Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Sorry

Wonwoo hanya mampu terdiam memerhati susuk tidak bernyawa didepannya masih lagi dengan senyuman indah terukir dibibirnya. Sisa air mata masih lagi mengalir membasahi pipi tembamnya. 

Hati kecil Wonwoo tersentuh. Lelaki didepannya memang tidak pernah dikenali namun Wonwoo yakin hati lelaki tersebut juga terluka. Susuk didepannya ini pasti mengalami kehidupan yang menyiksakan. 

Wonwoo jadi teringat dengan kisah hidupnya sendiri. Sepatutnya dia sedang bersenang lenang di bandar Seoul menikmati hari-hari terakhirnya bergelar pelajar. Bukannya tiba-tiba muncul di masa hadapan yang tidak diimpikan. 

Sepatutnya dunia masa hadapan lebih 'cerah' lebih gemilang. Bandar Seoul sepatutnya dipenuhi dengan gelak tawa kanak-kanak dan masyarakat serata dunia. Sepatutnya bangun gah berdiri mendukung nama bangsa. Sepatutnya tiada lagi pertumpahan darah yang berlaku kerana ego dan ketamakan manusia. 

Ya. Sepatutnya lah.

Tapi siapa lah kita mahu menentang kuasa tuhan.

Ya jika ini lah masa depan, Wonwoo sanggup mati di usia muda. 

Syurga yang diimpikan lebih diibaratkan neraka buatan manusia.

"won..tu'

Tepukan pelan di bahu Wonwoo mengejutkan dirinya dari lamunan panjang. Serentak itu dia menoleh ke arah yang ditunjukkan Mingyu.

Matanya mengecil cuba melihat perkara yang diperkatakan Mingyu. Dari kejauhan dia dapat melihat sesuatu 'Button' berkilauan emas perlahan-lahan keluar daripada badan Jungkook. Lebih tepat bangkai Jungkook yang kian mereput sepantas kelipan mata.

Mingyu yang dari tadi memerhati mayat Jungkook itu sedikit ketakutan. Mana taknya tubuh yang baru diterkam dan dimakan kejam tadi dengan cepatnya menghilang. Malahan Mingyu dapat melihat ulat-ulat pemakan daging sudah muncul di mayat Jungkook.

Mungkin ini lah karma bagi Jungkook. Wonwoo dan Mingyu tidak dapat membayangkan betapa seksanya mayat itu sekarang. Tapi mereka tidak sepatutnya kesian kan? Jungkook memang layak meneriam hukumannya. Bahkan Lelaki itu sepatutnya diseksa sepuasnya sebelum di jemput ajal.

Kedua Mingyu dan Wonwoo melangkah keluar dan menghampiri 'Button' tadi. Mungkin ini akan membawa mereka kedua kembali.

Tapi adakah hanya mereka berdua?

Bagaimana dengan nasib dunia lampau yang sudah kacau bilau dan hancur. Bagaimana dengan insan-insan suci yang menjadi mangsa keadaan? Dan masa depan ini? Adakah semua manusia yang menjadi mangsa eksperimen akan kekal begitu? Kelihatan hidup padahal roh mereka sudah tiada. Hanya Jasad tanpa hanya yang diprogramkan untuk tetap patuh.


"Selamat tinggal dunia. Tetaplah bertahan"


Tanpa berfikir panjang tangan Wonwoo dan Mingyu seperti bertelepati terus terhulur dan menekan 'Button' tadi. Mata mereka terpejam erat dengan degupan jantung yang kian melaju.


Jika masa depan sudah hancur berkecai dengan hanya menekan butang kecil, Adakah masih terdapat masa depan buat masa lampau?


-THE END-



Hai guys i just wanna say sorry for everything. Yes the ending rushed sangat but I already told you before i gonna end this story ASAP. Why? Sebab memang dah lupa plot awal apa. I start this story in 2018 and today already 2021. Terlalu lama and I feel bad for everyone.


I hope you understand my decision.


BUT ANYWAY


THANK YOU FOR SPENDING YOUR TIME TO READ THIS SHITTY STORY OF MINE.

I LOVE YOU GUYS SOOOOOOOOOOOO FCKING MUCH 

THANKS AGAIN MWHHH



GotNoFeel_



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro