o n e
Kim seokjin! Kim namjoon! Min yoongi! Jung hoseok! Park jimin! Kim taehyung! Jeon jungkook! BTS!
Tidak dapat diungkapkan cinta aku kepada tujuh orang lelaki yang selamatkan aku dari mati dalam tekanan.
Kesedihan yang menghujani jiwa aku dari tahun pertama aku meminati mereka sehingga sekarang tidak terubat.
Aku duduk bersama ibu dan ayah aku. Mereka sering bertengkar disebabkan duit perbelanjaan yang tidak mencukupi untuk sara hidup.
Malam aku berteman kan kesayuan, siang aku bertemankan kesepian.
Walaupun kesayuan dan kesepian menghantui aku , malah masih ada yang sentiasa menjadi pengubat kesayuan dan kesepian aku.
Park Jimin. Lelaki berusia 24 tahun itu dan juga salah seorang ahli BTS diantara lelaki lelaki pujaan aku.
Aku pilih Park Jimin. Senyum dia, masih tidak boleh aku bayangkan. Betapa manisnya senyuman itu , dan lansung tiada pahitnya senyuman itu.
Malam, aku bersama dinding kesayangan.
Siang, aku bersama 7 orang lelaki itu.
Dinding kesayangan yang aku anggap sebagai Park Jimin. Kedengaran pelik bukan?
Tapi sebenarnya, fakta dalam hidup aku.
Aku miskin. Aku sedih sebab aku tak punya apa apa nak tunjuk dekat orang supaya mereka tahu aku ni peminat betul BTS.
Disebabkan aku tak punya apa apa barang , mereka anggap aku sebagai peminat palsu. Palsu.
Tapi, aku tak kesah. Sebab ini bukan cara aku tunjukkan kasih sayang aku dekat mereka. Cukuplah aku mencintai mereka sepenuh hati aku. Selagi aku boleh, aku buat.
Kembali kepada dinding kesayangan dimana tempat yang aku sentiasa cium.
Ya. Aku cium dinding pada setiap malam.
Kenapa? Sebab aku anggap dinding tu Park Jimin. Teman aku setiap malam bagi menggantikan kesayuan aku.
Aku sayang dia. Aku nak dia tahu yang aku cintakan dia. Tapi sayang , aku lansung tidak pernah berjumpa dengan dia. Lagi susah, untuk mengucapkan kata kata cinta dekat dia.
Sebab? Aku kena fikir , bukan aku je yang bernasib macam ni. Berjuta juta peminat pernah bertemu mereka, malah mereka juga mungkin dapat mengucapkan kata kata cinta kepada dia.
Aku mahu dia. Aku mahu jadi teman wanita dia. Aku bayangkan aku ialah teman wanita dia. Yang dia peluk cium.
Aku juga tahu , berjuta juta orang mahu menjadi teman wanita dan isteri dia. Tapi, aku berharap aku menjadi peminat yang paling beruntung seumur hidup aku. Aku harap aku dapat dia. Aku harap.
🌼
" Woi Kim Minji! "
" Kau nak apa ni? "
Dua orang sahabat yang sentiasa ada dengan aku ketika sunyi. Kang So hee dan Ahn Jin Hye.
Mereka pun senasib dengan aku. Bezanya, So hee mahukan Jungkook. Jin hye mahukan Namjoon.
Setiap hari, aku dan dua ketul potato ni berazam , kumpul duit nak pergi konsert kononnya. Tapi duit yang dikumpul diakhiri dengan kedai makan tepi jalan.
Habis. Lesap sebab makan banyak sangat.
Tidak sempat untuk mengumpul. Sudah terang lagi bersuluh , kami bertiga ni bolos orangnya.
" jom lah pergi makan, lewat dah ni ". Ajak jin hye yang sudah menggosok gosok perut menandakan sudah lapar.
" kau bawak berapa ringgit harini ? " tanya aku kepada jinhye dan sohee.
" aku bawak 3 ringgit, sohee bawak 3 ringgit juga, kau? "
Perlahan-lahan aku mengeluarkan 4 ringgit dari poket aku.
" aku... aku bawa 4 ringgit!!! Cukup 10 ringgit dah weh! "
Kedua - duanya bersorak. Jika tidak cukup 10 ringgit di sekolah, malah kelaparan menghantui kami bertiga sehingga waktu pulang.
Kami bertiga berjalan ke kantin. Beli 3 mangkuk mee sup yang sedap ya amat. Tiga suduh penuh sambal aku letak dalam meesup , kasi pedas!
Langkah kami bertiga terhenti. Melihat kelas 5 pertama berpusu pusu keluar daripada kelas.
" matilah kita, cari meja cepat! "
Mana tak macam ni, musuh kami dari kelas 5 pertama mungkin akan buli kami sekali lagi jika tidak mencari meja mereka untuk makan.
" mana ada meja dah ni, bla lah weh ! Kita makan tempat lain! ".
Sohee yang sudah ketakutan melihat Sora yang sudah dekat dengan kawasan kantin itu cepat mengajak lari.
Shin Sora. Musuh paling ketat kami bertiga. Dia juga antara pelajar paling kaya di sekolah ni.
Macam mana jadi musuh?. Disebabkan dia sendiri.
Diri aku yang miskin ni sentiasa dikecam dicaci dimaki dihina oleh orang kaya Shin.
" orang miskin! ada hati nak jadi yeochin jimin! "
" muka macam penyamun! Jimin pun tak pandanglah!"
" apa je kau ada?! takde apa apakan? "
" kau ingat jimin nak ke peminat macam kau ni?! Yang lansung tak pernah pergi konsert, barang BTS pun takde! "
Kata kata yang menghentam aku 5 bulan yang lalu kembali semua diingatan.
" jom lah min ji!! ". Kami bertiga berjalan tinggalkan kantin bersama meesup.
Kuah - kuah meesup yang hitam jatuh sepanjang kami jalan. Akhirnya hanya separuh yang tinggal didalam mangkuk.
" mee aku dah takde sup! "
" hahahahaha, aku dengan sohee pun dah takde sup "
Kami bertiga gelak apabila teringatkan kejadian tadi. Tumpah tumpah sup sebab nak larikan diri daripada si kejam tu.
" emmm , so hee , jin hye. korang pergi ke konsert bts nanti ? "
Aku tahu kami bertiga ni senasib , cuma nasib aku je yang agak teruk sedikit. Semiskin - miskin mereka , ada lah juga keychain bts.
" poket aku kosong la , min ji "
Kata jinhye. Sohee disebelah mengangguk dengan apa yang dikata oleh Jin hye .
" aku nak jumpa Jimin hm "
" ala aku pun nak jumpa jungkook "
" aaaaa aku nak jumpa namjoon! "
Masing masing berhenti dari menyuap mee ke mulut. Kesepian datang menghantui kami bertiga. Sudah tentu , Sohee tidak akan membuka telefon bimbitnya pada hari konsert dijalakan.
Risau kawan - kawan sekolah post gambar mereka di konsert melalui instagram.
Bila ajak kumpul duit , pasti salah seorang akan ajak pergi makan dekat kedai tepi jalan. Alasan , aku cravinglaa .
Disebabkan sahabat , masing - masing rasa kesian. Dan berakhirlah dengan makan bakso tepi jalan , duit melayang. Maka , hilanglah , JIMIN , JUNGKOOK , DAN NAMJOON !.
- TBC.
Tak yakin sebenarnya nak publish part ni. Rasa tak best lah pulak. Takpe , baru bab 1 , teruskan membaca barulah best!
💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro