Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

First blood

Jalanan tampak kosong sahaja malam ini dengan bunyi anjing sesekali menyalak kuat. Malam? Lebih kepada lewat pagi. Jam di tangan Dino sudah hampir menunjukkan angka 4 pagi.

Suhu sekitar juga sudah berada di bawah 0 darjah celsius. Dino dan The8 sesekali mengeratkan sweater di badan mereka, cuba mengekalkan kehangatan.

Mereka berdua sedang bersembunyi di lorong sempit setelah tidak henti-henti berlari. Mereka berdua sudah memasuki bandar Seoul dan hanya perlu menuju ke bangunan utama, bangunan pentadbiran.

Dino mendapat tahu masih ada yang terselamat sedang berkumpul di sana bersama tentera-tentera dan beberapa para medic. Penguatkuasa bandar Seoul juga berada di sana, menerima perlindungan sementara rakyat jelata menjadi mangsa.

The8 menghela nafas berat menimbulkan gumpalan wap air berbentuk asap. Dia memandang Dino yang kelelahan di sebelahnya. Anak mata The8 bergerak turun ke bawah melihat bekas luka Dino yang masih belum kering.

Seluar dipakai Dino robek di bahagian paha dengan darah yang masih lagi mengalir keluar. Bekas cakaran itu kelihatan agak dalam, bahkan isi dagingnya terurai keluar.

Tapi Dino tidak pun merintih sakit. Dia terlihat biasa sahaja berlari menghindar walaupun lukanya masih lagi berdarah.

"Nah" tangan The8 terulur menutup bekas luka Dino menggunakan sehelai kain yang diambil dari dalam begnya. Kain tebal itu perlahan-lahan bertukar warna menjadi merah dalam hitunganya detik.

"Ahh hyung.. gomawo" Dino hanya memerhati The8 mengikat kain tadi di pahanya. Lukanya perlu segera diubati sebelum ianya bertambah teruk. Lagi-lagi kerana mereka masih perlu berlari daripada zombie yang berkeliaran di sana-sini.

The8 segera memapah Dino , membantu namja itu untuk berjalan. Mereka menyusuri lorong gelap itu dengan berhati-hati. Mana lah tau air yang tenang ada buaya kan.

Tanpa disedari, mereka sudah berjalan hampir sejam. Destinasi mereka juga sudah kelihatan didepan sana. Bangunan yang tinggi memuncak yang dikelilingi pagar besi.

Knock Knock!

"Uhmm hello?" Setelah menepuk dua tiga kali mengetuk pintu besi didepan mereka, The8 mengambil keputusan bersuara melalui intercom. Jikalau benar masih ada kehidupan didalam sana, pasti ada yang akan menjawab.

"N-nae?" Betul dugaan The8. Dia tersenyum kepada Dino sekilas sebelum menjawab.

"Kami perlu bantuan"

Senyap sunyi tanpa jawapan. Mereka menunggu sebentar sebelum menekan butang di intercom beberapa kali. Namun sia-sia sahaja, mungkin seseorang di dalam sana sudah mengabaikan mereka.

"Macam mana ni hyung?"

The8 hanya memandang Dino tanpa menjawab. Dahi nya berkerut sambil anak matanya melilau ke sana-sini mencari jalan lain untuk masuk.

Pagar ini dibina cukup tinggi dan teguh untuk menahan ancaman luar. Mahu memanjat rasanya tidak sampai. Mahu merempuh juga rasanya bahu mereka yang akan patah. Mereka tidak ada peralatan pula. Hanya kayu baseball.

"Entah la Dino--"

"Kamu berdua terpaksa dihapuskan"

Tiba-tiba sahaja intercom itu berbunyi membuatkan Dino dan The8 terbeliak. Dihapuskan? Apa maksud mereka akan dihapuskan?

"what?! Apa?! Woii buka lah!!" The8 memukul intercom tersebut dengan penuh amarah. Dino di sebelahnya hanya mampu memandang.

"Maaf tapi korang berdua mungkin terkena virus yang sama dan membahayakan kami semua.. selamat tinggal"

Apa mereka semua sedang bergurau? Hahaha lawaknya. Jadi nyawa mereka hanya bahan gurauan semata-mata?

"H-hyung"

Dino baru sahaja memanggil hyung nya itu sebelum kedengaran siren dari dalam bangunan. Mereka berdua terdiam menunggu apa yang akan berlaku tanpa menyedari bunyi tadi telah menarik perhatian para pemakan daging manusia dibelakang mereka.

"AAAAAAAHHHHHHHH"

Welp

*********************

<Woozi Pov>

Aku kat mana ni? Kenapa semuanya gelap? Kenapa aku terumbang-ambing ni?

Mana rumah aku? Kenapa aku tak boleh rasa tanah? Kenapa semuanya berpusing-pusing? Kenapa udara disekitar terasa semakin berkurangan?

Mata aku tertumpu kepada gugusan bintang-bintang membentuk galaksi. Berkelip-kelip tenang namun nescaya berbahaya.

Aku disuluhkan dengan ribuan galaksi di sana-sini. Kecil, besar, sederhana, jauh, dekat, pelbagai bentuk. Semuanya ada.

Kenapa aku boleh ada dekat sini? Aku hanya nak kembali ke rumah aku dulu. Rumah kecil namun hangat aku. Rumah yang telah menyimpan pelbagai kenangan perit manis aku.

Tiba-tiba memori lalu berterbangan di depan aku bagai filem hitam putih. Berpusing-pusing di sekeliling aku seolah memerlihatkan aku dengan masa lalu satu demi satu.

Air mata aku menitis jatuh dan  lenyap dalam sekelip mata. Bahkan aku belum sempat berkelip ianya sudahpun hilang.

Ya tuhan aku hanya mahu pulang ke rumah.

Rumah. Rumah. Rumah.

Aku tidak berhenti berguman sehingga satu bulatan besar muncul didepan aku menunjukkan dua orang manusia yang berlarian daripada beribu-ribu manusia lain yang terlihat bagaikan pemangsa.

Entah apa yang berbisik kepada aku, yang pasti tangan aku terhulur meraka berdua masuk ke dalam dimensi ini.

Hilang tanpa jejak.

*************************

Tbc

Weh nak cakap yang aku akan hiatus sampai 21 dec 2018..

Aku ada camp sikit kat bangi ni haa.. sampao result pt3 pun terlepas.. huwaa takleh ambil result TT

Ok jadi ff ni mungkin akan hiatus or aku akan update kalau sempat on weekend je

Kbye doakan aku ye

GotNoFeel_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro