Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Just stay

Setelah susuk bernama Seokmin itu keluar, Woozi, si namja kecil tapi berotak genius, cepat-cepat bangun daripada tidurnya. Dia mengeser sedikit badannya untuk turun daripada katil yang terapung tinggi di udara.

Belum sempat Woozi mahu menghulur kakinya bagi mencecah lantai, katil tersebut terlebih dahulu bergerak pelan ke bawah. Seolah ia membantu memudahkan pemuda itu untuk turun.

Woozi melirik permandangan di sebelah katilnya terlebih dahulu. Awanan yang putih berlatar langit biru sedikit sebanyak membuatkan dia tenang tetapi ada sedikit rasa gusar di benak hatinya. Menusuk jiwanya seperti mengatakan ini semua salah. Dia tidak layak berada di sini.

Woozi bangun daripada katil dan bergerak ke arah pintu bilik tersebut, tanpa menolak, pintu tersebut terbuka dengan sendiri memamparkan ruang tamu yang bergaya elite.

Mata Woozi berkelip beberapa kali sebelum dia melangkah keluar. Ruangan tersebut tidak lah besar, sederhana sahaja seperti rumah orang kebanyakkan. Tidak terlalu buruk dan tidak terlalu mewah. Hampir sama dengan taste Woozi.

Kaki Woozi terus melangkah meninggalkan ruang tamu. Dia beralih pula ke ruangan dapur. Warna putih dan biru gelap mendominasi ruangan tersebut. Ada juga sebuah meja makan di hujung ruangan bersebelahan tingkap kaca.

"Ahhhh" Woozi mendesah pelan. Setidaknya penduduk masa kini masih makan dan minum seperti biasa. Woozi fikir mereka terlalu sibuk dan menggunakan alat canggih sehingga tidak perlu makan.

Hahaha woozi.. woozi itu sudah berlebihan.

Tangan halus Woozi menyambar sebuah botol minuman soda yang tersusun di atas meja. Dia segera meneguk minuman tersebut dengan tidak sabar. Cairan tersebut melegakan tekak Woozi yang memang sedang haus sekarang.

Dia terduduk di atas bangku terapung. Sekali lagi fikirannya melayang-layang ke masa lalu. Mengingat kembali bagaimana zombie-zombie gila itu meraung sambil mengejarkan.

Woozi yang memang berukuran kecil sepantas kilat berlalu tidak tentu arah. Tiba-tiba sahaja makhluk ngeri itu mengejarnya yang baru sahaja keluar daripada kereta.

"Bumzu hyung.." sekilas wajah rakannya itu muncul di dalam fikirannya. Dia baru ingat dia telah meninggalkan hyung nya itu jauh di belakang bersama makhluk gila itu.

Kepala Woozi kembali berdenyut-denyut seiiring rasa bersalah mendebarkan dadanya.

"AHHH!!!" Woozi melempar botol di tangannya hingga jatuh ke lantai. Dia memegang kepalanya yang semakin di serang sakit. Dia manarik-narik rambut halusnya kuat berharap kesakitan di dalam kepalanya hilang.

Kalau terus begini dirinya boleh menjadi gila. Gila dengan takdir yang tiba-tiba menjebaknya ke masa depan ini!

"Ak.. aku .. Aku perlu keluar dari sini"

Urat-urat mata Woozi jelas kelihatan di bebola matanya yang sudah memerah akibat melawan rasa sakit.  Dia menolak bangku terapung tersebut sehingga tergolek di atas lantai.

Cepat-cepat Woozi keluar daripada apartment Seokmin itu tanpa memikirkan hal lain. Kepalanya terlalu sakit untuk berfikir. Yang dia tahu dia perlu keluar daripada tempat asing ini dan menenangkan diri.

Dia berlari menuju sebuah gerbang yang dikenalpasti sebagai portal. Dia terdiam di depan portal tersebut buat beberapa saat. Dirinya berasa begitu kerdil di bandingkan dengan portal biru yang entah kenapa terlihat begitu indah di matanya.


Tanpa berfikir panjang, Woozi terus berlari masuk ke lohong yang berpusar-pusar seperti lohong hitam. Menarik apa sahaja masuk dan menghancur sebelum terbentuk semula di tempat diingini.

Woozi ingat Seokmin mengajarnya cara menggunakan portal tersebut. Katanya hanya semudah abc. Hanya perlu memikirkan tempat yang ingin dikunjungi dan boom! Sampai.

Dan dalam kepala Woozi hanya satu tempat sahaja yang bermain-main dalam fikirannya. Satu tempat kecil tapi nyaman. Ya rumah kecilnya.

Portal kecil itu memang menghubungkan dunianya dengan dimensi lain. Sehingga jauh ke angkasa. Bunyinya seperti portal tiada batasan.

Tapi ia sebenarnya juga ada kelemahan. Ianya bukanlah portal masa. Ianya tidak mampu menghantar apa atau siapa sahaja ke masa lalu atau masa akan datang.

Jadi, di mana namja kecil itu akan berakhir?

**********************

Di sisi lain, Seokmin atau nama samarannya Dk masih lagi berjalan di sekitar bandar Seoul. Buat beberapa hari ini, dia lebih sering keluar dari rumah dan berpusing di setiap penjuru bandar Seoul.

Sebenarnya dia hanya mahu menyesuaikan diri dan melihat betapa gah nya bandar metropolitan ini.

Sedikit sebanyak dia tahu juga perubahan yang berlaku di sini. Bangunan lama di bandar ini telah di tukar dengan bangunan tinggi melangit. Sehingga sendiri dia kadang-kadang kesulitan mencari jalan pulang.

Tapi semuanya dianggap sebagai pengalaman. Bukan semua orang diberi peluang melancong ke masa hadapan kan? Malangnya dia terlalu jauh ke depan.

Kalau lah dia jatuh beberapa belas tahun daripada zaman benarnya. Dia mahu melihat bagaiman rupa parasnya. Masih begitu atau bertambah kacak?
Dengan siapa dia menikah? Apa pekerjaanya? Berapa orang anaknya? Berjaya kah dia?

Ahhhh Seokmin mahu mengetahuinya.

"Ehem" lamunan Dk terhenti oleh deheman seseorang di hadapannya. Dia segera mendongak melihat wajah susuk didepannya. Ahh jarang sekali penduduk zaman kini menegur antara satu sama lain.

"Nae?" Kening Dk terangkat sebelah melihat tangan kekar lelaki ini di hadapannya. Lelaki tersebut menghalang Dk untuk terus melangkah.

Dk memerhati lelaki tersebut dari kepalanya yang di tutupi cap hitam yang tampak mewah sehingga ke kasut berkilatnya.

'Bodyguard' Dk menelan ludah pelan. Apa yang telah dia lakukan sehingga terjebak dengan bodyguard berbadan kekar di depannya?

Mata Dk kembali memincing, mencari bukti lain. Dia berharap fikirannya salah.

Tapi dugaannya memang benar. Kinito di sebelah kirinya terukir dengan lambang sebuah organisasi. Entah lah apa Dk kurang pasti tapi di pergelangan tangan namja tersebut terdapat sebuah senjata kecil terpasang cantik.

Namja didepannya ini tidak bersuara tetapi tangan kekarnya mengarahkan Dk untuk pergi. Tanpa perlu diperintah dua kali, Dk segera berpatah balik.

Sebelum berpusing, dia sempat melirik sebuah tato aksara hangul terukir di lengannya.

Sebuah nama..

*********************

Tbc

Im still learning to write the best hehe..

Group lain for this ff?please?

Nak buat watak jahat HAHAHAH

Kbye

GotNoFeel_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro