Wajahnya didongak memandang ke atas untuk menahan air matanya daripada jatuh.
Dahlah di depan Renjun pula dia tiba-tiba nak menangis. Tak tahu malu ke Jihyun!
Jihyun mengomel di dalam hati. Dia memandang Renjun semula. Tangan Renjun masih lagi memegang sebelah bahu kirinya. Jihyun mengukirkan senyuman.
"Cepatlah, kau nak pergi mana tadi?" Jihyun menukar topik. Renjun menurunkan tangannya daripada bahu Jihyun. Mereka berdua menuju kearah bilik guru.
--
"Kau tak nak makan ke Jihyun?" Haechan bertanya sekali lagi pada Jihyun. Jihyun mengangguk yakin, memberi kepastian kepada Haechan dan Yangyang.
Renjun juga berada disana tetapi seperti biasa dia hanya mendiamkan diri. Jeno terlebih dahulu keluar daripada kelas apabila loceng berbunyi tadi. Lelaki itu betul-betul kelihatan seperti mempunyai masalah. Pada pagi itu dia langsung tidak mengeluarkan suara kecuali apabila cikgu memanggilnya.
"Kau nak pergi mana?" Yangyang bertanya apabila Jihyun berdiri dan mengemaskan buku-bukunya.
"Perpustakaan." jawab Jihyun ringkas. Buku teks mata pelajaran Kimia dan bekas penselnya dipegang. Mereka bertiga keluar daripada kelas. Jihyun perlu pergi ke blok yang lain, bermakna Jihyun harus menggunakan laluan yang bertentangan untuk pergi ke kantin.
Jihyun memandang Renjun pelik apabila lelaki itu tiba-tiba mengekorinya daripada belakang.
"Renjun! kau nak pergi mana tu?" Haechan menjerit. Yangyang turut memandang Renjun pelik.
"Aku tak makan." Renjun menjawab semula pada dua orang lelaki itu. Tercengang Jihyun dibuatnya.
"Aku dah janji nak ajar kau semula kan." Renjun melirikkan matanya pada buku teks Kimia itu. Jihyun mengangguk faham. Dia baru teringat tentang janji Renjun dengannya hari itu.
"Jom." Tangan kanan Jihyun naik melingkari sebelah tangan Renjun seperti biasa dan mendorong lelaki itu ke hadapan. Renjun tersenyum sumbing kearah gadis itu. Comel.
Makin lama, dia makin menyukai dengan tabiat Jihyun itu. Hatinya berdegup kencang setiap kali gadis kecil itu memegang lengannya.
"Weh apa ini?" Yangyang bersuara. Haechan dan Yangyang masih tidak melarikan pandangan matanya daripada Jihyun dan Renjun yang sudah berjalan kearah bertentangan dengan mereka. Haechan menggosok matanya tidak percaya.
"Haechan..." suara Heejin muncul disebelah mereka. Dia turut memandang kearah Renjun dan Jihyun.
"Jap diorang ini bercinta ke?" tanya Heejin terkejut. Macam mana diorang boleh jadi rapat macam itu?
"Aku tak kira. Nanti aku nak interview dan siasat diorang ni." Haechan berkata yakin. Kerjanya sebagai paparazzi on!
"Mana Jeno?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro