Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 57

"Kau tak suka aku ke?" soal lelaki dengan hidung mancung itu. Gadis yang sedang membuat vlog ditepi kolam berhenti seketika seraya menjeling lelaki tersebut.

"Jauh lah! Mami tengok Jusung ni!"

"Yerim jangan menjerit. Kamu tu perempuan," ujar Irene sambil menggeleng kecil saat melihat anaknya yang sedang menolak Jisung jauh daripadanya.

"Auntie tak apa Injun ada untuk tolong Yerim," ujar Renjun seraya melindungi Yerim daripada Jisung dengan memeluk gadis itu.

Irene menoleh kearah Wendy yang kini sedang tersedak. Sedangkan Sooyoung sudah pun mencebik.

"Jisung! Apa kamu tak tarik Yerim! Cepat rampas balik!" Jerit Sooyoung, tidak berpuas hati. Dah macam nak rampas barang pula. Wendy berdecit. Terus dia menarik rambut Sooyoung, geram.

"Biarlah anak aku nak main dengan Yerim kau ni kan!"

"Ish! Yerim tu jodoh anak aku Jisung!"

"Yerim sebut nama anak kau pun salah inikan nak buat jadi suami! Jusung Jusung. Jisung!"

Sehun dan Chanyeol bertentangan mata seraya menjauhi kedua isteri mereka. Mereka berdua terus bangun perlahan-lahan dan pergi dari sana. Irene pula mengeluh perlahan.

"Eii kau ni kan! Nyesal aku tak bagi nama Winwin dulu! Ni asyik lostlost je ni!" marah Sooyoung.

"Sooyoung, awak tu muda lagi. Berkedut nanti kalau marah lama-lama," tegur Irene sambil menghirup tehnya. Sooyoung tersedak. Terus dia memegang wajahnya.

"Unnie! Dah ada kedut ke?!" soalnya pada Wendy. Wendy menilik wajah Sooyoung seraya menggeleng.

"Takdelah,"

"Unnie jangan tipu. Nanti kalau Sehun tak suka macam mana huaaaa.."

Maka bermulalah drama Sooyoung yang terpaksa dipujuk oleh Wendy. Irene menatap mereka dengan wajah datar.

Dia memandang pula ke luar rumah. Anak-anak mereka itu baru berusia dalam lima dan enam tahun sahaja. Jisung adalah anak tersulung diantara mereka. Itupun kalau Aeri dikecualikan. Nak fikir pasal cinta pun tak tercapai lagi. Emak-emak pula yang sibuk.

"Sayang, Jaehyun dengan Minjeong mana?" soal Irene kepada Junmyeon yang sedang menyiram pokok. Lelaki itu menunjuk kearah anak-anak yang sedang berada dibawah pokok, bermain masak-masak.

Jaehyun dan Minjeong sedang bermain bersama Taeyong, iaitu anak Seulgi dan Jongin.

"Ningning, buat apa sorang-sorang dalam gelongsor tu?" soal Irene kepada Ningning, seorang lagi anak kepada Sooyoung. Anak kecil itu sedang termenung didalam sana, memandang kekecohan yang berlaku. Anak Sooyoung yang seorang ini memang misteri.

"Merenung kegelapan dunia," jawab Ningning, sendu. Irene memandang ke langit yang cerah itu. Dia meneguk liurnya. Dah besar agak-agak suka black metal budak ni.

"Tapi.. sekarang tengahari, Ningning.."

Lupa pula nak perkenalkan satu-persatu.

Irene dan Junmyeon mempunyai tiga anak kembar sekarang. Dari urutan tersulung, Yerim, Jaehyun dan terakhir sekali Minjeong. Akan tetapi, walaupun lahir paling awal-tiga minit awal je-Yerim nampaknya yang paling terbantut. Sementara Jaehyun dan Minjeong membesar seperti zirafah.

Sooyoung dan Sehun pula memiliki dua orang anak. Berpasangan pula iaitu Jisung, si anak lelaki sulung dan Ningning, anak kedua. Jisung tak adalah berbeza sangat tahap kegatalannya daripada Sooyoung dan Sehun. Cuma, Ningning.. Erm.. Tak tahulah nak cakap apa. Mungkin ikut sisi gelap Sehun masa zaman kecik-kecik dulu kot. Misteri. Tapi dia montel seperti Sooyoung.

Wendy dan Chanyeol pula mempunyai seorang anak lelaki bernama Renjun. Renjun membesar sebijik seperti Chanyeol. Sweet sangat. Jangankan perangai, muka lagilah. Kadang-kadang mereka sampai pening bila tengok Renjun. Sekejap nampak macam Chanyeol, sekejap nampak macam Wendy. Hm, harapnya betul lah tak bergaduh dengan Jisung bila dah besar nanti. Kesian perempuan yang direbutkan itu, tak tahu nak pilih yang mana. Kalau perempuan boleh kahwin dua lagi bagus.

Seulgi dan Jongin pula, cakap sahaja tak mahu kahwin haritu. Alih-alih, mereka yang kahwin dulu. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Taeyong. Sekarang, Seulgi sedang mengandungkan anak keduanya. Katanya, kali ini perempuan.
Mereka masih dalam pemilihan nama sekarang.

Tamat sesi pengenalan.

Irene kembali ke dunia realiti. Dia datang memanggil anak-anak supaya masuk ke dalam rumah sementara hari semakin panas itu. Anehnya, mereka semua mendengar kata Irene lebih daripada ibu bapa sendiri. Takut agaknya.

'Mummy Irene garang, tapi kami sayang'

Itu sahaja yang anak-anak itu jawab bila ditanya pasal Irene. Jawapan itu membuatkan Irene selalu terharu. Dia tak sangka kanak-kanak akan begitu sukakan dia.

"Mami, Yerim nak pergi Hongkong nanti boleh tak?" soal Yerim seraya merangkak naik keatas paha Irene. Gadis comel itu sedang membelek gambar-gambar didalam kamera Canon terbaru keluaran tahun ini.

"Nak buat apa?"

"Nak tengok Gunung Everest. Rim nak buat vlog.." jawabnya. Irene hampir ketawa namun dia tahan.

"Gunung Everest dekat Arab Saudi lah Yerim. Ngarut kamu ni," ujar Seulgi yang baru sahaja bangun dari tidurnya. Sejak mengandung ni, dia cepat sangat penat. Cakap seminit pun dah lelah.

"Takkk.. Mama Ddeulgi tipu!! Mami mama ddeulgi tipu kan?!" jerit Yerim dan hampir-hampir memecahkan kamera tersebut. Irene terus memegang tangan Yerim supaya gadis itu tidak memberontak.

"Tak tak. Ya mama ddeulgi tipu,"

"Ehh sedap mulut kata aku tipu. Kau yang tak sekolah. Bluerrkkk!!" Seulgi menjelirkan lidah kearah Yerim. Serentak itu, Yerim menangis.

"Seulgi! Kan dah menangis budak ni!" marah Irene. Tak semena-mena, Seulgi pun menangis.

"La dah kenapa nangis pulak ni?" soal Irene, bingung.

"Irene unnie marah.. Isk.. Unnie benci ddeulgi.."

Taeyong yang melihat kejadian tersebut terus datang memeluk ibunya. Pipi Seulgi dilap dengan hujung bajunya.

"Mama jangan nangis. Tak cantik," ujar Taeyong.

"Eii budak comot ni! Dah lah busuk! Jonginnnnn!!! Ambik anak awak ni!"

"Mom, why are they shouting?" soal Renjun dalam bahasa cina. Wendy terkebil-kebil memandang kearah anaknya. Eh, anak dia bercakap dalam bahasa inggeris ke cina tadi?

"Diorang menyedihkan," jawab Ningning yang secara tiba-tiba muncul ditepi Renjun. Dia pun menjawab dalam bahasa cina juga.

"Yeol, bila anak kita dengan anak Sooyoung belajar bahasa cina ni? Awak ada skandal eh?! Hah!"

Renjun menginyakan sahaja apa yang ibunya jeritkan. Dia terus pergi dari sana sebelum Wendy memukulnya juga. Tak nak lah dia jadi macam dia punya dad. Badan je besar tapi takut dengan mom.

"Mami, kenapa bulan duduk jauh dari kita?" tanya Jaehyun sambil memeluk kaki Irene.

"Kenapa?"

"Sebab bulan tak sanggup menandingi kecantikan mami. Jaejae sayang mami. Nanti dah besar jaejae nak kahwin dengan mami," jawab Jaehyun sambil tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya. Seketika, dia mengingatkan Irene kepada Junmyeon.

"Jaehyun, siapa ajar?" tanya Sooyoung.

"Kenapa noona?"

"Nanti bagi pickupline dekat noona jugak eh?"

"Ai ai captain noona Sooyoung!"

Sooyoung menepuk-nepuk kepala Jaehyun, bangga. Ouh ya, Sooyoung seorang sahaja yang dipanggil noona ataupun unnie oleh anak-anak. Sebabnya, Sooyoung rasa dirinya masih terlalu muda nak dianggap seperti makcik. Apa kelas muka macam model tapi bersepah budak datang panggil omma. Malu dia.

"Nanti kita kahwin jugak eh, Jaejae," usik Sooyoung.

"Erm. Jaejae tak nak isteri ganas,"

krik..krik..

Irene menahan dirinya daripada ketawa sementara Sooyoung malfunction.

"Ehem-ehem. Sukanya melayan mami-omma-mama-NOONA dia," tegur Sehun seraya datang mendukung Ningning yang masih dengan wajah beku. Sooyoung menjeling tajam kearah Sehun kerana memerlinya.

"Sukalah. Papi yang ajar," jawab Minjeong sambil tersengih-sengih malu kearah Sehun. Ha sudah. Sooyoung mengerling kearah anak Irene itu.

"Aipp..Mata tu. Cabut kang! Pergi suka Taeyong!" marah Sooyoung. Minjeong terus menjelirkan lidahnya kearah Sooyoung.

"Dada Chanyeollll.. Papa Jonginnn... Jom main PS5.." ajak Minjeong. Dia terus menarik Chanyeol dan Jongin ke depan televisyen. Sooyoung mendengus kasar. Ada hati nak rebut suami kacak dia.

"Appa.. Mulut appa bau macam lipstick perisa kiwi omma.." ujar Ningning, dan masih dengan wajah datar. Sehun tersedak. Macam mana Ningning boleh bau ni?

"Eh. Mana ada. A-Appa makan buah kiwi je tadi-"

"Appa dengan omma bukan hilang sekejap ke tadi-"

"Hahahahaha.. Mana ada. Mana ada.. Dah-dah shuhh pergi main jauh-jauh! Anak sapa lah ni suka-suka duduk atas orang," arah Sehun dan terus menurunkan Ningning. Gadis comel itu terus tersenyum sinis. Berjaya juga dia lari dari pelukan ayahnya itu. Rimas.

"Korang ni tak habis-habis mengusik budak-budak tu. Padanlah diorang pun tak normal macam korang," rungut Irene. Kini, Jaehyun pula yang berada dalam dukungannya.

Anak lelakinya itu sedang menahan dirinya daripada tertidur.

"Eh saya normal eh. Chanyeol ni hah tak normal. Habis menurun dekat anak," jawab Wendy.

Irene menggeleng-geleng kecil. Dia mengambil kamera milik Yerim seraya merakam kesemua adegan keluarga itu. Dia tergelak saat melihat Yerim yang sedang menjadikan Junmyeon sebagai kuda mainan, sementara Ningning yang entah dari mana datang memukul punggung Junmyeon dengan tali.

Minjeong pula sedang diangkat ke udara oleh Chanyeol dan Jongin saat bermain virtual reality game. Jisung dan Renjun pula sedang menunggang motosikal kecil didalam rumah tersebut sementara Taeyong menjadi pengadil.

Kekecohan ini pasti akan bertambah sekiranya Aeri datang. Nasib baik lah Aeri dah masuk sekolah rendah di Jepun. Kurang sikit sakit kepala Irene. Cuma, mereka masih menghubungi satu sama lain setiap malam melalui Skype.

...

"Rene? Awak okey?" soal Junmyeon saat melihat Irene yang sedang mengurut tangannya setelah selesai mengemas tadi.

Irene menggeleng kecil. Mereka memandang keadaan ruang tamu yang dipenuhi manusia sekarang ini.

Sooyoung, Sehun, Wendy, Chanyeol, Seulgi, Jongin berserta anak-anak sleepover dirumah Irene dan Junmyeon hari ini.

"Diorang ni.. kecoh sangat.. penat nak layan," jawab Irene. Junmyeon tolong mengurut jari-jemari Irene dengan lembut.

Nak makan malam pun susah tadi. Habis berterabur dapur sebab budak-budak tu buat kacau. Alhasilnya, lewat mereka makan tadi. Lepas dah penat, masing-masing tinggalkan pinggan mangkuk atas meja dan terus landing atas toto.

"Awak sendiri yang mintak supaya kita semua tinggal serumah kan?" ujar Junmyeon.

Benar, Irene ada meminta agar mereka tinggal serumah supaya senang untuk membesarkan anak-anak bersama. Rumah agam mereka sedang dalam pembinaan sekarang jadi sebab itulah mereka tinggal dirumah Junmyeon buat sementara waktu.

"Tahu. Saya bukan merungut tapi penat sikit je," jawab Irene. Junmyeon mengusap kepala Irene, lembut.

"Apa kata kalau kenakan diorang esok?" cadang Junmyeon.

"Kenakan macam mana?"

"Kita pasang perangkap..."

Junmyeon terus membisikkan sesuatu kepada Irene. Mata Irene terus terbeliak.

"Eh tapi tolak Seulgi tau? Kalau dia terberanak, naya kita,"

"Ya, kecuali dia. Deal?"

Irene mengangguk. Dia terus tersenyum jahat bersama Junmyeon. Habislah esok korang semua. Siapa suruh tidur awal lepas makan malam.



to be continued




btw kim ada post cerita baru 😅 Russian Roulette. kalau rajin bacalah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro