Part 58
FLASHBACK
Lima tahun yang lalu.
Irene berjaya juga melahirkan anaknya yang terakhir. Wanita itu akhirnya mampu untuk bertenang. Degupan jantung Irene juga semakin meningkat ke paras normal.
Dia memandang ketiga-tiga anaknya yang sedang dibersihkan oleh jururawat itu. Senyuman lelah terukir dibibir Irene. Jururawat datang membawa ketiga-tiga anaknya.
"Ini anak puan," ujar mereka. Irene terus mendukung ketiga-tiga dan hampir menangis. Mereka semua sedang menangis tapi tangisan itu kedengaran seperti lagu yang merdu ditelinga Irene.
"Comelnya diorang, puan. Dua perempuan, satu lelaki," ujar salah seorang jururawat. Irene mengangguk kecil.
Ketiga-tiganya nampak seperti versi mini dirinya saat masih kecil dulu.
"Suami saya—"
"Erk. Suami puan tengah dialihkan ke bilik rawatan. Sekejap lagi dia bangun lah tu dari pengsan," jawab mereka. Irene mengangguk. Dia memandang kearah doktor untuk mengatakan sesuatu namun tak sempat kerana dia juga pengsan.
...
"Sayang!! Mana diapers?!" jerit Irene sambil mengeluarkan Yerim dan Minjeong daripada tab mandi. Jaehyun melempar air kearah baju Irene sementara Yerim dan Minjeong dibersihkan.
"Kyahh Kim Jaehyun! Jangan sampai mami datang dekat awak!" ugut Irene. Anaknya sekarang sudah pun masuk usia dua tahun tapi perangai mashaallah.
Irene membalut badan Yerim dan Minjeong dengan tuala dan mendukung mereka keluar dari tandas.
"Junmyeon—"
Jeritan Irene terhenti saat melihat Junmyeon yang tertidur diatas katil itu. Terus Irene melempar Yerim dan Minjeong keatas Junmyeon untuk mengejutkan lelaki itu.
"Aduh!" Junmyeon menjerit kesakitan.
"Jagakan Yerim dengan Minjeong! Alamak Jaehyun jangan minum air mandian tu!!"
...
Irene terbaring diatas katil sebaik sahaja harinya berakhir. Anak-anak nampaknya sudah pun masuk tidur. Dia tak sangka yang kehidupan sebagai ibu bapa ini amatlah memenatkan. Bawah matanya sudah pun lebam kerana tidak cukup tidur.
Kalau satu, bolehlah dia tenangkan bila menangis. Ini sekali dapat, terus tiga, naik gila dia dibuatnya. Walaupun ahjumma ada untuk tolong, tapi lepas pukul tujuh, Irene kena buat semua sendiri. Ahjumma bukan bekerja sepanjang hari dan wanita itu juga sudah tua.
Junmyeon datang mendekati seraya memeluk Irene dari belakang. Irene mengeluh perlahan. Dah lama dia dan Junmyeon tak bermanja sebegini.
"Nak minum teh tak?" tawar Junmyeon.
"Tak nak. Saya penat sangat, mengantuk. Budak-budak tu susah betul nak tidur," adu Irene. Dia kembali memeluk Junmyeon sambil menayangkan wajah comel.
"Habistu? Nak hantar pergi rumah pengasuh?"
"Eh dah kenapa? Saya bukan kerja pun. Masih boleh jaga," jelas Irene.
"Mian. Saya pun jarang-jarang boleh jaga diorang dengan awak," kata Junmyeon pula. Lelaki itu menunduk ke bawah, rasa bersalah.
Irene terus mencium bibir Junmyeon sekilas lantas tersenyum.
"Tak apa. Bukannya awak abaikan diorang terus. Anak-anak masih ingat lagi awak setakat ni," sindir Irene. Junmyeon berdecit. Faham sangat maksud Irene.
"Nantilah saya ambik cuti. Kita bawak diorang pergi Jepun jumpa Aeri. Mesti seronok tu jumpa kakak sulung diorang," cadang Junmyeon. Irene mengangguk laju. Dia pun sebenarnya dah rindukan Aeri. Macam manalah keadaan Aeri disana.
Irene dan Junmyeon memandang satu sama lain dengan begitu lama. Tak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut mereka sekarang. Perlahan-lahan, kepala mereka mendekat. Tapi semuanya terbantut saat mendengar bunyi sesuatu jatuh dari bilik air.
Irene terus bangun untuk memeriksa. Buka sahaja pintu tandas, Irene menjerit sekuat hati. Itu membuatkan Junmyeon bergegas datang. Alangkah terkejutnya dia saat melihat Yerim yang sedang terbaring kaku diatas lantai dengan kepala yang berdarah.
Ditangan gadis itu, ada sebuku sabun yang mungkin menjadi penyebab dia jatuh. Junmyeon tak berlengah. Dia terus mendukung Yerim keluar dari sana diikuti oleh Irene.
"Pergi ambil anak-anak!" arah Junmyeon.
"Ta—Tapi Yerim—"
"Sayang pergi ambil anak-anak. Takkan nak tinggalkan dekat sini? Cepat!" tegasnya. Irene mengangguk laju. Matanya sudah pun berair sekarang.
Dengan pantas dia pergi ke bilik anak-anaknya dan mengejutkan Jaehyun dan Minjeong dari tidur. Dia terus mendukung mereka dengan segera dan meletakkan kedua anak kecil itu dikerusi belakang. Irene mengambil tuala lantas membalut badan Yerim dan mengambilnya daripada Junmyeon.
Lelaki itu terus memecut ke hospital sekarang. Irene mengusap pipi anaknya yang tidak sedarkan diri itu. Dia menangis.
Sebentar tadi, dia mengeluh kerana penat melayan mereka. Sekarang, salah satu dari anak-anaknya mungkin diambil semula. Irene menyesal. Dia tak mahu lagi berfikir tentang perkataan penat sekiranya berkaitan dengan anak-anaknya.
Sampai dihospital, Irene terus berlari membawa Yerim masuk ke sana terlebih dahulu tanpa menunggu Junmyeon. Dia menjerit meminta bantuan. Yerim terus dibawa ke unit kecemasan untuk dirawat.
"Yerim dah masuk ke?" soal Junmyeon bersama Jaehyun dan Minjeong. Anak-anaknya yang lain itu masih lagi mamai.
"Dah.. Jun kalau dia.."
"Yerim akan okey. Kita tunggu je dulu ye?" pujuknya seraya memeluk Irene.
Sejak dari hari itu, Irene selalu memanjakan Yerim dan tidak menghalang keinginannya. Dia juga menjaga Yerim dengan lebih teliti supaya Yerim tidak mencederakan dirinya lagi.
Jaehyun dan Minjeong juga sama. Setelah mereka dewasa, mereka selalu melindungi kakak mereka setelah mengetahui kisah ini daripada Irene. Walaupun selalu bergaduh, dalam diam Jaehyun dan Minjeong memerhati gerak-geri Yerim.
Kata doktor, kalau Yerim terlewat sedikit sahaja, mungkin dia sudah tiada didunia ini. Retakan pada kepalanya agak kuat untuk kanak-kanak berusia dua tahun. Ditambah lagi saat itu, Yerim sebenarnya sedang memakan sabun yang dia sangkakan buah kiwi.
Ini kerana bau dan rupa sabun tersebut mirip dengan buah kiwi. Jadi, Yerim keracunan dan terjatuh ke belakang tanpa sedar.
"Yahh Kim Yerim! Pass remote tu!" jerit Minjeong, geram.
"Yehh Kem Yerem. Pess remete teee.." ulang Yerim sambil menjelirkan lidahnya. Minjeong terus melempar bantal kearah kakak awal enam minitnya itu.
"Ishhh.. Mami tengok budak tak senonoh ni!!"
"Eeshhh.. Meme tengek bedek tek seneneh neee.. Hahahahahha.. Aduhhhh!!"
Jaehyun menarik rambut Yerim dan terus merampas remote tersebut darinya. Minjeong ketawa.
"Padan muka! Thank you abang— Aduhhh!! Mami papiii. Tengok anak pungut ni!! Sakittttt.."
Minjeong mengaduh kesakitan saat kepalanya dipukul dengan remote tersebut. Jaehyun tersedak saat menahan ketawanya. Mesti Minjeong ingat dia nak kenakan Yerim juga dan berada dipihak gadis itu. Sekarang, Yerim pun sangkakan yang Jaehyun berada dipihaknya.
"Nice shoottt.. Bagi aku— KYAHHH!!"
Dahi Yerim turut sama diketuk.
"Jaehyun.. Kamu tu satu-satunya perempuan antara kamu bertiga tahu tak? Layan lah adik-beradik kamu tu elok-elok," tegur Irene sambil bercekak pinggang.
"Sorry, mami," ujar Jaehyun, akur. Dia terus menyerahkan remote tersebut kepada Irene sambil memuncungkan bibir, merajuk. Irene tersenyum dan mengacak rambut anak lelakinya itu.
"Hensem anak mami,"
"Hehe. Sebab mami cantik, anak mami pun kenalah hensem. Bukan macam dua orang lelaki dekat sana tu."
Jaehyun menunding kearah Yerim dan Minjeong. Kedua gadis itu menjelirkan lidah kearah Jaehyun.
"Esok jangan lupa. Kita nak pergi melawat makcik korang," beritahu Irene.
"Makcik Inna ke?" tanya Yerim. Irene mengangguk.
"Mami selalu tak sempat nak bawa korang jumpa dia. Ini je masa yang ada sebab mami dah janji dengan dia," jelas Irene.
Jaehyun, Yerim dan Minjeong mengangguk. Kalau mami pun dah cantik, mesti Makcik Inna mereka lagi cantik kan?
...
"Unnie, Irene dah datang.."
Ujar Irene seraya mencangkung dihadapan kubur Inna.
Jaehyun, Yerim dan Minjeong memandang sesama sendiri sekarang. Junmyeon pula berdiri disebelah Irene. Dia memegang bahu Irene dan mengusapnya perlahan.
"Daddy.. ini kubur siapa?" soal Yerim.
"Ini kubur kakak mami kamu,"
"Makcik Inna? Yerim ingatkan—"
Yerim menekup mulutnya, terkedu. Jaehyun dan Minjeong pula menunduk. Mereka turut sama memberi hormat kepada mendiang Inna.
"Yerim-ah, Minjeong.. Jaehyun.. Kalau boleh, tolong jangan bergaduh lagi lepasni. Lagi-lagi pasal hal kecil. Korang kena sayang satu sama lain dan tak boleh benci satu sama lain. Faham?" pinta Irene. Mereka bertiga mengangguk.
"Mummy tak nak korang rasa apa yang mummy pernah rasa. Mummy tahu korang selalu cakap yang korang benci satu sama lain dekat belakang mummy. Mummy tau korang bergurau tapi, tolong jangan buat lagi. Hilang keluarga, tak ada gantinya. Jangan berdendam dengan adik-beradik sendiri. Dendam bukan penyelesaiannya," sambung Irene.
"Kitorang janji, kitorang akan jaga satu sama lain. Sayang satu sama lain. Mummy tak perlu risau,"
Mereka terus berpelukan disana. Junmyeon tersenyum. Dia terus menepuk-nepuk bahu anak-anaknya itu.
"Baiklah. Siapa nak pergi makan sekarang? Cukuplah sedih-sedih tu. Siapa nak tteobeokki?"
"SAYA!!"
THE—
:)
k. geli la mummy mummy ni 😂 dahlah penat aku
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro