Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 51


Junmyeon memerhati Irene yang sedang menjilat aiskrim dengan sungguh bersemangat. Wajah gadis itu menjadi lebih ceria daripada sebelumnya. Tak mahu menganggu moment ini, Junmyeon mengambil kamera daripada tangan seorang budak kecil dan mengambil gambar Irene secara senyap-senyap.

Lantas, gambar polaroid tersebut dia simpan didalam poket dengan berhati-hati. Anak kecil tadi diberikan wang supaya berambus. Nasib baik termakan rasuahnya.

Mereka duduk bersahaja ditepi jambatan, memerhati orang ramai yang sedang menunggu untuk melepaskan tanglung mereka ke udara. Junmyeon terfikir akan sesuatu.

"Rene, tunggu sekejap eh?" Pinta Junmyeon dan terus pergi, hilang disebalik khalayak ramai. Irene menjongket bahu.

"Nak kencing lah tu," gumam gadis itu dan tidak menghiraukannya. Tak lama selepas itu, Junmyeon tiba dengan membawa sesuatu ditangannya.

"Tadaa-"

"Apa ni?" Irene berkerut.

"Tanglung. Kita lepaskan macam diorang nak?" Ajak Junmyeon. Irene kelihatan seperti berfikir sebentar kemudian bersetuju.

"Nak! Nak warna pink!" Pintanya. Junmyeon memberikan salah satu tanglung dan memimpin Irene mendekati sungai.

Sebelum itu, Irene dan Junmyeon memejamkan mata, berhajat akan sesuatu. Kemudian, tanglung tersebut dilepaskan ke udara.

Serentak itu, tanglung-tanglung tadi bertemu antara satu sama lain diatas sana. Langit kini dipenuhi dengan cahaya malap daripada tanglung-tanglung yang berwarna-warni itu. Irene ternganga.

Dia seorang yang sukakan langit. Bila melihatkan kejadian ini, rasa cintanya makin bertambah.

Sejam kemudian, Irene dan Junmyeon pun nampak seperti sudah kelelahan. Malangnya, mereka terserempak dengan Taehyung yang kebetulan melusuri jalan yang sama dengan kedua pasangan itu.

"Taehyung,"

"Irene... Junmyeon," sapa Taehyung semula. Matanya tak berhenti dari menjeling Junmyeon.

"Nak pergi mana?" Soal Irene, mesra.

"Sana. Beli kueh bulan," jawabnya. Irene memandang kearah Junmyeon, sepertinya dia ingin makan lagi.

"Kau, Rene?"

"Aku-"

"Kitorang dah nak balik. Malam sangat dah ni. Mengantuk," jawab Junmyeon. Dia memegang erat tangan Irene, seperti tidak mengizinkan gadis itu sekiranya mahu pergi bersama Taehyung.

"Ouh. Ye ke. Ingatkan sebab takut,"

"Takut apa?" Tanya Irene.

"Takut buah hati kena rampas," sindirnya. Irene berkerut. Junmyeon mengepal penumbuk pada tangannya yang satu lagi.

"Taehyung. Apa yang kau cakap ni? Siapa nak rampas siapa?" Soal Irene dengan nada suara yang sedikit tinggi.

"Tanya orang sebelah lah," balasnya acuh tak acuh. Baru sahaja Junmyeon hendak maju ke hadapan, Irene terus menghalang.

"Boleh tak jangan nak bertelagah dekat sini?! Junmyeon, duduk belakang! Taehyung bukan dari awal-awal lagi ke aku cakap yang kita tak akan ada apa-apa hubungan?! Susah sangat ke nak faham?! Aku sabar je tau dengan kau selama aku ada dekat kampung ni!" Marahnya. Dadanya naik turun.

"Kau ingat aku nak sangat ke sayangkan kau? Aku tak boleh kawal perasaan aku!"

"Jadi belajarlah! Ingat aku tak tahu selama ni kau dengan Junmyeon asyik bergaduh dekat belakang aku?!"

"Baguslah kalau kau tahu. Lagipun, tak salah aku nak berebut dapatkan kau-"

"Aku isteri Junmyeon! Masih isteri yang sah!" Teriak Irene. Taehyung termangu.

"Wait. What? But how-" Lidahnya kelu.

"Malam kitorang halau korang tu, tak jelas lagi ke?" Celah Junmyeon. Taehyung menggulingkan bebola matanya, malas nak menghadap Junmyeon.

"And now we're having a baby, so excuse us-" sambung Junmyeon.

"Baby? Kau mengandung Rene?" Soal Taehyung, terkejut. Bukan sahaja Taehyung, bahkan Irene sendiri.

"Kalau ya pun kenapa?"

"You're joking, Irene."

"Aku tak pernah bergurau, Taehyung."

"Tapi kau dengan Junmyeon kan-"

"Aku tak pernah cakap pun yang aku dah bercerai. Korang yang buat andaian sendiri," jelas Irene. Taehyung terdiam.

Wajah Taehyung terus berubah kelat. Dan secara tiba-tiba, dia menuturkan kata "slut.." kepada Irene, membuatkan kedua pasangan itu terkejut.

"A-apa kau panggil aku?"

"Slut. Kau dah ada suami tapi kau masih terima layanan lelaki luar. Selama ni aku sangkakan kau ni tak macam perempuan lain.." ujar Taehyung. Mata Irene terus berair. Tangannya dikepal.

"Aku tak pernah layan kau! Kau yang datang nak berkawan dengan aku!"

"Tapi boleh je kan kau tolak?"

"Jadi salah aku lah semua ni?!"

Taehyung tak menjawab. Air mata Irene gugur jua ke pipi.

"Jangan tunjuk lagi muka kau depan aku. Aku benci kau, Kim Taehyung."

Irene menarik Junmyeon pergi dari sana. Sementara Taehyung, lelaki itu tak sempat menghalang Irene. Satu keluhan dilepaskan.

"Jun, aku nak balik Seoul. Kita balik Seoul ya?"

"Anything for you, my wife."

...

Sehun menuntun Sooyoung menuruni tangga dengan berhati-hati. Perut gadis itu seperti membesar nampaknya, namun gadis itu masih lagi kekal dengan kasut tumit tinggi bertapak merahnya. Orang kaya gitu.

"Sooyoung, dah-dahlah tu pakai kasut ni. Sakit baby tu," pujuk Sehun. Sooyoung melibas rambutnya sehingga menampar wajah Sehun.

"Tak nak!" Bentaknya. Sejak mengandung tiga bulan ni, Sooyoung semakin mengada-ngada.

Nak pakai heels lah. Nak pakai baju dinasour lah. Nak buat photoshoot lah. Nak naik roller coaster lah. Nak bungee jump lah. Macam-macam lagi.

Naik semput nyawa Sehun bila dengar Sooyoung nak berbungee jump. Buatnya terberanak dekat situ, kan naya.

Nanti lokasi anaknya lahir bukan ditulis hospital, melainkan dalam sungai tempat bungee jump. Mampus anak dia kena buli.

"Fine-fine. Tapi ni last tau. Awak kena jaga kesihatan awak-"

"Nak hug.." Pinta Sooyoung dengan suara tercekik seperti doraemon. Matanya dikerdipkan beberapa kali.

"Saya tengah membebel ni-"

"Nak hug! Baby nak hug! Baby nak hug!" Bentak Sooyoung. Dengan rela, Sehun peluk juga Sooyoung walaupun sedikit terhalang dengan perut besar gadis itu.
Dia merehatkan kepalanya pada bahu Sooyoung. Sooyoung menepuk-nepuk belakang Sehun seperti bayi.

"Dah jom photoshoot," ajak Sooyoung setelah Sehun diam. Sehun tergelak.

"Pandailah dia diamkan saya. Mengada,"

"Yang mengada anak awak eh,"

"Yelah. Semua yang buruk saya punya,"

"Of course," Sooyoung tersenyum nakal.

Diruang tamu, Jongin dan Seulgi telah pun menunggu. Mereka yang bakal menjadi jurugambar buat Sooyoung dan Sehun.

"Mak dugong dah siap?" Tanya Jongin dengan selamba badaknya.

"Dugong?!"

"Bie! Buyung lah! Bukan dugong! Dugong tu kepala otak kau!" Marah Seulgi dan hampir mengetuk kepala Jongin dengan kameranya. Sehun menggeleng kecil. Nasib baik Sooyoung penyabar orangnya.

"Sorry, Soo. Okey-okey, jom start."

Baru mereka hendak berposing dihadapan kamera, pintu rumah Sehun diredah oleh seseorang. Wendy masuk dengan tercungap-cungap sambil memegang telefonnya.

"Wendy? Dah kenapa? Chanyeol curang eh?" Soal Jongin sambil tersenyum-senyum. Wendy terus memberi jelingan tajam dan melempar kasut kearah lelaki itu.

"Bukanlah! Kalau Chanyeol curang memang nahas dia aku bunuh, penggal kepala, potong badan dia 14 lepastu aku hidang dekat kau!" Balas gadis itu. Wajah Jongin dan Sehun pucat. Takut mendengar ancaman Wendy agaknya.

"Asal ni Wen? Kecoh je," soal Sooyoung.

"Ouh, hampir lupa. Irene! Irene! Irene nak balik Seoul!!"

"HAH?! IRENE NAK BALIK SEOUL?!"

to be continued

dah takde konflik orang ketiga dah. sekarang karma pula. nantikan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro