Part 59
sambungan episod 57
Sooyoung bangun pagi secara mengejut. Wanita itu memandang sekeliling dengan mata yang kabur. Dia memandang pula Ningning dan Jisung disebelahnya. Mereka berdua masih lagi tidur bersama appa kesayangan mereka, Sehun.
Sooyoung terus bangun pergi ke bilik tetamu dimana sepatutnya dia dan Sehun tidur semalam. Disebabkan budak-budak tu ajak main semalam, mereka sampai tertidur dekat ruang tamu. Boleh pula Wendy dan Chanyeol hamparkan toto.
Makin seronoklah dan tak ingat dunia la lepas main sebab boleh terus baring. Ditambah lagi lewat makan malam, makin penat adalah. Sooyoung perlu mandi secepat mungkin kerana ingin menyediakan susu buat Jisung dan Ningning.
Sebentar lagi, ahjumma akan datang untuk menyediakan sarapan pagi. Ada eloknya Sooyoung tolong memandangkan dia cuma menumpang disini. Sooyoung mencium baunya yang agak busuk itu kerana berpeluh semalam. Nasib baiklah Sehun tak mengadu dia busuk.
Kalau tidak, tahulah nasib Sehun.
Sooyoung mandi seperti biasa namun dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Sooyoung abaikan sahaja.
Sementara itu, Wendy pun dah terbangun kerana ditendang Renjun pada muka. Wendy mencubit Renjun kerana geram dan mengubah kedudukannya kearah Chanyeol. Pandang sahaja suaminya, terus dia menjerit sehingga menyebabkan yang lain terbangun.
"Apa bising-bising ni?" soal Jongin, mamai.
"Cha-Chanyeol! Siapa yang conteng muka dia?!" soal Wendy, terkejut. Chanyeol terus bangun dan menilik dirinya dihadapan cermin. Kini, dia pun turut sama menjerit.
"YAHHHH!! RENJUN KAMU KE YANG BUAT?! CEPAT MENGAKU!! KENAPA BUAT MUKA HENSEM DADA MACAM NI!!" marah Chanyeol.
"Janganlah salahkan anak! Renjun nak tidur ni," ujar Wendy, melindungi anaknya. Chanyeol merengek. Seketika, Sooyoung keluar dengan jeritan pontianaknya.
"OMMAAA!! SIAPA LETAK PEWARNA RAMBUT DALAM SHAMPOO AKU!! OH SEHUNNN!!"
Sehun terperanjat sehinggakan terjatuh ke belakang. Terkejut dia saat melihat rambut hitam Sooyoung kini berwarna neon hijau. Semua yang berada diruang tamu jugak terkejut.
"Omma bila colour rambut? Tak ajak pun?" tanya Ningning, polos. Sooyoung ternganga. Rambut kesayangannya dipegang.
"Andwaeeee!!! Rambut akuuuuu.." ujarnya dramatik dan terus terjatuh seperti saat Cinderella dipaksa mengelap lantai.
"Peduli apa rambut kau. Nanti colour lah balik. Ni hah muka hensem aku siapa nak ganti?!" jerit Chanyeol.
"Yeol jangan jerit boleh tak?" pinta Wendy. Dia mendukung Renjun untuk membawa anaknya itu tidur didalam bilik namun tak sengaja terjatuhkan Renjun saat melihat keadaan Jongin.
"OMO! JONGIN! RAMBUT KAU!!"
Semua mata memandang Jongin sekarang. Lelaki itu menyentuh kepalanya dan pelik saat merasakan ada sesuatu yang sejuk disitu. Dia datang menghadap cermin dan tak semena-mena, pengsan.
"Aku..botak.." kata Jongin sebelum tak sedarkan diri.
Wendy, Chanyeol dan Sehun meneguk liur mereka. Siapa punya kerja ni? Ada orang nak merompak ke?
"Kejap-kejap. Ni rancangan korang berdua ke hah? Asal korang berdua je yang tak kena?" soal Chanyeol, curiga kepada Sehun dan Wendy. Sehun dan Wendy terus menggeleng laju.
"Tak! Aku tak tahu apa-apa, sumpah!" jelas Sehun.
"Ya. Saya tak tahu apa-apa pun," jawab Wendy pula. Mereka terdiam sebentar.
Sehun mendekati Sooyoung dan perlahan-lahan ingin membantu gadis itu bangun. Isterinya itu masih lagi dengan drama dramatiknya dan berpura-pura ingin pengsan juga.
"Saya pergi ambik kain lap muka awak. Tunggu sini," ujar Wendy kepada Chanyeol. Chanyeol mengangguk. Harap-harapnya bukan pen permanent lah.
Namun, sebaik sahaja Wendy melepasi ruang tamu, bunyi loceng terus berbunyi. Sepertinya, Wendy dah melanggar sesuatu. Tak semena-mena lagi, Wendy disimbah dengan air berwarna coklat sehingga membuat Chanyeol, Sehun dan Sooyoung tergamam.
Tak cukup dengan itu, sebakul bulu ayam dituang lagi ke badannya, menjadikan dia monster yang biasanya ditakuti anak-anak.
Chanyeol cuba mendapatkan Wendy dan dia tak sengaja tergelintir sehingga hampir melanggar isterinya itu. Celah kangkangnya terlanggar bucu meja. Chanyeol menjerit kuat.
Wendy pula perlahan-lahan menoleh kearah mereka bertiga. Sehun dan Sooyoung dapat melihat stim panas yang keluar dari telinga Wendy.
"Kalau aku dapat siapa yang buat ni.. Aku tak akan segan-segan, campak korang dalam laut.."
...
"Bahahahahaha!!!"
Irene dan Junmyeon tergelak saat melihat adegan tersebut melalui CCTV. Mereka awal-awal lagi dah cabut pergi syarikat sebab tak mahu kena tuduh.
Semalam, mereka bersusah-payah menyediakan perangkap tersebut untuk mengenakan rakan-rakan mereka itu. Padan muka.
Irene dan Junmyeon pun dah angkut Yerim, Jaehyun dengan Minjeong lari bersama. Biarlah yang lain-lain tu tinggal dekat rumah dan bersihkan sendiri kekotoran yang mereka buat.
"Habistu yang, kita nak balik ke tidak ni nanti?" tanya Junmyeon. Irene menggeleng sambil tergelak lagi.
"Nanti-nanti. Tunggu reda dalam seminggu dulu. Takutlah Wendy bila marah hahahaha," jawabnya. Junmyeon mengangguk setuju. Perempuan itu kalau dah marah, satu dunia dia boleh angkat.
"Habistu kita nak duduk mana ni?"
"Hotel lah. Mana lagi? Ke nak merempat?"
"Ouh okay. Saya book sekarang,"
...
Irene memerhati Junmyeon yang sedang bermain dengan anak-anaknya itu. Dia tersenyum. Junmyeon nampak begitu bahagia sekarang kalau nak dibandingkan dengan dulu.
Irene terfikir, kalau dulu dia siasat dahulu tanpa menuduh, agaknya dah lama mereka kecapi kebahagiaan ini.
"Buat apa tu?" soal Junmyeon kepada Irene yang sedang mengelamun itu. Anak-anak mereka sedang bermain sesama-sendiri ditaman hotel sekarang. Irene menyeluk tangan Junmyeon dan memeluknya erat.
"Ingat tak masa kita kahwin dulu?"
Junmyeon berfikir sebentar. Kepulan awan terus muncul diatas kepala mereka.
flashback
"Rene, tangan awak," panggil Junmyeon perlahan. Irene mengerutkan dahinya.
Jurunikah dijeling.
"Kenapa dengan tangan aku?" soalnya, garang.
"Saya nak sarung cincin, Irene." jawab Junmyeon, lembut. Irene menahan dirinya daripada berasa malu. Terus dia hulurkan tangan sehingga tak sengaja menumbuk perut Junmyeon.
Jurunikah pun terperanjat. Jongdae yang menjadi saksi hampir nak tergelak.
Selesai sahaja cincin disarungkan, Junmyeon cuba untuk membuka veil Irene untuk mencium gadis itu namun dia mengelak dan secara tak sengaja menampar Junmyeon. Jurunikah terus mengundur dan menjauhkan diri.
Jongdae ternganga. Perlahan-lahan telefon diangkat untuk merakam.
"I—"
"Kau jangan nak macam-macam! Kau siapa nak sentuh aku?!" marahnya.
"—rene.. Saya nak cium awak sebab—"
"Tak payah! Dah sah dah pun! Kan?!" jerit Irene sambil memandang kearah jurunikah. Terus lelaki itu mengangguk laju kerana takut.
"Kalau itu yang awak nak—"
"Bukan nak! Tapi memang patut pun! Dah tepilah!" Irene menolak Junmyeon sambil mengangkat baju pengantinnya untuk pergi dari sana dengan ganas. Dengan pantas, isteri Jongdae menghalang.
"Cik Irene nak pergi mana?" soalnya.
"Balik. Urusan saya dah selesai," jawabnya. Dia tidak berkasar dengan isteri Jongdae memandangkan gadis itu tidak ada kena-mengena dengan mereka.
"Balik dengan apa?"
"Teksi ada,"
"Pakai macam ni?"
Irene terus menunduk memandang dirinya. Terus dia mengeluh kasar.
"Hm. Marilah saya hantar naik kereta. Lagipun, cik akan tinggal dekat rumah baru,"
"Okey. Asalkan mamat tu tak ikut," bisik Irene. Isteri Jongdae mengangguk.
Junmyeon memandang Jongdae dengan wajah blur.
"Muka aku nampak macam penyangak ke?"
"Adalah sikit,"
end flashback
"Awak pukul kuat tahu tak? Sakit perut saya. Balik tu lebam tahu?" adu Junmyeon. Irene tertawa lantas mengelus perut Junmyeon, lembut.
"Maaf. Masa tu saya tak puas hati lagi dengan awak," ujarnya.
"Ingat tak masa kita tak duduk serumah tu? Awak ada bagitahu isteri Jongdae yang ada orang mengintip awak kan?"
flashback
Usai perkahwinan, Irene dan Junmyeon langsung tidak bertemu untuk hampir setahun. Irene tak mahu memandang Junmyeon setiap hari jadi Junmyeon putuskan untuk membeli sebuah rumah kepada isterinya itu.
Irene tinggal disebuah kampung bersendirian dan kadang-kadang isteri Jongdae akan menemaninya..Sepanjang berada disana, Irene selalu perasan yang ada seseorang memerhatinya dari jauh.
Kadang-kadang, orang itu akan menyamar sebagai penjual ikan kering, penjual surat khabar, ataupun postman. Irene perasan, tapi dia tak endahkan.
Sampai satu hari, Irene menyembur pengendap itu dengan spray lada dan menolaknya jatuh dari laluan bukit.
end flashback
"Itu saya tahu tak?"
Irene terkejut. Matanya membesar.
"A—awak?"
"Iya. Saya datang untuk periksa keadaan awak tapi awak yang benci saya. Terpaksalah saya menyamar," jawab Junmyeon.
"Omo! Lepastu awak okey tak?! Saya tolak tu kuat tahu tak?!" ujar Irene, risau. Dia memeriksa badan Junmyeon dengan gelabah.
"Iya saya okey. Nasib baik Jongdae ada sekat badan saya daripada tergolek-golek atas jalan tar tu. Tak ada luka pun. Pedih mata je," jawab Junmyeon. Irene menayangkan wajah bersalahnya. Dia terus memeluk Junmyeon, sedih.
"Mianhaeee.. Saya kan tak betul masa tu," kata Irene. Junmyeon mengangguk.
"Awak ingat tak masa saya masa sediakan candlelight dinner tu?"
flashback
Junmyeon tersenyum lebar. Masakannya menjadi kali ini setelah berkali-kali mencuba. Steak, resepi daripada Gordon Ramsay yang dia dapatkan secara personal itu akhirnya membuat chef lelaki itu berpuas hati dengannya.
Sebentar lagi, Irene akan pulang dan gadis itu pasti gembira saat melihat makanan dihadapannya. Seperti yang diagak, Irene pulang tepat pada masanya.
Junmyeon terus menyapa gadis itu dengan mesra. Dia menarik Irene kearah meja dan mempelawanya untuk duduk. Irene memandangnya jijik.
Gabus pada botol wain dicabut dengan tangan dan dituang ke dalam gelas. Irene terus menyimbah muka Junmyeon dengan wain tersebut.
"Kau ingat aku ada masa nak makan dengan pembunuh macam kau?!"
end flashback
"Serius lah saya buat macam tu?" soal Irene, rasa bersalah.
"Tapi tak apa. Wain yang awak simbah tu masuk sikit dalam pinggan dan buat steak saya lagi sedap," balas Junmyeon.
"Janganlah sindir," pinta Irene. Junmyeon tersenyum dan menarik dagu Irene, memandangnya.
"Mana ada sindir. Betul lah jadi makin sedap. Nasib baik awak tak makan sebab sebenarnya saya terlebih masak. Masin pulak tu," balas Junmyeon. Dia menarik hidung Irene, geram.
"Jun, ingat lagi tak masa..."
to be continued
next part episode last ^^
ke korang nak aku sambung sampai mengarut jadinya cerita ni 😂 bukan selalu aku buat cerita Surene 😂
tapi sambung dengan flashback yang aku tak masukkan dalam chapter2 sebelum ni lah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro