Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20

"Semua kembali ke tempat ini selepas dua jam okey!" jeritan daripada Puan Lee itu mendapat sahutan daripada pelajar-pelajar yang lain.

Yangyang, Haechan, Renjun dan Jihyun mengambil keputusan untuk berbincang bersama terlebih dahulu untuk membahagikan tugas semula. Mereka duduk di pondok yang tidak jauh daripada mereka.

"Renjun macam biasa akan jadi photographer , Yangyang kau pun sama. Aku dengan Jihyun akan catat maklumat." arah Haechan memandangkan dia ialah ketua kumpulan secara tak rasmi. Dia melantik dirinya sendiri sebagai ketua.

"Kita pecah kepada dua kumpulan. Jadi lagi cepat kita siap." Jihyun mengangguk faham. Buku notanya dikeluarkan daripada beg galasnya.

"Aku nak dengan-"

"Aku pergi dengan Jihyun. Aku taknak pergi dengan Haechan." Renjun memotong percakapan Yangyang tanpa memandang kearah mereka bertiga. Haechan menjeling Renjun tajam.

"Kau okey ke Jihyun?" Haechan meminta pendapat Jihyun. Mungkin sahaja gadis itu tidak mahu kan? Jihyun menggeleng.

"Aku ikut Renjun." kata Jihyun. Haechan mengangguk dan mereka berempat mula berpecah kepada dua kumpulan.

Renjun mula mengambil beberapa gambar berlatarkan rumah-rumah tradisional itu dan Jihyun mencatat segala maklumat dan ciri-ciri yang mereka perolehi daripada tempat itu.

"Renjun, kau ada adik beradik?" soal Jihyun cuba memecahkan kesunyian antara mereka.

"Aku ada adik perempuan. 7 tahun." Jihyun memandang Renjun teruja. Dia memang suka dengan budak-budak!

"Mesti comelkan." Jihyun mengumam. Dia teringin mempunyai adik perempuan atau lelaki. Walaupun hakikat sebenarnya dia mempunyai adik tiri. Ibu kandungnya sudah berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai seorang budak lelaki yang berumur 5 tahun tetapi mereka tidak pernah bertemu.

"Kau nak jumpa dia ke?" tanya Renjun. Dia memandang wajah gadis itu. Jihyun mengangguk laju. Mestilah dia nak! Renjun tertawa kecil.

Jihyun melangkah sedikit ke hadapan untuk melihat pemandangan yang lebih jelas. Renjun memberhentikan langkahnya. Kameranya diangkat dan dihalakan kearah gadis yang sudah berada di hadapannya. Punat kamera itu ditekan

Klik!

Bibirnya mengukir senyuman apbila melihat gambar yang baru ditangkap olehnya. Jihyun yang sedang leka memandang ke hadapan tanpa menoleh kearahnya. Dia melajukan langkahnya untuk mengejar gadis itu .

--

Renjun meletakkan strawberry smoothie itu diatas meja dan ditolak kepada Jihyun yang sudah melabuhkan punggung pada kerusi itu.

Setelah mereka menyiapkan tugasan mereka, mereka berempat mengambil keputusan untuk berjumpa di kafe ini memandangkan mereka masih mempunyai setengah jam sebelum berkumpul. Haechan dan Yangyang masih belum tiba di kafe itu.

"Kau memang rapat dengan Doyoung hyung ke?" Renjun memandang Jihyun. Dia cuba memulakan perbualan. Jihyun mengangguk dan menyedut airnya semula.

"Dia selalu datang untuk jumpa dengan Jaehyun. Dia pun selalu datang ambil aku masa dekat sekolah lama." terang Jihyun. Renjun mengangguk. Patutlah Jihyun kelihatan sangat rapat dengan Doyoung.

"Tapi kan, lelaki yang datang sekali dengan kau hari itu- ha Mark. Dia sekolah sama dengan kita ke?" tanya Jihyun penasaran. Dia tiba-tiba tertanya-tanya tentang Mark disebabkan lelaki itu tidak banyak berbual dengannya.

"Jihyun, dia team bola keranjang dengan Jaehyun. Mestilah dia sama sekolah dengan kita." Jihyun menggaru kepalanya. Dia baru bertanya soalan bodoh pada Renjun. Tetapi dia lega apabila mendengar tawa kecil daripada lelaki itu.

Perbualan mereka terhenti dengan kehadiran Yangyang dan Haechan. Yangyang melabuhkan punggungnya disebelah Jihyun manakala Haechan disebelah Renjun.

Jihyun berbual bersama Yangyang. Jihyun merapatkan sedikit tubuhnya kearah Yangyang untuk melihat gambar-gambar yang ditangkap oleh Yangyang.

"Yang ini cantik."

Renjun memerhatikan mereka berdua tajam. Dia dapat merasakan perasaan sakit hati dan geram tiba-tiba muncul di dalam dirinya. Haechan yang menyedari perubahan wajah Renjun itu menyiku lelaki itu. Renjun menoleh kearah Haechan.

"Kau kenapa ? Pandang macam nak tembus je." Renjun menjeling Haechan. Lengan Haechan dipukul. Dahla Haechan bercakap dengan kuat. Nasib baik Yangyang dan Jihyun tidak mendengarnya.

Melihat kelakuan Renjun itu membuatkan Haechan tersenyum nakal. Satu idea muncul difikirannya. Dia mendekatkan tubuhnya pada Renjun dan berbisik pada telinganya.

"Kau suka Jihyun ke?" Mata Renjun membuntang. Tubuh Haechan ditolak menjauhi dirinya. Renjun memberi renungan maut pada Haechan.

"Kau jangan merepek." Renjun bersuara perlahan. Tindakan Renjun yang menolak Haechan tadi menarik perhatian mereka berdua yang berada di hadapan mereka.

"Renjun kenapa?" Jihyun bertanya pelik. Yangyang turut memandang mereka berdua pelik. Renjun menggeleng pasrah.

"Tak ada apa-apa." Renjun membalas. Haechan pula sudah tersenyum nakal memandang kearah Renjun dan Jihyun bersilih ganti.

"Kau kenapa? Muka itu nak minta kaki ke." Yangyang mencelah apabila melihat Haechan yang sudah seperti orang hilang akal tersenyum seorang diri.

"Renjun ni- Aduh!" Haechan mengadu kesakitan apabila tangan Renjun laju sahaja mencubit pehanya. Haechan menggosok tempat cubitannya tadi. Pedih la!

"Baik kau senyap Haechan..." Renjun bersuara perlahan supaya tidak didengari oleh Yangyang dan Jihyun. Haechan menjeling Renjun. Sakit peha aku woi! omel Haechan sendirian.

--

"Heejin mana Haechan?" Jihyun bertanya. Pagi tadi dia ternampak kelibat Heejin bersama Haechan. Tetapi sekarang tiada pula.

"Dia ada aktiviti dekat tempat lain. Tapi berdekatan sini juga." terang Haechan. Jihyun mengangguk faham. Baru dia teringat Heejin tidak sama kelas dengannya.

Sekarang mereka sudah tiba di tapak perkhemahan mereka. Semua khemah sudah dipasang, jadi mereka diberi ruang untuk berehat dan melakukan hal masing-masing.

Satu khemah mempunyai empat orang. Tetapi ahli khemahnya hanya mempunyai tiga orang. Semestinya Jihyun tidak rapat dengan kedua-dua daripadanya. Selepas siap memasang khemah, Jihyun terus melarikan diri untuk duduk bersama tiga orang lelaki ini

"Jeno!" Yangyang melambai tangannya tinggi. Jihyun terkejut apabila melihat Heejin yang sedang berjalan bersama Jeno dan berjalan kearah mereka.

"Kenapa kau ada dekat sini!" Haechan berkata tidak puas hati. Heejin memukul tangan abang kembarnya itu. Haih banyak kau kena pukul hari ini Haechan.

"Jeno ambil aku ehe. Lagipun aktiviti kelas aku dah habis." Heejin tersengih kepada Haechan. Jihyun memandang kearah Jeno yang sudah melabuhkan punggung disebelah Heejin itu. Mereka berdua nampak sangat rapat.

"Aku nak join boleh?" tanya Heejin dengan mata yang sudah bersinar. Serentak Jihyun dan Yangyang mengangguk tetapi dibantah oleh Haechan.

"Eh ini aktiviti kelas aku! Mana boleh." Haechan menjelir lidah kepada Heejin. Heejin menjeling Haechan tajam. Lelaki ini tidak sah kalau tak menyakitkan hatinya.

"Aku bagitahu eomma kau buat pecah pasu-"

"Okey! Lantaklah kau nak buat apa!" Haechan merungut geram. Heejin tersenyum bangga. Senang saja mahu mendapat persetujuannya selagi ada perkara yang boleh diugut.

"Khemah aku ada kosong lagi seorang." Jihyun bersuara.

"Terima kasih Jihyun!" Heejin berkata teruja. Tangan Jihyun terus ditariknya untuk berdiri dan dia memeluk tangan Jihyun itu. Heejin menoleh kearah empat orang lelaki yang sudah memandang kearah mereka berdua.

"Bye, aku nak curi Jihyun. Girls talk." Jihyun tergelak kecil mendengar kata-kata daripada Heejin itu dan menariknya meninggalkan kawasan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro