s i x.
━━━━━━༺۵༻━━━━━━
Kaki aku laju keluar dari rumah menuju ke rumah So hee . Tidak sabar nak bagitahu yang aku ada 3 keping tiket untuk ke konsert ! .
Lama aku berdiri di hadapan rumahnya , risau tidak disahut nanti .
" So hee !! Oooo Kang So hee ! "
Loceng yang berada di tepi pagar aku tekan berkali kali , aku teruja untuk berikan dia satu keping tiket dan pergi ke rumah Jin Hye pula .
" hm? Oh yah ! Kim Min ji ! Bogoshipeo! "
Jerit So hee dari balkoni biliknya dan berlari turun ke bawah .
Pintu pagar dibuka lalu dia memeluk tubuh aku . Rindu sangat ni ? Rasanya baru 2 hari tak berjumpa selepas habis sekolah .
" aku datang sini nak bagi kau sesuatu ! "
So hee sudah menggaru garu kepalanya yang tidak gatal , garu kerana tertanya tanya apa yang aku akan beri .
" a-apa dia ? "
" close your eyes , bestie "
Dia menutup kedua dua matanya dengan menggunakan tapak tangan .
" tadaaaa! "
Tapak tangan terus dialihkan dari mata , matanya membulat melihat 3 keping tiket yang aku pegang .
" mi-min ji , ma-mana kau dapat ni ? "
Wajahnya seakan akan tidak percaya , aku menghulurkannya sekeping tiket lalu terus menarik lengannya .
" jom ! Pergi rumah Jin Hye ! "
Kami berdua berlari pergi ke rumah Jin hye , tidak jauh dari rumah So hee , hanya selang 7 buah rumah sahaja .
Loceng rumah Jin Hye aku tekan berkali kali , So hee masih lagi tercungap cungap kerana aku ajak dia berlari tanpa persediaan . Ecececece .
" hm? oh min ji , so hee , kamu berdua cari jin hye ya ? "
" nae! "
Mama Jin hye yang keluar membuka pagar , pelik selalunya Jin hye yang buka , walaupun mama dia ada di rumah .
" masuk la , jin hye tak sihat "
" eung ? yeke ? "
Kami berdua terus berlari masuk ke dalam rumah Jin hye . Mama jin hye tidak kesah kerana dia tahu memang kami berdua sahaja sahabat baik anak nya .
━━━━
" aku taknak makan ubat , tak sedap "
" ish kau ni degil la jin hye , namjoon tak suka au perempuan tak makan ubat ni "
Jin hye terdiam . Riak wajahnya seperti sedang terfikir .
" haaa dalam tu ada ubat , amik kan weh , cepat aku nak makan ubat ni "
So hee yang terbaring di sebelah Jin hye itu memaki - maki Jin hye .
" er dasar "
" jual nama namjoon , baru nak makan "
Jin hye hanya tersengih . Hari sudah mendung , pokok yang ditiup angin sayup kedengaran . Tidak lama hujan , sejuk ! .
" kenapa datang rumah aku ni ? ".
So hee memandang Min ji , dan kedua duanya senyum ke arah Jin hye yang masih lagi dalam keadaan bingung .
" jeng jeng jeng ! "
Sekeping tiket dikeluarkan dari poket seluar Min ji .
" eh apa tu ? "
Senyuman dari bibir Min ji dan So hee mati melihat kebodohan seorang sahabat baiknya itu .
" meh sini kasi aku tengok , kertas benda la korang bagi aku ni "
" bukan kertas lah setan ! "
Dahi Jin hye berkerut memproses sekeping tiket yang sedang dia pegang . Dia membelet - belet tiket tersebut .
" hm ? BTS TOUR , SEO- WHAT! "
Jin hye memandang wajah Min ji dan So hee yang gembira jin hye sudah tahu apa yang dipegangnya .
" ma-mana korang dapat ni ? "
" makcik hyewon aku belanja ! semalam ada seorang budak ni , dia jual 3 keping tiket , aku nak beli tapi takde duit , makcik hyewon aku dengan senang hatinya belikan 3 keping tiket ni untuk kita! "
Hati Min ji tiba tiba berasa sedih , mana taknya , mereka bertiga duduk di Seoul tapi hidup terlalu susah . Ada ke orang nak anggap diorang ni betul betul orang Seoul ? .
" termenung apa tu min ji ! "
Min ji menggelengkan kepalanya .
" kita kena get ready ni ! "
Mereka bertiga bersorak macam orang gila di dalam bilik , jin hye yang tadinya tidak sihat terus sihat bila dihulurkan sekeping tiket konsert .
━━━
" kau beli apa dekat dia Hye won ? "
" hm ? Tiket je "
" aku kata dah jangan belikan sampah sampah tu dekat dia , ikut karenah dia tu , sibuk dengan jantan jantan tu buat apa! Belajar pun entah kemana "
Min ji yang dengar ibunya menengking makcik Hyewon hanya mampu sorok dibelakang pintu bilik . Tidak mampu untuk jejakkan kaki ke sana , mesti dia kena juga .
" kesian makcik hyewon "
Pintu bilik ditutup , min ji berjalan masuk ke bilik dan terus baring di atas katil . Selimut bewarna biru muda ditarik ke atas sehingga paras dada .
" eomma , jantan jantan yang eomma benci tu la buat min ji gembira , buat min ji ketawa , buat min ji .. hilang rasa tekanan "
Bebel Min ji seorang diri . Hanya keluhan yang keluar dari mulut gadis itu . Syiling putih ditatap penuh keasyikkan .
Nama Park Ji min masih lagi berlegar legar di kepala nya , memikirkan apa yang akan berlaku bila dia melihat Park Jimin dengan anak matanya sendiri .
" alangkah indah kalau dia notice kewujudan aku ? "
" alangkah indah kalau dia nampak aku , dia lambai aku , ha yela aku duduk belah hadapan sekali nanti , kalau dia tak nampak tak tahu la "
" yela , siapa je nak notice kewujudan Kim Min ji ni ! "
Bercakap dengan syiling memang tak puas nak lepaskan tekanan .
Dinding disebelahnya dia pandang .
Dinding yang menjadi penemannya sehingga dia tidur .
" park jimin , awak sayang saya? "
" hehehe , sayang awak! " jerit min ji .
Dinding itu diciumnya berkali kali , ya la dinding kesayangan yang dijadikan sebagai Park ji min .
Walaupun pertanyaan yang ditanya tadi tidak dijawab , tetapi dia hanya anggap bahawa dinding tu pun telah menjawab soalannya tadi sebagai Park Ji min.
━━━━
Hari paling bahagia buat ketiga tiga orang sahabat ini sudah tiba . Mereka duduk dihadapan sekali betul betul dekat dengan pentas .
" amik gambar weh !"
Click!
" aku tak sangka kita dah jejakkan kaki ke sini , ya tuhan kejap lagi diorang keluar apa aku nak buat "
Bebel So hee .
Min ji hampir mengalirkan air matanya . Pentas yang berada dihadapannya ditenung lama .
Kedudukan mereka bertiga adalah dibelakang 3 orang wanita yang betul betul berdiri disebelah pentas .
Nampaknya kedudukan mereka tidak akan berada jauh dari 7 jejaka itu nanti .
Jantung Min ji berdegup laju , mendengar sorakan dari Army yang menggemakan stadium membuatkan semangat Min ji semakin membara untuk menjerit sekuat hati bila konsert dimulakan .
Sabar min ji , Ji min keluar kejap lagi ! Jerit lah sekuat hati ! Kau nak menangis pun , nangis lah !
" sudah min ji , jangan menangis "
━━━
" Fighting ! "
7 jejaka itu bersorak di belakang pentas sebelum naik dan memulakan persembahan pertama , Dionysus .
Diikuti dengan ketua kumpulan , Rap Monster .
Dan seterusnya , Kim seok jin , Min yoongi , Jung hoseok , Park Ji min , Kim Taehyung , Jeon jungkook .
" omona Jungkook oppa!!!!! "
" ahhhhhhh Kim Namjoon !!! Saranghae!!!!!!!! "
Hanya aku yang terdiam lagi , mereka semua sudah bersorak gembira . Aku tidak tahu kenapa , hati aku berasa gementar untuk melihat mereka .
Mata aku dipejamkan sejenak .
Tidak lama kemudian , kedengaran nyanyian lagu Dionysus dimainkan , mata aku terus dibuka .
Nafas aku ditarik sedalam dalamnya .
Yang ada depan aku sekarang ni ialah , Park Ji min .
Sangat dekat . Dia betul betul dihadapan aku . Tariannya yang seksi membuatkan aku hilang kawalan .
Tetapi aku masih lagi berdiri seperti tunggul , mata aku menyaksikan setiap gerakkan tubuhnya .
Air mata aku mengalir . Buat pertama kalinya aku melihat seorang idola dunia yang aku mahu , yang aku sayang ada depan mata aku .
" p-park ji-ji min "
Lagu Dionysus sudah tiba dipenghujungnya , mereka berlari lari dan enjoy dengan lagu itu di atas pentas .
Mata aku tidak lekang dari melihat Park Jimin bergembira di atas pentas .
━━━
Macam biasa aku akan enjoy konsert dekat Seoul ni . Penat . Baru satu lagu aku dah tercungap cungap .
Aku berhenti sekejap dan berdiri sambil melihat sorakan Army yang bergema di stadium ini .
Indah . Sangat indah . Terlalu cantik Army bombs yang dipegang oleh ribuan Army itu.
Konsert menjadi semakin liar, tersenyum aku melihat Army yang menangis selak kediri.
Sekali sekala otak aku ligat cari jodoh, biasanya pergi mana-mana konsert tak jumpa yang aku nak. Mana tahu disini dapat jumpa yang aku nak, kan?
Melilau-lilau mata aku mencari seseorang yang boleh menarik perhatianku.
Mata aku tak boleh pergi jauh . Pening kepala melihat beribu ribu orang disini .
Satu , dua , tiga .
Ada seorang gadis yang amat menarik perhatian aku .
Gadis bertubuh genit itu menarik perhatian aku.
Comel.
Mata aku bertembung dengan mata dia, terkejut gadis itu. Mungkin aku yang dia suka.
Aku pelik , dia berdiri disitu sambil menggenggam kuat lightstick di tangannya .
Air matanya sedang laju mengalir . Mata aku tidak lekang dari melihat muka kecil dia .
Cantik . Simple paling penting .
Pakaiannya yang terlalu biasa itu lagi menambahkan minat aku terhadapnya .
Dia lansung tidak bergerak . Matanya yang penuh dengan air mata hanya melihat mata aku yang sedang asyik melihatnya .
Dia perasan tak aku ?
Senyuman terlakar di bibirnya .
Tangannya diangkat lalu melambai aku yang sedang terpikat dengannya .
Bibir aku juga melakar senyuman manis buatnya . Tangan aku diangkat lalu membalas lambaiannya .
Comel .
Sangat comel .
Aku rasa , aku mungkin dah jumpa jodoh aku di sini ? .
Jangan risau seorang gadis , seorang army yang telah dinotice oleh Park Ji min , kau dah pun menjadi permaisuri pertama yang sedang duduk bertakhta dia hati Park ji min .
Jangan risau , aku akan sentiasa pandang kau , aku akan sentiasa notice kau sehingga konsert ni habis .
- tbc
Okay ke tak ?
Komen please ?
Gigih cari idea ni .
Huk huk .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro