Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Can you forgive me?

Woozi hanya mahu menghentikan segalanya. Segala yang terjadi kepada dirinya. Dia mahu hidup seperti biasa, bukannya kembali terhuyung-hayang dengan dua manusia yang lain di dalam lohong hitam yang tiada penghujung ini.

Dia sedar tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Anggota badannya masih lagi berfungsi seperti biasa, masih mampu mengenggam tubuh dua manusia ini dengan tangan kecilnya. Hanyalah, lohong hitam ini bagai tiada medium langsung untuk dia menggapai sehingga dia hanya mampu pasrah di tendang ke sana-sini.

Kalau diikutkan logik sains, sepatutnya dia sudah lama mati apabila terserap masuk ke dalam lohong hitam. Tapi ingat Woozi, ini bukan lohong hitam biasa. Ini lohong hitam dimensi yang jauh dari tekaan.

Anak mata Woozi beralih pula memandang ke sisi, mengamati wajah dua orang pemuda yang tampak kelelahan. Melihat muka mereka sahaja Woozi sudah tahu mereka telah lalui banyak perkara. Air wajah mereka tampak kesedihan dan kelelahan dengan tipu helah manusia.

"Seokmin.. mianhae" setitis air mata woozi jatuh dan hilang begitu sahaja. Dia diterpa perasaan serba salah mengingatkan pemuda yang telah bermurah hati menolongnya. Wajah Seokmin yang tersenyum tanpa beban itu bermain-main di fikirannya.

Bagai filem hitam putih, sekali lagi perkara sama berlaku. Filem yang memamparkan potongan-potongan kisah hidup Woozi melintasi dirinya cepat. Senyuman, tangisan, kegembiraan, kesedihan, rakan-rakan dan keluarga saling muncul membuatkan woozi naik pitam.

Kedua iris matanya terasa semakin mengabur sebelum sebuah lubang cahaya muncul didepan nya, menarik mereka bertiga keluar dari lohong hitam yang penuh seksaan.

Memasuki dunia yang dipenuhi penipuaan.

******************************

Dan di sini lah Dk. Dia terduduk seorang diri memandang langit yang terbentang luas di depan dirinya. Sebelah tangannya terangkat menyentuh kaca tingkap perlahan. Dia termenung buat seketika sambil mengeluh pelan.

Air matanya menitis membasahi pipinya. Memori-memori indah yang bermain didalam fikirannya tiba-tiba sahaja menjadi kisah lampau penuh duka dan pengorbanan. Semuanya cukup indah sehinggalah semuanya bertukar menjadi masa silam yang pahit untuk ditelan.

Mata Dk beralih pula mendongak ke atas, mencari-cari awan hitam. Dk rindu melihat titisan hujan. Dia rindu untuk mendengar rintihan hujan yang mengulik tidurnya. Dia rindu hawa dingin yang mencengkam hingga dia memgambil keputusan bergelut di dalam selimut hangat sepanjang hari.

Dia sedar hujan tidak lagi turun di zaman ini. Kadang-kadamg dia terfikir juga, dia berada di bumi atau di planet lain? Dia sendiri ragu. Lagi-lagi setelah mengetahui sang malaikat pembantu sudah pergi meninggalkannya.

entah dia juga pelik kenapa dia mendongak ke atas? padahal dia memang sudah berada di puncak langit. Atas mana lagi hujan berada?

"dunia penuh penipuan dan seksaan. Semuanya bertopeng. Mana semua malaikat pergi?" Dk berguman pelan masih dengan air mata yang mengalir. Hatinya sakit, kecewa. Semua yang dia bina di dunia baru ini satu-persatu runtuh tanpa disentuh.

Manusia yang pertama menghulur tangan kepadanya di dunia ini sudah pergi. Jasadnya masih ada namun rohnya juga ada. Namun dia bukan dia lagi. Dia orang lain. Orang kah dia? Lebih kepada zombie dengan seribu program. Mayat hidup yang berada di bawah satu kendalian.

"aku perlu keluar dari sini" anak mata sedihnya berubah memancarkan keazaman. Hati kecilnya sedikit terbakar amarah. Dia bergegas ke ruang tamu apartment sederhananya mencari-cari maklumat untuk keluar dari bandar metropolitan Seoul secepat yang mungkin.

Dia tidak sanggup lagi menipu diri sendiri. Cukuplah dia ditipu dengan manusia palsu yang berkeliaran di sepanjang jalan. Cukuplah senyuman tanpa perasaan yang diterima sepanjang dia berada di sini. Cukup lah dia berpura-pura bahagia walaupun hatinya berduka.

Dia mahu kembali dan tinggalkan semua ini.

Biarkan semuanua menjadi memori.

Dk mahu semua itu. Tapi akan daya? Dia hanya manusia lemah yang tidak mampu berbuat apa-apa. Bertahan hidup pun dengan bantuan. Untuk berdiri sendiri sahaja Dk sudah berasa mahu rebah ke tanah.

Dia kesepian. Hatinya menangis kepiluan. Ya dia tersenyum tapi tanpa makna. Dia gembira tapi di dalam sana tidak bermakna.

Dia mahu semuanya tamat tapi dia sedar semuanya baru permulaan.

"Sering dikelilingi manusia bertopeng membuatkan aku buta untuk mencari malaikat baik hati"

***********************

Tbc

My soul been crying. Something inside is braking. Cause i forgot something. The meaning of living.

Lmao so sorry i didnt update much

GotNoFeel_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro