f i v e.
━━━━━━━༺۵༻━━━━━━━
" min ji ! bangun! "
Mengelamun aku bangun dari tidur apabila dengar jeritan eomma dari luar bilik. Mahu tercabut jantung.
Mata yang layu segera aku gosok. Kabur mata aku sebab penuh dengan taik mata. Tak cukup tidur , aku ingat habis sekolah boleh lah tidur dua tiga hari.
" omma! mana sekolah dah! "
Jerit aku dari dalam bilik. Mana tahu omma kejut sebab dia ingat harini sekolah lagi. Dah jadi rutin dia setiap hari kejut aku yang memang susah nak bangun tidur.
" makcik kamu nak datang harini! "
Makcik? Makcik mana satu? Makcik yang lahir dekat Ilsan ke makcik yang lahir dekat Busan?!!
" Ilsan ke Busan?!! "
" Busan!!! "
Busan?!
Aku segara bangun dari katil dan mencapai tuala biru muda. Kaki aku melangkah laju ke dalam bilik mandi.
Makcik Hye won! Adik omma nak datang!
Aku gembira bila dia datang , dah 9 tahun dia tak balik Korea kerana bekerja di Australia.
Makcik Hye won masih muda, baru 31 tahun. Tiada suami lagi , duit banyak.
Ada chance ke aku nak mintak dia belanja aku pergi concert BTS nanti?!
Itu pun kalau boleh , mesti tiket dah laris dijual.
Sesuai mandi, aku keluar dari bilik mandi.
Pintu almari aku buka , memilih baju yang sesuai.
Tiada baju yang menarik aku ada dalam almari ni , biasa aje.
Setelah memakai baju yang dipilih , aku segera turun dari bilik.
Makcik Hye won dah sampai rupanya! Dia menyapa dengan senyuman apabila melihat aku berlari turun dari tangga.
" hai sayang! "
Tubuh yang tinggi itu aku peluk dengan erat. Sudah lama tidak ketemu , 9 tahun bukan sekejap.
Aku masih ingat dia beli macam macam untuk aku masa aku gian nak mewarna dan menulis.
Sekejap je berlalu , sekarang aku dah habis sekolah , tak lama dah nak bekerja. Bila dah bergaji , aku pula belanja dia.
" rindu makcik tak?! "
" mestilah rindu!!! "
Omma hanya tersenyum melihat kami berdua. Perangai omma masih tidak boleh diubah , dia lansung tidak melayan adiknya yang datang malah hanya duduk di sofa menonton televisyen.
Bersalam tidak, peluk pun tidak hanya senyum macam kerang busuk di atas sofa.
Appa pula masih belum pulang , omma lansung tidak risau.
" kak , saya nak bawak Min ji jalan jalan , boleh kan? "
" pergila , tak balik pun takpe "
Senyuman Makcik Hye won terus pudar mendengar kata kata kakaknya yang bukan seperti seorang yang sedang bergurau. Kata-katanya bersama riak wajah yang serius mendatangkan perasaan yang tak senang dalam diri Makcik Hye won.
" jom , min ji "
Aku hanya mengangguk dan terus keluar dari rumah.
━━━
" nak naik kereta , atau jalan kaki je ? "
" jalan kaki la hehehe "
Min ji lebih biasa berjalan kaki daripada naik kereta. Boleh ambil angin semasa berjalan kaki.
Walaupun penat , tak ape janji sihat.
Sedang kami berjalan , ada sesuatu yang buat Min ji tertarik.
Tangan Makcik Hye won dia tarik sebelum Makcik Hye won meneruskan langkah.
" waeyo ? "
Tanya makcik hye won pelik dengan Min ji.
" t-tu "
" hah?
Makcik hye won hanya mengikut min ji.
" a-apa ni ? "
Rupa rupanya ada seorang gadis yang berdiri di sebelah restoran menjual tiketnya kepada sesiapa yang mahu.
" tiket untuk konsert BTS nanti! awak nak beli tak? saya jual dengan harga 250 je!"
Berkelip kelip mata min ji mendengarkan harga yang tak berapa nak 'durian runtuh' sangat.
" hm mahalnya, hehe takpela terima kasih "
Kata Min ji lalu menunduk hormat kepada gadis itu.
Makcik Hye won hanya melihat riak wajah Min ji yang murung tak tentu arah.
Langkah Makcik hyewon terhenti kerana tak senang melihat wajah muram min ji.
" kenapa ni ? "
" takde apa la Makcik , jom kita makan aiskrim! ".
Min ji laju menarik tangan Makciknya tetapi tangan Makcin hye won lagi laju menarik tangannya semula.
" kamu nak tiket tu? "
Mata min ji membulat. Tiba tiba tanya , makcik hye won nak belanja min ji?
" hm nak, tapi kalau 1 dah mahal apatah lagi 3 "
" kamu nak 3 ? "
" yelah , untuk sahabat min ji hm takpa lah makcik, min ji takde duit nak beli "
Wajah sedih ditunjuk meminta belas kasihan. Hati min ji tidak habis habis ingin Makciknya belanja 3 keping tiket untuk konsert nanti.
Tapi tak mungkin dia nak beli 3 kan? Paling paling pun 1 tiket je.
" hm , jom makcik belikan "
━━━
" hm, jom makcik belikan "
Wait what?!
Terkejut beruk aku dengar yang makcik hyewon nak belikan aku tiket. Eh tak mungkinlah , mimpi kan?
Aku tak pernah jumpa BTS , barang pun takde , semua lah takde.
Tiba tiba je pergi jumpa BTS , kira untung ke aku kali ni?
" hah?! "
Makcik Hye won membelikan aku 3 keping tiket untuk Jin hye dan So hee.
Kalau aku tunjuk tiket ni dekat diorang, mesti diorang gembira!
Tak sangka aku akan jumpa BTS , dengan tak sengajanya , air mata aku mengalir semasa Makcik hye won menghulurkan 3 keping tiket kepada aku.
Miracle?
Aku tidak pernah menangis sekuat hati di tengah tengah orang ramai , Makcik hye won memujuk aku kerana tidak tahan malu
Kalau korang sendiri pun terkejut dapat pergi ke konsert idola yang korang sayangkan?
Aku nak jumpa Jimin , kalau boleh aku nak dia tahu aku sayang dia lebih dari segalanya. Ya, walaupun Army yang lain sama taraf saja sayang mereka kepada Jimin.
Tiba tiba saja jantung aku berdegup laju. Ligat otak aku memikirkan apa yang patut aku pakai masa konsert nanti.
Lightstick aku takde, takkan nak mintak makcik Hye won lagi? Aduh kalau boleh nak je aku mintak sekarang , tapi takpela aku tunggu dia tanya.
" nak pergi mana? Makcik dah lupa jalan jalan dekat Korea ni hehe "
Aku hanya tersenyum. Kedua dua bahu aku diangkat tanda tidak tahu lagi kemana mahu pergi.
" hm minji nak apa apa cakap je, makcik belikan "
Mata aku terbeliak sekejap. Kalau yang mahal sikit boleh tak?
bongok min ji, cakap jelah! nanti menyesak tak sudah!
" Lightstick "
Sepatah saja aku jawab , tu pun harap dia faham lightstick tu apa.
" BTS ? "
Makcik makcik sekarang pun Army gais , aku bangga sekejao makcik Hye won faham.
Aku mengangguk laju! Mohon belikan untuk Min ji , makcik
" ah... kalau pergi konsert mesti kena ada lightstick nya kan? "
" yes!! "
Teserlah muka yang comel aku. Apa lagi buat muka bodek lah apa lagi! Belikan please?
'Dia mana lah dengar, haiya Kim Min ji! '
Kepala aku ditepuk laju. Menampar diri sendiri sebab kebodohan yang datang tiba tiba harini amat menyakitkan hati.
" sebenarnya , ada je lightstick BTS dekat rumah makcik "
" makcik hyewon minat BTS ke?!! "
Mana tahu gais kalau betul kan hm hm.
Kepalanya digeleng.
" hahahaha taklah! kawan makcik minat BTS , makcik beli dengan dia lightstick tu sebab lampu dia lawa , makcik buat hiasan aje masa dekat Australia dulu "
Aku mengangguk tanda faham dengan ceritanya. Kalau betul dia Army , memang aku akan habiskan masa aku berborak pasal 7 jejaka kesayangan aku tu!
" esok Makcik balik Busan , makcik ambil ya? "
" okay! "
Gembira tak dapat diucapkan melalui kata kata , aku sedang merasa bertuah seumur hidup saat ini.
Tak sangka aku akan menjejakkan kaki ke konsert BTS untuk kali pertamanya.
Masih ada seminggu lagi sebelum konsert diadakan.
Berdebar rasa di hati. Nervous. Aku nak jumpa BTS gais!
━━━
Hanya aku seorang yang ada di dalam bilik latihan. Latihan untuk lagu Serendipity. Hampir setengah jam aku habiskan untuk satu lagu , ahli lain semuanya sudah keluar.
Sudah berpuluh kali aku perform lagu ni , tapi masih ada yang salah.
Tidak lama kemudian , 4 orang hyung masuk tanpa si taekook.
" tak habis lagi ? "
Tanya Namjoon yang sedang membela topi yang dipakai.
Aku menggeleng dengan nafas yang masih lagi sedang dihembus keluar. Aku tak pernah rasa seletih ini.
" mana taekook? "
Tanya aku , biasalah tinggal sekejap aku dah rindu dua ketul potato tu.
" tak habis makan lagi "
Jawab Hoseok.
" Hai gais!!! "
Panjang umur , baru sebut dah masuk.
" nah hyung , hyung mesti penat "
Jungkook menghulurkan sebotol minuman yang bernama Calpis. Memang fav!
Cal piss piss piss!
" gomawo~ kookie~ "
Jungkook senyum menampakkan gigi arnab dia!
" gais , tae rasa tae nak cari jodoh lah masa dekat konsert nanti "
Kata Tae yang sudah membayang bayang wajah wajah Army.
" tae nak bercinta dengan Army ?"
" eh mestilah! "
Memang kalau boleh kamu bertujuh nak berkahwin dengan Army yang disayangi! Ececece , ada ke yang sesuai dengan cita rasa akh nanti?
Aku kena bulatkan mata aku sebulat bulatnya , prepare nak usya Army yang boleh dijadikan pasangan sehidup semati nanti.
" jimin hyung suka yang macam mana? "
Tanya Jungkook yang sedang membaling baling botol mineral bersama Taehyung.
" yang simple! "
Memang aku suka yang simple dari yang nampak macam lux.
Kalau dapat sorang , tak yah cakap memang puas! Tu je yang aku nak , simple!.
Aku nak orang biasa , yang pemalu! Yang comel pun aku nak!
Bila dah sayang , semuanya ada dekat orang tu.
Cantik comel baik semuanya dia.
Tengokla kalau nanti ada yang berkenan!
Semoga Park Jimin berjaya mencari jodoh!
-tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro