Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Back to Reality

Bandaraya metropolitan Seoul kali ini bukannya heboh dengan kejayaan para pemimpin negara atau kecanggihan menjangkaui yang lain. Bukannya heboh dengan penyatuan dua negara yang sejak dulu berperang dingin. Dan bukan juga heboh dengan group Kpop yang berjaya menjulang nama.

Tapi pagi ini mereka semua dihebohkan dengan suatu serangan. Bukan. Bukan. Bukan serangan para pengganas yang ingin menegakkan suatu fakta yang diautakan. Bukan keganasan dengan bahan api meletus di sana-sini.

Serangan yang diterima jauh dari kawalan. Terlalu jauh sehingga menyebabkan hampir keseluruhan penduduk bandar  Seoul dimakan hidup-hidup. Tiada penawar mahupun antidote.

Siapa yang harus bertanggungjawab dan siapa yang hendak dipersalahkan?

Tiada sesiapa. Tiada sesiapa yang mahu memikul nama seluruh penduduk bandar Seoul di atas bahu mereka. Biarkan yang lalu berlalu. Biarkan yang mati, mati.

Kerana masalah sebenar sekarang ialah yang mati tetapi bagaikan hidup kembali.

Ya. Zombie. Typical. Cliché.

Seolah hanya sebuah movie untuk menakutkan kanak-kanak.

Sebagai manusia, adakah anda sendiri pernah mengalaminya? Bertembung dengan mayat hidup yang tergila-gilakan daging manusia? Tanpa sebab munasabah. Tanpa salam pertemuan tanpa salam pengakhiran. Semuanya tiba-tiba terjadi begitu sahaja.

Mungkin contohnya terlalu jauh bagi pemikiran. Jadi pernahkah anda berjumpa di depan mata dengan manusia yang bersifat kanibal?

Cih. Kanibal? Mendengar kata masochist sendiri sudah berjaya menimbulkan rasa ketar dalam dada.

Bandar Seoul kini sudah bermandikan darah. Di sana-sini cebisan-cebisan daging segar bertaburan bersama mayat bergelimpangan.

Zombie makan manusia menjadikannya zombie? Jadi apakah penyebabnya? Virus? Disalurkan melalui gigitan?

Bagaimana terwujudnya makhluk ini. Siapa yang menghantarn. Dari mana titik permulaannya. Bagaimana mengatasinya.

Semuanya menjadi tanda tanya pihak berkuasa dan pemimpin yang masih selamat (dengan bantuan segala jenis bentuk perlindungan sementara masyarakat bertarung nyawa)

The world is darker than what we expected. Trust me.

97% mati 1% masih betah bertahan hidup.

Ohhh dan 2% sudah bertukar menjadi zombie.

Watch out guys :')

********************

Dan di sini lah The8 sekarang, berjalan lonlai di lorong kawasan perumahannya dengan badan di penuhi darah. Badannya lesu tidak bertenaga mahupun semangat. Matanya menatap lurus jalanan dengan fikiran melayang entah ke mana sehingga dia menghiraukan keadaan sekeliling.

The8 tidak buta juga tidak cacat penglihatan, hanya lah fikirannya teralu kusut untuk sekadar menjeling figura-figura tidak bernyawa di sepanjang jalan.

Dia tidak sedar yang dia sebenarnya sedang berjalan di dalam sarang sang pemangsa. Dia tidak sedar darah di seluruh badannya menguar baunya sehingga menarik pemangsa yang tadi berjalan seperti orang gila.

Sungguh The8 tidak peka dengan keadaan sekeliling. Yang di dalam fikirannya hanyalah wajah sang eomma. Segala memori pahit manis bersamanya. Senyumannya yang menyinari hidup.

Bogoshipeo..

Satu kata sejuta rasa.

"Eomma.. eommaa.. eomma.." The8 tidak mampu berhenti memanggil nama ibu kesayangannya. Air matanya menitis setiap kali nama itu disebut. Menyakitkan. Pedih. Perit.

The8 terhenti di tengah jalan. Dia memandang sang matahari yang bersinar terang petang ini namun tetap teduh dengan bantuan sang awanan. Air matanya jatuh lagi membasahi bumi.

Kenapa sekarang keindahan turut menyakitkan?

The8 hampir sahaja jatuh pengsan sebelum seseorang menariknya pergi. Menariknya daripada menjadi mangsa seterusnya.

"Eomma..."

"Wehh!!" Lelaki yang memeluknya kini menampar pipi lesu The8 pelan. Dia berusaha untuk menyedarkan The8 daripada pengsan. Sungguh ini bukan masanya untuk jadi lemah.

Namja itu menarik The8 masuk ke dalam sebuah rumah dan menguncinya rapat. Dia membaringkan The8 di lantai ruang tamu dan bergegas mengambil sebotol air dari peti sejuk dan sehelai kain.

"Jangan lah mati wehhh kesian aku sorang-sorang" setelah mengelap wajah The8 dengan tuala basah, namja tersebut mengoncang badannya pelan. Cubaannya gagal. The8 tetap tidak sedarkan diri.

Namja itu mengeluh pelan. Dia terduduk di tepi The8 dengan pandangan kosong.

Kenapa semua orang mati?

Kenapa perlu tinggalkan dia?

Kenapa makhluk macam zombie tu wujud?!!

Kenapa?!!!

"Uhuk!!---"

"WAHH HYUNG HIDUP"

The8 yang terbatuk tiba-tiba membulatkan matanya akibat pelukan seseorang yang terlampau keras.

"Kau.. kau sape"

"Lee Chan.. Dino.. takpe hyung kita akan survive berdua"

Dino tidak main-main. Ya betul mereka akan selamat.

Selamat sementara masih berada di dalam tempat tersembunyi.

Tunggu lah zombie itu muncul dan tengok bagaimana mereka mahu bertahan.

Wait and see bro.

*********************

Tbc

Ada ke kat sini dak2 pt3 tak pergi sekolah?

Takpe anda tidak keseorangan.

Lepas pt3 aku pergi sekolah baru 4 hari huhu..

GotNoFeel_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro