Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

"Jaehyun~" Jihyun memanggil nama Jaehyun sambil menolak pintu bilik tidur lelaki itu. Belum sempat Jaehyun mahu menoleh kearahnya, Jihyun terlebih dahulu melempar badannya diatas katil empuk itu.

Jaehyun memusingkan kerusi itu menghadap katil. Memandang Jihyun yang masih meniarap diatas katilnya. Lampu belajar diatas mejanya ditutup.

"Jihyun, aku kata ketuk pintu lain kali." kata Jaehyun. Sudah beberapa kali dia mengingatkan Jihyun untuk mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam biliknya. Tetapi Jihyun tidak mendengar kata. Dia tetap akan menerjah masuk sebarangan.

Jihyun mengangkat mukanya sedikit dalam keadaan meniarap itu dan tersenyum.

"Buat jelah kerja kau tadi. Aku dah siap kerja, jadi tak tahu nak buat apa sekarang." ujar Jihyun dan terus meletakkan kepalanya diatas katil semula.

Katil Jaehyun ini lain macam selesa dia. Sehinggakan setiap hari pasti Jihyun akan masuk ke dalam bilik Jaehyun semata-mata untuk berbaring diatas katilnya.

Bilik Jaehyun juga memang menjadi destinasinya setiap kali dia bosan dan tiada apa-apa yang mahu dibuat. Memandangkan Jihyun tidak gemar menonton televisyen, dia lebih selalu masuk ke dalam bilik Jaehyun untuk berbual dengannya.

Jaehyun memusingkan kerusinya kearah meja belajarnya semula untuk meneruskan kerja rumah yang dilakukannya tadi.

"Jaehyun, mana dia~" Jihyun merengek perlahan. Tangannya meraba-raba katil itu dalam keadaan yang masih meniarap dan langsung tidak mengangkat mukanya.

Jaehyun tersenyum kecil. Seakan tahu apa yang dimaksudkan oleh Jihyun. Dia mengambil patung panda yang berada diatas pehanya dan meletakkannya diatas tapak tangan Jihyun.

Jaehyun kembali fokus pada kerjanya. Tetapi dia tahu dia tidak boleh fokus sepenuhnya jika Jihyun berada di dalam biliknya. Gadis ini nanti pasti akan mula bertanya pelbagai soalan padanya.

"Macam mana hari ini? Okey ke?" Jihyun bersuara perlahan. Kan betul. Jihyun ini tak boleh diam sekejap. Pasti ada saja soalan yang mahu ditanya. Jaehyun mengumam ya untuk menjawab soalan Jihyun itu.

"Ada apa-apa jadi tak? Ceritalah." Jaehyun meletakkan pennya diatas meja dan berpusing kearah Jihyun. Seakan tahu Jaehyun sedang memandang kearahnya, Jihyun mengangkat wajah dan tersengih.

Jaehyun bangun daripada kerusi dan menghenyakkan tubuhnya diatas katil bersebelahan dengan Jihyun. Kepalanya disandarkan pada kepala katil. Anak matanya memandang kearah Jihyun. Nasib baik dia hanya melakukan sedikit ulang kaji.

Jihyun bangun daripada keadaan tertiarap tadi dan duduk bersila. Jihyun membetulkan postur badannya supaya dapat duduk dengan selesa.

"Tak ada apa yang menarik jadi hari ini." kata Jaehyun. Memulakan mood penceritaan mereka.

"Kau pula? Masih sama?" sambung Jaehyun. Jihyun menggaru kepala apabila mendengar soalan daripada Jaehyun. Jaehyun mengangkat sebelah keningnya. Jaehyun bercakap tentang teman sekelasnya.

Dia tahu yang Jihyun tidak mempunyai rakan. Dia juga tahu tentang Jihyun selalu melakukan kerja berkumpulan secara berseorangan. Boleh dikatakan tiada rahsia diantara mereka.

"Tak- tak." Jihyun segera menindakkannya.

"Ada kerja berkumpulan lagi kali ini..." Jaehyun menunggu Jihyun menghabiskan percakapannya.

"Tapi yang ini tak macam selalu." Akhirnya Jihyun tersenyum lebar. Dia gembira semasa mereka melakukan perbincangan bersama-sama. Jaehyun turut tersenyum dan mengusap rambut panjang Jihyun.

"Siapa nama diorang?" tanya Jaehyun mula berminat tentang topik itu.

"Lee Haechan, Liu Yangyang dan Huang Renjun."

"Eo Haechan?" Jihyun mengangguk dengan pertanyaan Jaehyun itu.

"Lee Heejin. Adik kembar dia kan." mata Jihyun membuntang. Haechan ada kembar ? Jihyun memandang Jaehyun tidak percaya.

"Mana kau tahu?" Jihyun bertanya. Dia berasa sangsi dengan Jaehyun. Mungkin dia hanya mahu mempermainkannya.

"Haechan itu kawan Mark. Jadi kalau dia kawan Mark mestilah dia kawan aku juga." Jaehyun tergelak kecil. Kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepala. Jihyun mati akal. Dia terus bangun daripada katil Jaehyun dan meninggalkan bilik Jaehyun dengan fikiran yang masih bercampur-baur.

Dia cuma tidak menyangka Haechan mempunyai kembar perempuan!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro