16
Mendengar ketukan pintu pada biliknya membuatkan gadis itu mengerang perlahan apabila tidurnya diganggu. Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya dan menggeliat.
Jihyun memandang kearah pintu biliknya sebelah melangkah kearah pintu itu. Tombol pintu itu dipulas sambil menggosok matanya.
"Jae-"
"Jaehyun panggil makan." lelaki itu terus melarikan pandangannya daripada Jihyun. Pipinya memerah apabila melihat Jihyun dengan rambut yang sedikit serabai. Tangan Jihyun berhenti daripada menggosok matanya dan terkaku memandang Renjun yang sedang berdiri dihadapannya.
"Ouh okey." Jihyun terus menutup kembali pintu biliknya. Serentak dengan itu juga, Renjun melangkah pergi daripada bilik gadis itu sambil menampar pipinya beberapa kali.
'Renjun sedar diri!'
Jihyun menyandarkan badannya pada pintu. Kedua-dua belah tangannya diletakkan pada dadanya untuk merasakan degupan jantung yang berdegup laju. Kemudian wajahnya ditekup dan menjerit perlahan
'Kali kedua!'
--
"Kang Jihyun!" Jaehyun menjerit daripada bawah apabila dia masih tidak melihat kelibat Jihyun untuk turun ke bawah.
"Kenapa dia lambat sangat ini..." Jaehyun membebel bersendirian. Doyoung yang mendengar bebelan Jaehyun itu memandang kearah Renjun yang sedang menyusun pengepit dan sudu diatas meja.
"Ada sesuatu yang jadi antara Renjun dengan Jihyun lah tu." Doyoung berkata tenang. Tangannya mencedok sup ayam itu ke dalam mangkuk. Renjun memandang Doyoung laju.
"Apa hyung ini." Renjun merungut. Dia memandang Doyoung tajam. Daripada semalam Doyoung sibuk mengusiknya dan Jihyun. Bukannya dia tidak dengar perbualan mereka semasa Doyoung bertanya kepada Jihyun sama ada dia sukakannya ataupun tidak.
"Ada apa-apa jadi ke Renjun?" Jaehyun tersenyum nakal kearah Renjun membuatkannya mengeluh perlahan dan mengurut dahinya. Tertekan pula dia dibuatnya.
"Jihyun kenapa lambat sangat turun." Jaehyun bersuara sebaik sahaja melihat Jihyun sedang menuruni tangga. Jihyun berjalan kearah Renjun yang sedang mencedok nasi ke dalam mangkuk.
"Tak- ada apa-apa." jawab Jihyun gagap tanpa memandang wajah Jaehyun. Jaehyun mengangkat kening pelik. Jihyun mengambil mangkuk daripada tangan Renjun dan memandang kearahnya.
"Biar aku buat." kata Jihyun perlahan. Renjun mengangguk perlahan dan membiarkan gadis itu mengambil alih kerjanya tadi. Renjun bergerak ke dalam dapur mendekati Doyoung.
Sempat dia memerhati kearah Jihyun sebelum itu. Jihyun memakai baju kemeja putih dan dikenakan dengan seluar jeans berwarna hitam.
"Nak pergi mana? " Jaehyun bertanya pada Jihyun apabila melihat pakaian yang dipakai olehnya.
"Perjumpaan kelab." jawab Jihyun ringkas dan memandang kearah Renjun yang berada di dapur sekilas. Bahu lebar lelaki itu dipandangnya lama tanpa sedar sehinggalah Renjun berpaling ke belakang secara tiba-tiba. Jihyun melarikan pandangannya secepat mungkin.
"Jihyun, kau jangan buat malu diri sendiri." Jihyun berbisik perlahan pada dirinya geram.
Setelah semua makanan sudah siap dihidang, mereka berempat.mengambil tempat duduk. Jaehyun berada disebelah Jihyun dan Doyoung disebelah Renjun.
"Kau tak ada apa-apa aktiviti ke hari ini Renjun?" tanya Jaehyun memecahkan kesunyian di meja makan. Renjun menggeleng. Jihyun mengerut dahi dan memandang Renjun pelik.
"Kau kelab sama dengan aku kan Renjun?" Jihyun mencelah. Lelaki itu mengangkat wajahnya dan memandang Jihyun lama. Otaknya sedang memproses dan memikirkan sesuatu.
"Ah hyung..." Renjun memandang Doyoung. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.
"Nanti biar aku hantar korang berdua terus ke sekolah." Doyoung bersuara. Seakan tahu apa yang dimaksudkan oleh Renjun. Dia mendengar perbualan Jaehyun dan Jihyun tadi.
"Okey!" Jihyun mengangguk setuju. Kalau orang dah tawarkan, kita kenalah setuju. Dapatlah dia simpan duit untuk tambang bas!
--
"Hati-hati." kata Doyoung sebelum keretanya meluncur pergi meninggalkan kawasan sekolah. Jihyun melambai kearah Doyoung sehingga kelibat kereta itu menghilang. Dia memandang Renjun yang berada di sebelahnya. Mereka berdua memandang kekok antara satu sama lain.
"Jom?" Renjun mengangguk. Mereka berdua berjalan bersama masuk ke dalam kawasan sekolah yang masij sunyi. Mereka awal 20 minit daripada masa yang ditetapkan kerena Doyoung mempunyai hal lain.
"Renjun." Jihyun bersuara. Memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Renjun memandang kearah gadis yang lebih pendek daripadanya itu. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Jangan bagitahu sesiapa tentang ini boleh?" tanpa Jihyun sedar, dia memegang lengan Renjun secara tiba-tiba. Terkejut Renjun dibuatnya.
"Tentang apa?" tanya Renjun pelik. Dia cuba berlagak tenang dan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Walaupun dia sedang gementar dengan tingkah laku Jihyun sekarang.
"Semua yang kau nampak dekat rumah aku itu." Renjun mengangkat kening. Bibirnya terangkat sambil memandang kearahnya. Jihyun perasan akan reaksi Renjun itu.
"Ak- aku malulah!" Jihyun mencebik bibir tidak puas hati. Pegangan tadi dilepaskan daripada lengan Renjun. Wajahnya ditekup, dia malu apabila memikirkan apa yang terjadi selama dua hari itu.
Renjun tergelak kecil dan mengangguk setuju .
"Okey." jawapan Renjun itu membuatkan Jihyun kembali memandangnya dengan mata yang bersinar. Jari kelingkingnya dihulurkan pada Renjun.
"Janji." Jihyun memandang Renjun dengan penuh harapan. Renjun menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil dan menyatukan jari kelingkingnya dengan Jihyun.
"Kau dah janji tak bagitahu sesiapa." Jihyun memberi peringatan kepadanya semula. Renjun mengangguk faham.
Mereka berdua masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk kelabnya. Kelab Sukarelawan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro