Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07

"Haechan cepatlah." Yangyang mula merungut. Dia menyandarkan badan pada kerusinya sambil memandang kearah Haechan yang masih menyiapkan kerja latihan Bahasa Inggeris.

Puan Jung tidak membenarkannya pulang selagi mereka tidak menghantar buku itu kepadanya.

Di dalam kelas sekarang hanya tinggal beberapa orang sahaja termasuk Jihyun, Yangyang, Haechan dan Renjun.

Jihyun, Yangyang dan Renjun sememangnya sudah siap daripada awal. Tetapi mereka masih tersekat di dalam kelas disebabkan oleh Haechan. Pada awal kelas tadi dia sibuk bermain sehinggalah Puan Jung menyuruh mereka semua menghantar buku itu.

"Lepas ini kau main-main dalam kelas lagi, kau jadi mangsa aku untuk kelas taekwondo nanti." Renjun berkata dingin. Sudah 20 minit mereka berada di dalam kelas selepas loceng terakhir berbunyi.

Jihyun hanya mendiamkan diri. Barangnya sudah siap dikemas. Cuma bekas pensel dan buku notanya saja dibiarkan diatas meja. Dia membuang masanya untuk menulis notanya.

"Lawanya nota kau." Jihyun mengurut dada. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat Yangyang yang sudah berdiri di hadapannya. Yangyang tersengih.

"Aku dah siap!" Haechan segera mengemaskan barang-barangnya dan meletakkan buku latihan Bahasa Inggeris itu di atas meja guru. Memandangkan bukan Haechan orang yang terakhir, mereka tidak perlu menghantarnya ke bilik guru.

--

"Pedas atau tak?"

"Pedas!" serentak Haechan dan Yangyang menjawab. Renjun memandang kearah Jihyun yang berada di sebelahnya untuk mendengar jawapannya.

Matanya beberapa kali berkelip memandang Renjun. Dia tidak boleh makan makanan pedas. Dia memang tidak boleh! Jari-jemarinya bermain antara satu sama lain. Cemas.

Jihyun memang akan cepat cemas dan blank jika seseorang bertanyakan soalan padanya secara mengejut.

"Pedas." jawab Jihyun. Sekarang Jihyun sedang memaki hamun diri sendiri di dalam hati. Memberontak dengan dirinya sendiri. Dia terlalu gementar apabila Renjun bertanya kepadanya tadi!

"Dua bahagian pedas, dua bahagian tak pedas." kata Renjun mendatar kepada pelayan lelaki itu. Buku menu itu ditutup dam diberikan semula. Serentak mereka bertiga memandang kearah Renjun.

"Weh, Jihyun nak pedas, asal kau pergi order yang tak pedas." Yangyang berkata. Haechan mengangguk laju, setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yangyang.

Jihyun pula lagilah terkejut. Dia tidak tahu nak berterima kasih atau tidak kepada Renjun.

Renjun hanya diam, tidak menjawab kata-kata Yangyang tadi. Matanya terus fokus pada telefon miliknya, mengabaikan pertanyaan Haechan dan Yangyang itu.

--

"Bye Jihyun! Jumpa esok!" Haechan dan Yangyang melambai kearahnya. Melihat kelibat Haechan dan Yangyang yang sudah berlalu pergi kearah bertentangan dengannya.

Jihyun berpaling dan melihat Renjun yang berada di sebelahnya. Masih lagi dengan wajah ketatnya.

Mereka berdua berjalan kearah stesen bas, mereka perlu cepat sebelum bas itu meninggalkan mereka.

Sebaik sahaja masuk ke dalam perut bas, Jihyun melabuhkan punggung di tepi tingkap bas. Jihyun memandang ketepi apabila dia dapat merasakan seseorang duduk disebelahnya.

Renjun duduk sambil bermain dengan telefonnya. Badannya masih elok tersarung uniform sekolah. Jihyun menarik sedikit lengan bajunya untuk menahan rasa sejuk. Nasib baik dia memakai hoodie berwarna kelabu hari ini.

Tiada suara yang keluar antara mereka berdua. Jihyun masih lagi segan dan kekok dengan Renjun. Tetapi dia selesa dengan lelaki itu. Dia juga pelik kenapa dia boleh merasakan perkara itu tentang Renjun.

Tidak lama kemudian, manik-manik hujan mula turun menyembah bumi. Jihyun memerhatikan hujan yang sedang lebat membasahi. Matanya dikerling kearah Renjun yang dalam diam sedang berpeluk tubuh. Sejuk mungkin.

Beg galasnya diambil dan dia memegang sesuatu daripada dalam begnya tetapi dia tidak mengeluarkannya lagi.

"Renjun." Jihyun memecahkan suasana sunyi itu. Renjun berpaling kearah Jihyun.

"Gomawo." ucap Jihyun dan dia mengukirkan senyuman lebar untuk lelaki itu. Renjun menyengetkan kepalanya dan mengangkat kening.

"Untuk air tin , tentang Ahreum dan tadi..." Jihyun menundukkan pandangannya. Tidak mahu melihat reaksi daripadanya.

Jihyun terus bangun daripada duduknya. Butang merah di tepinya ditekan laju. Menandakan dia sudah sampai ke destinasi yang dia kehendaki.

Jihyun mengeluarkan payung lipat daripada beg galasnya dan diletakkan diatas peha Renjun sebelum berlari keluar daripada bas sebaik saja ia berhenti.

Renjun tergelak kecil melihat kelakuan cemas Jihyun itu. Matanya mengekori figura Jihyun yang sudah berada di bawah perhentian bas. Dia menutup kepalanya dengan hoodie kelabu itu dan terus berlari merentasi hujan.

Renjun tersenyum. Dia memandang payung lipat yang berada di atas pehanya.

"Comel."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro