17
"Jadi hanya 10 orang yang boleh?" Minghao memandang 20 orang ahli kelab yang berada di hadapannya. Minghao mencatat sesuatu pada bukunya.
Aktiviti sukarelawan pada kali ini tidak mendapat banyak penyertaan daripada ahli kerana ia bertembung dengan Hari Olahraga. Kebetulan ramai ahli kelab ini merupakan atlet dan wakil sekolah ke pertandingan itu.
Minghao sebagai pengerusi kelab itu harus mempersiapkan segala aktiviti itu daripada awal sehingga akhir.
"Sesiapa yang tak boleh sertai untuk aktiviti pada kali ini dibenarkan bersurai." kata Minghao. Setelah separuh ahlinya meninggalkan bilik khas itu, mereka semua berganjak mendekati Minghao untuk mendengar perancangannya.
"Yoohyeon, kau tolong maklumkan rumah anak yatim Sewon tentang jumlah ahli yang akan sertai nanti." arah Minghao dan Yoohyeon mengangguk. Yoohyeon keluar daripada bilik itu untuk membuat panggilan.
"Kim Jungwoo dan Son Juyeon satu kumpulan."
"Huang Renjun dan Kim Yoohyeon."
"Jung Hyukjae dan Na Jaemin."
" Seo Chaerin dan Hwang Eunbi."
"Kang Jihyun, awak dengan saya." Terhincut bahunya apabila namanya dipanggil. Jihyun mengangguk seraya menulis segala maklumat yang perlu dicatat.
Yoohyeon masuk ke dalam bilik itu semula dan duduk disebelah Minghao. Buku catatan Minghao itu ditelek untuk melihat pasangannya nanti.
"Minghao, aku kena susun data dalam stor itu dengan kau lah nanti." kata Yoohyeon. Dia sudah mengagak Minghao sudah lupa akan tugasannya yang itu. Data-data itu hanya boleh disusun oleh pengerusi dan naib pengerusi kelab sahaja.
"Sorry." Minghao tersengih kecil dan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Jihyun..." matanya memerhati semula pada buku notanya untuk memeriksa maklumat sekali lagi.
"Awak tukar dengan Yoohyeon. Huang Renjun partner awak nanti." Jihyun meneguk liur. Dia memandang kearah Renjun dan kebetulan Renjun juga sedang memandang kearahnya. Mereka berdua melarikan pandangan dan membetulkan suaranya.
--
"Jaehyun!" Jihyun menjerit daripada luar sambil mencabut kasutnya dan menerjah masuk ke dalam rumah untuk mencari kelibat abang sepupunya itu. Matanya meliar ke sekeliling rumah. Anak matanya terhenti pada seorang figura yang berada di dapur sedang memasak.
"Eomma~" Jihyun berlari anak kearah wanita berusia itu. Tangannya memeluk tubuh Puan Jung daripada belakang dan merehatkan dagunya diatas bahunya. Puan Jung tersenyum melihat kelakuan manja Jihyun itu dan berpaling pada Jihyun.
"Baru balik daripada mana?" tanya Puan Jung lembut dan mengusap rambut panjangnya itu dan kembali fokus pada masakannya tadi.
"Perjumpaan kelab."
"Seorang je ke?"
"Tak, Doyoung oppa tolong hantar. Renjun sekali." jawab Jihyun tanpa sedar. Puan Jung mengangkat kening. Bibirnya tersenyum kecil. Puan Jung menoleh kearah Jihyun semula.
"Renjun? Ketua kelas kamu itu kan?" Jihyun tersentak. Dia baru sedar tentang apa yang dia katakan sebentar tadi. Jihyun terus melepaskan pelukan tadi dan melarikan pandangannya.
"Tak-tak tahu. Jihyun masuk bilik dulu eomma." Jihyun berkata gagap. Tergopoh-gapah dia cuba melarikan ke dalam bilik. Habislah dia akan dibebel oleh Jaehyun nanti. Puan Jung memang tidak tahu jika Doyoung dan Renjun tidur di rumahnya semalam.
"Jung Jaehyun!" suara Puan Jung meninggi memanggil Jaehyun. Jihyun sudah mengigit bibir apabila mendengar suara Puan Jung yang sudah meninggi itu. Pintu biliknya ditutup rapat.
'Maafkan aku Jaehyun.'
--
toktok
Bunyi pintu bilik dibuka daripada luar membuatkan Jihyun yang sedang bermain dengan telefonnya berpaling. Jaehyun melangkah masuk ke dalam bilik Jaehyun dengan wajah yang monyok. Jihyun duduk bersila diatas katilnya dan memerhatikan Jaehyun.
Jaehyun duduk di birai katilnya dan merengangkan kakinya diatas katil Jihyun. Jihyun mendiamkan diri. Dia tahu apa yang Jaehyun mahu katakan sekarang.
"Kau pecah rahsia eh." Jaehyun memandang Jihyun kosong. Jihyun tersengih dan menggaru kepalanya. Rasa bersalah pula dia dibuatnya.
"Eomma marah kau ke?" tanya Jihyun.
"Kalau Doyoung dia tak kisah sangat sebab dah biasa. Tapi eomma terkejut tentang Renjun." Jihyun mengangguk perlahan. Memang eomma akan peliklah. Tidak pernah-pernah kawan Jaehyun selain Doyoung yang datang ke rumahnya.
"Nasib baik eomma kenal Renjun. Kalau tak lagi teruk aku kena bebel." Jaehyun menjeling Jihyun.
"Aku terlepas. Bukan sengaja."
"Yelah aku minta maaf Jung Jaehyun." Jihyun menggulingkan bola matanya apabila Jaehyun sudah memandangnya tajam dan tidak puas hati. Jaehyun kembali tersenyum.
"Untuk aktiviti kelas kau minggu depan, nak aku hantar tak?" tanya Jaehyun sambil berbaring diatas katilnya itu.
"Tempat aktiviti kau jauh ke?" soal Jihyun. Dia tidak mahu menyusahkan Jaehyun untuk menghantarnya pula.
"Tak jauh juga. Aku boleh je. Kita keluar awal sikit." Jihyun mengangguk . "Boleh juga."
"Kelas aku ada buat aktiviti extra, jadi kitorang balik keesokkan harinya." Jihyun memberitahu Jaehyun terlebih dahulu. Dia tidak mahu Jaehyun menunggunya untuk menjemputnya balik.
"Bahaya lah kalau kau jalan seorang diri." Jaehyun berkata risau. Sekolah Jihyun sebelum ini pun Doyoung selalu menjemputnya pulang kerana universitinya dekat dengan sekolah lamanya.
"Ha nanti aku minta tolong Haechan, Yangyang dengan Renjun." Jaehyun memetik jarinya dan dengan laju mengeluarkan telefonnya daripada poket seluar. Belum sempat Jaehyun ingin menulis sesuatu pada telefonnya Jihyun terlebih dahulu merampas telefon lelaki itu.
"Tak payah. Aku takut menyusahkan diorang." Jihyun menggeleng tanda tidak setuju. Dia meletakkan telefon Jaehyun semula diatas katil.
"Kau nak balik seorang tetap bahaya. Tempat itu bukan dekat dengan rumah kita. Aku minta tolong salah seorang lah macam itu." Jihyun mendiamkan diri. Jika Jaehyun sudah menetapkan keputusannya, dia tidak boleh membantah.
"Kau nak minta siapa temankan kau? Aku nak mesej diorang terus ini." kata Jaehyun yang masih fokus memandang telefonnya. Ha sudah. Dia tidak mahu memilih ketiga-tiganya!
Kepalanya digaru. Otaknya seakan berhenti berfikir seketika. Bibirnya digigit resah.
"Yangyang... ?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro