t w e n t y t w o.
Aque sediyh nie reades banyuck, votes seeket. "(
.
.
+++
Korea selatan dikejutkan tentang berita kematian kedua ibu bapa Min ji. Sudah tersebar berita tentang kematian mereka kerana ditembak mati.
"Ma-macam mana berita ni boleh tersebar?" Gugup Min ji berkata kerana tidak dapat menerima semua yang berlaku.
Jimin hanya mendiamkan diri. Televisyen ditutup lalu beredar mengambil kunci kereta. Pintu rumah dihentak kuat.
"Jimin! Nak pergi mana tu?! Sayang!" Jimin memekakkan telingan, tidak mahu mendengar jeritan Min ji.
ㅡ
"Kau tunggu"
Jimin pergi ke stesen televisyen yang menyebarkan berita tentang kematian isterinya. Banyak kertas yang tertampal di bangunan berdekatan, memburuk-burukkan kehidupan Min ji. Jimin tahu siapa yang lakukan semua ni.
Jika satu hari nanti, Min ji dipanggil untuk buat keterangan tentang kehidupan dia sebelum ini, sudah tentu dia kena pergi.
"Park Yong hwa! Kau keluar sekarang, Park Yong hwa!"
Jimin menjerit di tengah- tengah lobi syarikat tersebut, siapa saja tidak kenal idola dunia bernama Park Jimin. Semua mata menumpukan perhatian ke arah Jimin yang jantungnya sedang turun naik, turun naik dengan pantas.
"Ji-jimin, k-kau buat apa dekat sini? Eh baliklah, buat apa kau bising-bising ni?"
"Bagitahu aku, kau kan yang sebarkan berita kematian ibu bapa isteri aku? Kau kan?! Bagitahu aku sekarang Park Yong hwa!" Jeritan yang dilepaskan bersama buku lima tepat di atas wajah Park Yong hwa.
Jimin menyelak rambutnya, sekali lagi menjerit melepaskan geram.
"Bagitahu aku!"
"Jangan pukul aku Jimin, tolonglah maafkan aku. Ya, aku yang sebarkan sebab ketua aku kata, kalau aku dapat satu maklumat yang boleh naikkan nama syarikat, gaji aku naik!" Kolar baju lelaki itu ditarik ganas oleh Jimin.
"Selfish, kenapa kau buat semua tu? Demi kepentingan diri sendiri?" Mata helang Jimin memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu.
Sejak dua hari berita itu tersebar, isterinya tidak senang duduk. Tidak mahu makan, tidak mahu tidur kerana memikirkan masalah tersebut.
"Anak aku sakit Jimin! Kena guna banyak duit! Tak lama lagi, isteri aku akan lahirka anak! Aku perlukan duit! Sebab tu, aku buat macam tu!"
Bukk! Sekali lagi tumbukan kuat hinggap di wajah Park Yong hwa. Inginkan hati, ingin saja dia tumbuk lelaki, yang merangkap kawan baiknya itu.
"Kau ingat lagi setiap kali aku jumpa kau, aku pesan apa? Kau ingat tak?! Jawablah!"
Lelaki itu terdiam. Masih memegang hidung dan bibirnya yang berdarah. Tiada sesiapa disitu yang mampu untuk menahan angin kemarahan Jimin. Takut jika Jimin saman semua yang masuk campur. Lelaki itu kaya, tidak peliklah.
"Biar aku ingatkan semula.. jumpa aku bila kau susah, jumpa aku bila kau perlukan duit. Jumpa aku. Ingat?"
Lelaki itu mengangguk teragak-agak. Itu yang membuatkan angin kemarahan Jimin semakin membara. Sudah beberapa kali Jimin mengingatkannya untuk datang berjumpa Jimin jika perlukan duit.
.. tapi lihatlah apa yang berlaku sekarang. Itu cara Jimin membalas jasa kawan baiknya di zaman persekolahan dahulu.
"Aku, tak teragak-agak nak saman semua stesen yang sebarkan fasal kematian ibu dan bapa mertua aku."
Cermin mata gelap yang disangkut di bahagian leher baju dicapai lalu memakainya. Menutupi mata yang penuh dengan api kemarahan.
ㅡ
"Lagi best kalau kita bertujuh sama-sama saman semua syarikat tu! Wah, bapak seronoknya!"
"Hish, kau merepak apa ni kook? Buang masa je, membazir pula tu. Biar Jimin je yang uruskan."
Dimana lagi Jimin hendak menghilangkan kemarahan selain ahli BTS. Mereka saja yang faham apa yang Jimin alami.
"Sayang!" Min ji menerjah masuk rumah mereka bertujuh. Matanya berair, risau akan keadaan Jimin yang sedang susah menghilangkan api kemarahannya.
"Terkejut aku! Hah, Min ji So hee mana? Kenapa tak bawa dia sekali?"
Puk! Kepalanya ditepuk oleh Hoseok yang berdiri menyilang tangan disebelahnya. Semakin lama, semakin bengap si maknae ni.
"Kau gila ke apa Kook, orang tengah sedih dia tanya soalan bodoh"
"This is another level of bodoh lah Hoseok" sampuk Yoongi. Ya, dua tiga hari ni kebodohan Jungkook melebihi tahap bodoh.
Min ji menarik lengan Jimin keluar dari rumah itu. Tubuh Jimin dipeluknya sekuat hati sekali gus melepaskan tangisan yang ditahannya.
Jimin hanya menundukkan wajahnya, menyorokkan wajahnya yang letih. Leher isterinya dicium.
"Jangan risau hm? Baby tak perlu pun risau macam ni."
"Tak, awak yang sepatutnya tak perlu risau sampai pergi ke stesan televisyen tu! Zaman sekarang, semua benda nak viral."
Siapa saja tidak risau, tiba-tiba sahaja Jimin pergi. Makin takut, bila Taehyung hubunginya beritahu yang Jimin pergi ke stesen tersebut.
"Sayang, duduk rumah diam diam okay? Awak tu mengandung!"
Min ji menepuk bahu Jimin dengan kuat. Dahinya berkerut, ingin saja dia mencekik suaminya itu.
"Park Jimin! Merepek apa awak ni? Sayang tak mengandunglah! Eish!" Marah Min ji lalu menjeling Jimin.
Jimin menarik lengan Min ji apabila dia melihat Min ji ingin beredar.
"Alololo, sayang ni Jimin gurau ajelah. Ala, tak lama mengandung lah. Takkan tak mengandung pula? Haritu kita dah bu-"
"Daddy Jimin, jom pergi makan? Lapar." Tangan Jimin ditarik pantas keluar daripada kawasan rumah tersebut.
"Lapar? Nak makan apa?"
"Hm, tak tahulah. Nantilah, dalam kereta sayang bagitahu."
"Hah, Jimin nak suggest kan satu hidangan yang palingㅡ ish, memang tiptop lah!" Kata Jimin sambil menaikkan ibu jarinya yang kecil itu.
"Hm, apa dia? Wah, dekat mana?!"
"Hidangannya ialah Park Jimin, tempat menikmati hidangan tersebut di rumah kita. Condition 9/10 sebab haritu sayang da-"
"Lain kali ajelah, dah kenyang."
Terbahak bahak Jimin gelak melihat Min ji merengus seorang diri. Tidak henti dia gelak melihat Min ji.
ㅡ
^ Tidur tidur, mengantuk mengantuk nak tidur mana?
: celah ketiak Jungkook. 💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro