Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 53

Irene mengunci pintu tandas seraya menghidupkan air pancut. Tangisannya terus keluar sambil dia mengeluarkan surat yang dia dapatkan daripada doktor tadi. Terus dicarik-carik kertas tersebut sehingga hancur.

Tangisan semakin kuat apabila terdengar ketukan dari luar. Suara yang memanggilnya itu kedengaran begitu risau.

"Irene? Kenapa ni? Jangan buat ahjumma takut.." ujar ahjumma. Irene tak menjawab. Dadanya terasa senak.

"Nak. Ahjumma faham perasaan kamu kalau kamu sedih. Cerita lah. Ahjumma boleh jadi ibu sementara untuk kamu. Kamu boleh bagitahu ahjumma," rayu wanita tua itu.

Tak lama kemudian, Irene bangun seraya membuka kunci pintu tandas. Pintu dibuka perlahan-lahan dari luar. Nampaklah ahjumma betapa serabainya Irene sekarang.

Terus wanita tua itu masuk dan memeluk majikannya itu. Irene mengemam bibirnya.

"Kenapa ni? Kamu kenapa, nak? Cerita pada ahjumma! Oh tuhanku.."

"O-Omma.." pecah suara Irene saat menuturkan perkataan omma buat pertama kalinya itu. Tanpa disangka, ahjumma turut sama menitiskan air mata saat Irene memanggilnya dengan panggilan terus.

"Omma ada dekat sini, anakku,"

"Omma..." Irene masih tidak dapat bercakap dengan jelas. Dia cuma menangis didalam pelukan ahjumma sambil dibasahi air pancut.

"Tak apa. Omma ada.. Shh.. Jangan nangis, sayang."

Ahjumma memandang kebawah lantai, surat yang dicarik-carik itu masih berada disana. Logo klinik ibu mengandung itu
dapat dia lihat dengan jelas.

"Saya.. saya tak dapat mengandung, omma. Saya mandul.." jelas Irene dengan mata merah. Ahjumma terkejut.

Semakin laju air matanya sekarang. Pipi Irene dielus.

"Tak apa-"

"Ini karma.. Karma sebab dah jahat dengan Junmyeon dulu. Irene tak boleh mengandungkan anak Junmyeon.. Omma.. Apa Irene nak bagitahu dia? Junmyeon nak sangat anak, omma. Tapi Irene tak dapat bagi. Omma, Junmyeon takkan ceraikan Irene kan? Junmyeon takkan tinggalkan Irene kan? Kalau Junmyeon berubah fikiran macam mana omma? Irene dah tak ada siapa-siapa omma. Irene tak nak mati sorang-sorang omma. Junmyeon sayang Irene kan?"

Ahjumma menggeleng-geleng kecil seraya menarik Irene ke dalam pelukannya semula.

Pagi tadi, Irene telah pun pergi ke klinik ibu bersendirian kerana tak mahu Junmyeon kecewa sekiranya lelaki itu ikut sama. Jadi, hari ini, Junmyeon telah pun pergi bekerja di syarikat barunya. Sebenarnya, agak lama juga mereka menunda untuk pergi ke klinik sampaikan Irene terpaksa berpura-pura sakit. Cuma dia tak mampu lagi menipu dengan lebih lama kerana risau Junmyeon curiga. Jadi, dia buat keputusan untuk pergi juga hari ini.

Dan firasat Irene benar. Apa yang dia takuti selama ini betul-betul terjadi. Doktor mengesahkan yang dia sebenarnya mandul. Kejadian dia mengidam bukanlah sebahagian daripada simptom mengandung.

Muntah semalam pun kerana dia lewat makan sahaja. Gastrik, senang cerita.

Irene tidak tahu bagaimana untuk mengabarkan berita ini kepada yang lain. Ramai yang menunggu berita baik daripadanya. Kalau mereka tahu dia cacat sebegini, pasti mereka membencinya.

"Junmyeon bukan pengecut Irene. Mesti ada caranya untuk kamu berdua dapat anak. Junmyeon tak akan pernah tinggalkan kamu, sayang."

"Tapi kita tak tahu hati manusia omma. Kalau-kalau Junmyeon benci Irene. Dia..Dia akan kahwin dengan..Jiah ke?"

"Irene.. Jiah dah bertunang dengan doktor dekat Jerman. Mana mungkin Junmyeon kahwin dengan dia,"

"Kalau saya pun ada kebarangkalian untuk diceraikan, apatah lagi Jiah untuk putus tunang."

Ahjumma terdiam. Ini bukan Irene yang dia kenali. Apa yang patut dia buat sekarang ni?

...

Junmyeon tertawa saat melihat Sehun yang sedang menuju kearahnya dengan kesan lebam dibawah matanya, menunjukkan yang dia tidak dapat cukup tidur semalam.

Sudahlah pagi ini, mereka ada jadual untuk menemu duga pekerja baru. Sehun membaiki tali lehernya sambil menjeling tajam kearah Junmyeon.

"Kau dah kenapa pandang hyung macam tu?" soal Junmyeon.

"Hyung ah ni! Balik malam-malam sampai bini aku tidur lewat. Kena layan pulak dia punya mengidam nak naik UFO pergi bulan. Penat aku kena pukul semalam sebab tak dapat beli UFO dari NASA kau tahu tak? Orang NASA siap kata aku gila lagi! Bodoh budak ni nak beli UFO macam apa! Kau ingat aku salesman?! Dengan bini aku lagi kutuk aku ni kedekut, harap je duit banyak tapi tak dapat tunaikan permintaan dia. Nasib baik cinta!" cerita Sehun dengan wajah yang masam.

Junmyeon ketawa terbahak-bahak. Bahu Sehun ditepuk-tepuk, bersimpati.

"Kahwin pun belum dah bini-bini. Amboi," usik Junmyeon.

"Panjang lebar aku membebel itu je yang kau dengar hyung?! Baik aku cerita dekat Chanyeol dengan Jongin!" Rengusnya kasar.

Sehun melipat tangannya separas dada. Protes kononnya. Baru sahaja Junmyeon nak sambung menjawab, dia ternampak figura seseorang di pintu masuk.

"Taehyung?" gumam Junmyeon sendirian. Sehun menoleh ke belakang, memandang siapa yang menarik perhatian Junmyeon.

"Kenapa? Siapa dia?" soal Sehun.

"Lelaki dari kampung Irene,"

"Oh. Sekampung. Baguslah kan-"

"Dia suka Irene,"

"Ouh. Bad news bad news. Nino nino,"

Junmyeon menjeling Sehun. Lelaki itu dan Taehyung merenung satu sama lain. Taehyung nampaknya agak terkejut. Dia berhenti betul-betul dihadapan Junmyeon sekarang.

"Kau buat apa dekat sini?" soal mereka serentak. Sehun tersenyum sinis, menikmati kejanggalan ini.

"Aku datang untuk interview. Macam yang aku cakap haritu. Aku akan bekerja dekat salah satu syarikat besar di Seoul. Kau tak lupa kan?" jawab Taehyung, sinis.

Junmyeon diam sementara Sehun sudah pun merancang sesuatu didalam kepalanya. Dia tidak suka dengan cara Taehyung berbicara dengan abangnya.

"Ya, aku ingat. Jadi ini syarikat yang kau pilih?" soal Junmyeon. Taehyung mengangguk.

"Ya. Syarikat yang pastinya akan bawa lebih banyak untung dengan kehadiran aku. Lagi untung daripada H2O lama kau tu," jawabnya seraya menoleh kearah Sehun sekilas. Rahang Sehun mengeras.

"Kau buat apa dekat sini? Nak datang interview-"

"Dia lah pemilik syarikat ni!" celah Sehun sepantas kilat, membuatkan Taehyung terkedu.

"Apa? Tapi-"

"Syarikat ni bukan sepenuhnya dibawah nama dia tapi masih lagi anak syarikat milik O2 Group. Kau ni mesti tak check background tempat kau bekerja sebelum datang kan? Kau sedar tak kau bercakap dengan siapa sekarang? Ini bos kau, dan aku bos besar kau," ujar Sehun, sombong.

"Sehun. Dah lah tu," halang Junmyeon.

"Kenapa diam? Kalau rasa kau masih berani nak datang interview, silakan. Aku tak halang-"

Junmyeon terus menarik Sehun pergi kerana tak mahu dia bergaduh dengan Taehyung. Taehyung, lelaki dari Busan itu nampaknya terkelu disana. Dia dah masuk perangkap.

"Perlu ke semua tu, Hun?" soal Junmyeon. Sehun tersenyum nakal.

"Biarkan dia,hyung. Baru dia sedar siapa kau. Cakap pasal Irene, akak ipar sihat?" Sehun terus menukar topik. Junmyeon menggeleng kecil. Ada-ada sahajalah budak ni.

"Sihat. Harini dia buat check-up. Harapnya semua okey," jawab Junmyeon.

"Wah. Bagus. Harapnya anak korang perempuan ya. Sebab aku nak anak lelaki. Nanti kita pasang-pasangkan, bagi diorang gaduh bila besar sebab tak nak kahwin lepastu jadi drama. Kita pulak buat-buat nak mampus nanti supaya diorang rasa bersalah dan akhirnya kahwin jugak. Lepastu happy ending. Setuju hyung?" cadang Sehun.

Junmyeon mengerutkan dahinya. Sejak bila Sehun minat cerita Disney ni?

"Itu cadangan Sooyoung. Bukan aku," dalihnya.

"Yelah tu. Dah pergi cepat. Orang lain tengah tunggu tu," Junmyeon terus menolak Sehun masuk ke dalam lif.

Sesekali, Junmyeon menilik telefonnya. Dia menunggu panggilan telefon daripada Irene.

Rene, harap semuanya okey.

Semuanya okey kan?

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro