Part 7
“ Kita dah lama berkawan. Kau ingat aku mampu bertahan selama mana? Aku cintakan kau. ”
Junmyeon dikejarkan ke hospital sebaik sahaja pengsan tadi. Irene menolong menolak katil yang membawa Junmyeon masuk ke wad kecemasan. Setiausahanya, Seulgi turut berada disana sebaik sahaja dihubungi oleh Irene.
"Macam mana boleh jadi macam tu?" soal Seulgi.
Irene menggeleng tidak tahu. Dia duduk disalah satu kerusi diluar wad.
Tak lama kemudian, Jongdae dan Sehun pula tiba serentak. Mereka dimaklumkan oleh Seulgi sebentar tadi. Jongin tersengih memandang Seulgi manakala gadis itu tidak menghiraukannya.
"Junmyeon macam mana?" soal Jongdae, risau.
Kedua lelaki itu merenung Irene yang nampaknya memancarkan wajah tidak bersalah. Dia kelihatan tenang sahaja.
"Doktor belum keluar," jawab Seulgi.
Sehun menjeling Irene seolah-olah gadis itu adalah musuhnya. Dia duduk berhadapan dengan Irene diikuti oleh Jongin. Seulgi duduk disebelah Irene, bosnya manakala Jongdae mundar-mandir dihadapan wad kecemasan.
"Ini mesti ulah kau lagi," ujar Sehun. Menyalahkan Irene atas apa yang berlaku pada Junmyeon.
Irene menjeling manusia berwajah bengis dihadapannya ini.
"Kalau dia mati pun, tak ada kaitan dengan aku lah." balas Irene.
Sehun mengepal penumbuknya.
"Perempuan miskin tak kenal dek untung. Berterima kasih yang Junmyeon sanggup kutip kau lah. Kalau tidak, kau pun dah mati ikut kakak kau sekarang ni!" marah Sehun.
Irene berdiri. Semak rasanya berada dalam satu ruangan dengan lelaki sekufu dengan Junmyeon.
"Aku lagi rela ikut kakak aku lah daripada hidup dengan manusia-manusia macam korang semua. Orang kaya busuk hati!" balas Irene.
Dia melangkah meninggalkan wad kecemasan dalam keadaan marah. Seulgi cemas.
"Haish! Tuan Sehun!" marah Seulgi.
Terpaksalah dia kejar Irene, lagi. Kalau sehari je tak buat dia penat boleh tak? Entah masalah keluarga apa yang diorang tengah hadapi ni.
Irene menggunakan tangga untuk naik ke bumbung hospital. Dia tak mahu dirinya dikenali mana-mana manusia didalam hospital ini. Boleh kecoh kalau ada yang bertemu dia disini.
Dia menuju ke hujung bumbung dan berdiri disana memandang kota Seoul. Hari sudah pun larut malam.
Irene mengeluh. Dia tak puas hati dengan Sehun. Ada sahaja yang lelaki itu tidak puas hati dengannya. Nak sahaja dia tumbuk-tumbuk muka Sehun biar hilang sikit kesombongan lelaki itu.
Seulgi menutup pintu bumbung dan pergi kearah Irene. Dia turut sama menyendar pada penghadang dan merenung kota Seoul bersama Irene.
"Korang ni macam anjing dengan kucing. Asyik bergaduh je," ujar Seulgi.
Irene berdecit.
"Orang macam aku tak akan pernah dapat berbaik dengan golongan diorang, Seulgi." jawab Irene.
"Tapi bos berjaya tawan hati Tuan Junmyeon. Bukan mudah nak tawan hati orang kaya tau?" balas Seulgi. Irene tersenyum sinis. Seulgi tak tahu apa-apa lagi pasal kehidupan.
"Kau boleh beli apa-apa sahaja dengan muka, Seulgi." kata Irene sambil menunjuk pada wajah cantiknya. Seulgi mengangguk-angguk seperti burung belatuk.
"Tapi bos bukan cantik luaran je. Bos baik," kata Seulgi.
"Aku tak adalah baik yang macam kau sangka, Seulgi."
"Kalau bos jahat, budak-budak dekat rumah kebajikan tu tak adanya sayang pada bos. Diorang dah anggap bos macam kakak kandung diorang. Ahli keluarga diorang," ujar Seulgi.
Irene diam. Apa gunanya rasa sayang itu sekarang?
"Doktor dah cakap apa-apa ke?" Irene mengubah topik.
Seulgi memeriksa telefonnya. Mungkin doktor ada menelefonnya untuk memaklumkan keadaan Tuan Junmyeon.
"Belum. Unnie tak nak masuk ke? Kat luar ni sejuk," ajak Seulgi.
Irene mengangguk. Tangannya hampir beku sekarang. Dia naik ke sini pun sebab nak lepaskan marah kerana Sehun. Reda juga akhirnya setelah melihat keindahan bandar Seoul yang dipenuhi lampu-lampu itu.
Sebaik sahaja mereka kembali, dilihatnya doktor yang sedang berbual dengan Jongdae. Mereka kemudiannya menuju ke bilik doktor untuk penjelasan lebih lanjut. Irene dan Seulgi ingin mengekori namun dihalang oleh Jongin.
"Jongdae kata biar dia yang uruskan," kata Jongin.
Irene mengerutkan dahinya.
"Aku isteri dia," kata Irene, pula.
"Mengaku isteri dah ke?" sindir Sehun. Dia tersenyum sinis.
Irene menggulingkan bebola matanya, menyampah.
"Aku tak peduli pun lah pasal dia," ujar Irene.
Setelah itu, pintu wad kecemasan terbuka. Jururawat membawa Junmyeon keluar. Mereka berhenti sebentar disebelah Irene. Seulgi dan Jongin menunduk hormat kepada Junmyeon.
"Seulgi.." panggil Junmyeon.
Seulgi mendongak. Dia memandang sekeliling kerana takut tersalah dengar.
"Nae?"
"Ambilkan baju sejuk. Jangan biarkan Irene sejuk." ujar Junmyeon dengan mata tertutup. Keadaannya masih lemah.
Katilnya terus didorong menuju ke wad VIP. Irene memerhati sahaja tanpa berperasaan.
Seulgi memerhati Irene. Telinga gadis itu merah kerana kesejukan. Tak sangka Junmyeon boleh nampak dengan keadaannya tadi.
Seulgi pantas berlari untuk mendapatkan baju sejuk didalam kereta.
Irene, Sehun dan Jongin menuju ke bilik rawatan Junmyeon. Mereka memerhati jururawat yang sedang memeriksa Junmyeon sebelum beredar. Lelaki itu sedang tertidur pulas diatas katil.
'Sebaik mana pun kau, aku tak akan pernah maafkan kau, Junmyeon.'
to be continued
mohon bersabar dengan watak irene dalam ni ❤
vote and comment ye anak-anak
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro