Part 55
Irene tertawa saat melihat Junmyeon yang sedang bermain dengan Aeri dipersisir pantai itu. Hari ini, mereka pergi bercuti bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.
Disebelah kiri, kelihatan Sehun yang sedang membantu mengambil gambar Sooyoung. Adalah dalam beberapa kali Sooyoung nak terjatuh kerana dia memakai kasut tumit tinggi diatas pasir. Haih. OOTD sangat.
Katanya, boleh jadi kenangan. Asal jadi je. Sehun pun turutkan sahaja.
Disebelah kanan, kelihatan Chanyeol yang sedang memanjat pokok kelapa atas arahan Wendy. Gadis itu terliur untuk meminum air kepala percuma. Nak tak nak, Chanyeol kena turutkan sahaja permintaan Wendy kalau tak nak diputuskan. Hm.
Didepannya pula, Jongin dan Seulgi yang sedang bermain banana boat bersama-sama. Pasangan kekasih itu akhirnya dapat juga bercuti bersama-sama setelah sekian lama begitu juga dengan Chen dan isterinya.
Kedua pasangan itu sedang bermain parasailing sementara Aeri ditinggalkan bersama Junmyeon.
"Mummy! Sini lah!" jerit Aeri yang sedang didukung oleh Junmyeon itu.
Irene menggeleng kecil. Dia lebih memilih untuk menyediakan makanan kepada kanak-kanak jadian disana sahaja. Irene kemudiannya menyambung memotong buah-buahan dan tidak menghiraukan mereka.
Tak semena-mena, Aeri dan Junmyeon datang menyimbah air ke muka Irene. Itu membuatkan Irene terkejut beruk. Dia terus bangun dan mengejar mereka.
Jeritan Irene menyebabkan yang lain-lain memandang kearah mereka. Tak tunggu lama, mereka turut sama ikut mengejar Junmyeon dan Aeri.
Beberapa hari lagi, mereka bakal ke hospital untuk mendermakan sperma dan ovum masing-masing untuk dijadikan bayi tabung uji. Irene juga akan dijaga dengan rapi sementara menunggu tumbesaran fetus tersebut sebelum dimasukkan ke dalam rahimnya. Sebab itulah Junmyeon mengajak mereka semua ke pantai hari ini.
Dia mahu menghiburkan Irene supaya gadis itu tidak terlalu stress. Kata doktor pakar tempoh hari, Irene bukanlah tidak boleh mengandung terus atau mandul sepenuhnya, cuma berlaku sedikit komplikasi sahaja yang menyebabkan sel telurnya tidak dapat melekat pada dinding rahim. Kalau mereka benar-benar ingin mendapatkan anak, pihak hospital boleh menolong.
Sekarang, tinggal berusaha sahaja.
...
I
rene singgah disyarikat terbaru milik Junmyeon untuk memberi bekal makanan kepada lelaki itu. Entah kenapa hari ini dia rasa begitu bersemangat sekali untuk berjumpa suaminya.
Sesampainya disana, dia ditegur ramah oleh para pekerja. Mereka bagaikan terpegun melihat kecantikannya. Irene rasakan yang dia berada didalam pertandingan ratu cantik sekarang dan dia lah pemenangnya. Perasan.
Sampai dihadapan lif, senyuman Irene hilang saat ternampak Taehyung. Tak jadi dia mahu masuk ke dalam lif itu.
"Irene.."
"Taehyung.. Kau kerja sini?" soal Irene, pelik. Taehyung mengangguk. Dia pun tak sangka sebenarnya yang dia diterima walaupun setelah menghina Junmyeon.
"Boleh kita bercakap sekejap, Irene?" pinta Taehyung. Irene mengeluh perlahan dan mengangguk.
Mereka duduk dikafe didalam syarikat sekarang. Irene memandang kearah lain seperti tidak mahu bertentangan mata dengan Taehyung.
"Erm. Kau benci aku ke Irene?" tanya Taehyung, serba-salah. Irene menoleh.
"Lepas kau panggil aku slut? Kenapa kau fikir macam tu?" sindir gadis itu. Taehyung menggigit bibir bawahnya sambil memejamkan matanya, menunjukkan yang dia kesal.
"Aku minta maaf, Irene. Aku tak boleh kawal emosi aku masa tu," jelasnya. Irene tersenyum sinis.
"Senang je untuk kau minta maaf. Hati aku yang terguris ni? Siapa nak tanggung?" soal Irene. Taehyung terkedu. Nampaknya dia betul-betul dah buat isteri bosnya sakit hati.
"Aku boleh berhenti kerja kalau itu mampu buat kau maafkan aku," ujar Taehyung, jujur.
"Nah. Tak perlu. Aku boleh maafkan kau, tapi aku tak boleh lupakan semua tu. Lagipun, hal ni tak ada kaitan dengan kerja kau. Tak perlu kot kau sampai berhenti," balas Irene. Mata Taehyung sedikit bergetar.
Sekarang dia betul-betul rasa bersalah sebab dah buat Irene menangis.
"Irene..aku menyesal.."
"Lupakan jelah Taehyung,"
"Mesti ada benda lain yang boleh aku buat supaya kau betul-betul maafkan aku, Irene. Please?"
"Hmm. Kalau macam tu, kau tolong doakan supaya aku cepat-cepat dapat anak. Boleh?"
Taehyung hampir ternganga kemudian mengangguk dengan laju.
"Baik. Baik aku akan buat sekarang jugak!" ujar Taehyung lantas terus bangun.
"Oi nak pergi mana?!" jerit Irene.
"Nak pergi berdoa lah!"
Irene menggeleng kecil. Taehyung dah kenapa?
"Comel betul," Junmyeon berkata sambil berdiri disebelah Irene. Irene terkejut. Bila pula dia ada dekat sini ni?
"Tadi ada pekerja bagitau yang awak datang. Saya cepat-cepat turun bila dia kata awak dengan Taehyung. Ingatkan nak dating," terang Junmyeon, sepertinya sudah faham akan fikiran Irene.
"Jun dia cuma—"
"Saya dah dengar semuanya. Tak apa. Saya faham,"
"Awak tak ambil dia kerja sebab nak balas dendam kan?"
Junmyeon terbatuk-batuk mendengar hal itu. Sebenarnya, dia memang dah buli Taehyung sejak hari pertama lelaki itu bekerja disana. Kesian Taehyung dah macam intern pula.
"Erm. Kalau itu, Sehun punya idea—"
Irene terus menarik telinga Junmyeon dengan kuat sehingga menarik perhatian orang ramai. Mereka tergelak melihat Junmyeon diperlakukan sebegitu.
"Janji tak buat lagi dah! Janji tak buat lagi dah!!"
...
Setelah sekian lama menunggu, hari untuk bertemu fetus mereka tiba juga. Irene akan dimasukkan ke dalam bilik bedah setelah beberapa jam menunggu. Hari ini, sel telur yang telah disenyawakan itu akan dimasukkan ke dalam rahimnya. Junmyeon menunggu diluar bilik bedah dengan berdebar-debar.
Yang lain-lain juga ada menghubungi Junmyeon untuk bertanya akan keadaan Irene. Harapnya, tiada apa-apa lah teruk lah yang berlaku.
...
Beberapa bulan kemudian, Irene melawat kubur kakaknya hari bersama Junmyeon. Sudah lama mereka tidak singgah ke sini. Dia datang hendak membawa berita gembira kepada Inna. Mereka tak sabar untuk datang lagi bersama dengan orang ketiga didalam perut Irene.
"Unnie, nanti kitorang akan datang lagi tau? Tapi, nanti mungkin anak buah unnie dah boleh berjalan," bisik Irene.
Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Inna, Irene pergi kearah Junmyeon yang sedang menunggu dari jauh. Disana, kelihatan Junmyeon yang sedang bercakap dengan telefon dengan wajah yang serius.
"Kenapa?" soalnya setelah Junmyeon selesai.
"Sooyoung! Dah nak beranak!"
"Hah?!"
Junmyeon, Jongin dan Chanyeol, ketiga-tiga lelaki itu sedang memecut diatas jalan raya sekarang menuju ke hospital. Mereka tidak boleh terlepas peluang melihat Sehun dipukul dan dihenyak oleh Sooyoung.
Bergurau. Mana boleh terlepas untuk bertemu anak buah pertama mereka. Yang penting, ketiga-tiga wanita itu ingin mengetahui jantina anak Sooyoung.
Bolehlah dijodohkan dengan anak mereka nanti.
"Sooyoung-ah!! Fighting!!"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro