Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

t w e n t y t h r e e ; finale.

Mesti korang rasa sekejap saja kan? Tiba tiba je dah nak habis. Entah, aku pun tak tahu.

.

.

+++

Sudah setahun Jimin dan Min ji menjadi pasangan suami isteri. Segala masalah mereka tempuhi bersama.

Min ji duduk di balkoni sambil tenung langit yang mendung. Selepas anaknya sudah ditidurkan, dia mengambil peluang untuk menikmati cuaca mendung hari itu.

"Sayang? Ji hyun mana?" Tanya Jimin yang baru sahaja pulang dari latihan menari untuk konsert di Malaysia pada bulan hadapan.

"Hm? Dia dah tidur, kepenatan tunggu daddy dia balik."

Jimin tersengih, dia berjanji dengan anaknya untuk pulang awal, tapi janjinya tidak dapat ditepati. Ingatkan, pulang awal tapi tidak.

Buat kali pertamanya, Jimin membawa cahaya matanya keluar dari rumah. Ramai yang tahu tentang kelahiran puteri sulung Park Jimin, tetapi masih belum didedahkan wajahnya.

Peminat lansung tertanya-tanya, bagaimanakah rupa anaknya itu. Jimin mendukung anaknya sambil berjalan masuk ke taman tema.

Tidak sempat mereka membuka pintu ada beberapa orang manusia tiba-tiba sahaja datang mengejut.

Siapa lagi kalau bukan ahli kumpulannya yang lain. Mereka datang bersama teman wanita Jungkook dan Namjoon iaitu So hee dan Jinhye.

Tidak lama lagi, Namjoon pula yang akan berkahwin.

"Taehyung mana?" Tanya Min ji kepada ahli yang lain. Kelihatan pelik jika tiada Taehyung di situ.

"Sini sini!"

"Hm, orang lain pun ada awek juga, bersemut dengan awek sampai tak ingat kami semua" perli Hoseok.

"Eo? Hoseok ada awek ke?" Tanya Jungkook.

"Kau ni kook, malu hyung"

Jungkook tersengih tatkala Hoseok merengus geram dengan pertanyaan Jungkook itu.

"Jimin, nak Jihyun!" Kata So hee sambil mengambil Jihyum dari tangan Jimin.

Jinhye hanya berdiri berpegangang tangan dengan Namjoon, memang malu untuk bersemuka dengan yang lain apabila bersama dengan Namjoon.

"Jinhye, dari kamu berkepik dengan Namjoon tu, baik kamu berkepik dengan oppa pula, mana tahu bertuka-"

"Hyung jangan macam macam" kata Namjoon mengeluarkan buku limanya itu.

"Hoseok hyung, carilah teman wanita, tengok tae, dapat juga  teman wanita bergelar peminat." Taehyung gelak bersama Yeonhwa.

Yeonhwa manis orangnya. Bukan itu sahaja, dia pemalu. Mukanya akan bertukar merah bila diusik oleh Jungkook.

Sengaja buat Yeonhwa malu. Taehyung pula tidak selesa dengan sikapnya yang terlalu pemalu. Taehyung sering menasihatinya supaya tidak menjadi batu semasa bertemu dengan rakan-rakannya.

"Jihyun! Daddy dah balik!" Jerit Jimin dari tingkat bawah. Jihyun yang sedang minum susu itu terus tersedak.

"Ish, Park Jimin!" Jerit Min ji tatkala muka Jihyun sudah berubah warna menjadi merah. Terkejut akibat jeritan Jimin tadi.

"Eh sayang! Ala Jihyun, daddy minta maaf ya?" Jimin mengambil Jihyun dari tangan Min ji lalu dicium bibir kecil Jihyun.

Bibirnya tebal seperti Jimin. Matanya juga sama seperti Jimin yang akan mengecil apabila tersenyum.

"Sayang"

"Hm?"

"Nak anak lagi tak?"

"Tengoklah"

"Jimin nak anak lagi"

"Jimin nak jaga ke?"

"Hehe, Jimin nak anak lelaki." Bibirnya mencebik. Perbualan mereka terhenti apabila mereka dengar Jihyun yang tadinya sedang merengek perlahan tiba tiba sahaja gelak.

"Park jihyun! Gelak dekat daddy eh?!"

Jimin menggeletek anak gadisnya itu. Terbahak bahak dia gelak. Sudahlah tiada gigi, bila dia gelak, sungguh comel.

"Hah! Mommy dia pun gelak! Nak kena ni!" Jimin menindih Min ji lalu menggeletek Min ji sehingga Min ji tidak mampu menjerit lagi. Tidak tahan geli.

"Untungnya daddy. Ada dua permaisuri yang sentiasa mewarnai hari-hari daddy."

"Untungnya mommy jadi permaisuri. Ada raja & ada puteri raja."

Jimin tersenyum. Dahi Minji dicium sekilas. Mata Minji ditenungnya. Teringat masa mula-mula dia berjumpa Minji.

Tidak menyesal dia berkenalan dengan Minji semasa di konsert tahun lepas. Sangat rindu setiap saat kenangan-kenangan tersebut.

Banyak kontroversi tentang mereka, tetapi berjaya dihadapi satu persatu sehinggalah wujudnya Jihyun di dalam hidup mereka berdua.

"Terkini! Wajah anak sulung Park Jimin dan Kim Minji sudah terdedah! Sedang kecoh serata dunia tentang wajah anak mereka yang sangat sempurna. Cantik seperti ibu & bapanya. Kami mengucapkan tahniah kepada keluarga Park atas kehadiran puteri sulung."

"Ya tuhan, cantiknya anak dia. Nama dia pun cantik, Park Jihyun. Tahniah Park Jimin & Kim Minji, makcik mendoakan yang terbaik!"

"Rupa ibu dan bapa dia elok, macam itulah anak dia. Mesti cantik juga! Tahniah!"

"Anak saya ialah salah seorang peminat kamu berdua! Tahniah!"

"Anak lelaki saya seumur dengan anak kamu! Boleh cari saya bila dia dah besar! Kahwinkan terus dengan anak saya!"

Telefon ditutup. Dimatikan terus telefon tersebut apabila mendengar berita terkini itu.

Badan Sora macam sedang terbakar apabila dengar tentang berita tersebut.

"Kenapa bukan aku yang jadi isteri dia!!!!!"

"Kau dah jadi isteri aku tu, diamlah. Aku pun kacak, kaya. Seksi pula tu, pandai menari. Kau apa tahu?"

"Ingat eloklah, orang tua macam kau ni menari! Geli tahu tak!" Jeritnya sambil meraung seperti budak budak tidak dapat gula-gula.

"Helo! Ini JYP lah! Syarikat aku antara syarikat yang terkaya tau!"

Hari hari bising. Entah bila mereka ingin berbaik. Itulah Sora, masa ditackle, menggedik nak ke Park Jinyoung. Bila dah macam ni, tak nak pula! HAHAHAGA.

Hari Khamis. Hari dimana BTS menjalankan konsert mereka di Malaysia.

"Nampaknya, konsert kali ni, hyung pula nak cari jodoh. " kata Seokjin dibelakang pentas.

"Dengar kata, gadis-gadis Malaysia pandai memasak! Dahlah Malaysia ni syurga makanan!" Sampuk Jimin.

"Dahtu Jimin, tak mahu tambah seorang lagi ke?"

"Namjoon hyung, nak kena cili mulut tu" jawab Minji apabila Namjoon menanyakan soalan tersebut kepada Jimin.

"Kalau nak cari jodoh, cari yang pakai tudung hyung. Tak pun, kalau nak yang tak pakai tudung, cari yang dekat dalam phone dia takde tiktok." Jelas Jungkook lalu tergelak bersama So hee. Jungkook gelak terbahak-bahak seraya memukul bahu Sohee.

"Ada Vlive, Weverse cukuplah!" Jawab Hoseok. Hoseok & Yoongi sudah merancang di dalam kapal terbang.

Konsert kali ini, semua ikut termasuklah Jihyun! Konsert terlalu riuh kerana kehadiran Jihyun. Jimin membawa Jihyun menyanyi bersamanya di atas pentas.

Tidak berhenti mereka menjerit. Pada akhir konsert, Min ji, Sohee & Jinhye turut naik ke atas pentas.

Makin kuat jeritan tatkala mereka melihat pasangan-pasangan di atas pentas.

Selepas satu jam konsert tamat, viral pula dia setiap media sosial tentang Min ji dan rakan-rakannya.

Sahabat bertuah.

Tuah yang dimiliki oleh tiga sekawan ini mengejutkan dunia. Seorang sahaja yang digoda oleh Park Jimin, tidak lama kemudian, kawan-kawannya pula yang menggoda kawan-kawan isterinya, Kim Minji.

"Rehat cukup-cukup ya anak daddy".

Minji dan Jimin mencium ubun-ubun Jihyun. Min ji keluar ke beranda, menikmati keindahan dunia.

Jimin mendekati Minji lalu merangkul pinggang ramping Minji itu. Dagunya ditomgkatkan di atas bahu Minji.

"Sayang"

"Hm?'

"Terima kasih. Terima kasih for everything you've done for me."

"Sama-sama. Terima kasih terima Min ji. Terima kasih tolong Min ji. "

"Jimin sayang Minji dengan Jihyun. Sampai tua kita bersama okay?"

Min ji mengangguk. Wajahnya berpaling ke bahu kanannya. Bibir Jimin dicium, lalu meramas rambut Jimin yang lembut.

"I love you!"

"I love you too!"

"Love me because I'm your filter!"

T H E  E N D

Merakamkan jutaan terima kasih kepada para pembaca. Berakhir juga cerita ini walaupun isinya terlalu kurang. Storyline juga tidak menarik. Pengakhiran cerita terlalu cringe. Happy ending yang mengarut.

Aku tabiklah yang cakap cerita ni best. Even bagi aku cerita ni lansung tak menarik. Tahu-tahu dah habis.

Kepada sesiapa yang sudah baca mesej yang saya hantarkan di Whatsapp berkenaan cerita ini, baguslah.

Sebab mengapa saya habiskan buku ini terlalu awal. Ya, alasannya kedengaran tidak logik kepada kamu, tapi logik kepada saya.

^ Saya kecewa apabila ramai yang mesej saya, memburuk-burukkan penulisan saya.

^ Ramai yang menyuruh saya untuk delete cerita ini. Tapi saya tidak sampai hati, saya terus tulis bab akhir.

^ Sangat kecewa apabila penulisan saya dihina begitu teruk, sehingga saya kehilangan semangat.

^ Satu sebab yang ramai penulis hadapi adalah, undian berkurang. Kecewa juga apabila jumlah undian lansung tidak meningkat.

Terima kasih kepada kamu semua yang sudi membaca cerita ini. Walaupun idea tidak menarik, tetapi saya cuba yang terbaik.

Yeonhwa : IkaZalika9

Kita akan bertemu semula di fanfiction saya yang baharu,  Weakness \ Min Yoongi.
Saya akan buat yang terbaik untuk fanfiction tersebut. Sama-sama jenguk cerita tersebut!

TERIMA KASIH. 🌻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro