Part 50
Alang-alang dah baca tu, apa kata stop jap? Nak buat duit tak tapi malas kerja?
Download Cashzine sekarang. Korang login dan masukkan invitation code '1393207' and situ dah dapat coin tau.
Lepastu, korang cuma scroll article je untuk kumpul coin sampailah satu tahap tu, korang boleh redeem masukkan dalam akaun bank korang. Kalau korang rajin share invitation code and ramai guna, makin senang dapat coin ^^. Yang masih belum kerja or tengah belajar tu eloklah buat. Senang je tau. Alang-alang belajar bahasa inggeris XD
Tak silap ada option nak bahasa melayu atau bahasa inggeris nanti. Silakan guna invitation code saya ye XD
...
Hari demi hari, hubungan Irene dan Junmyeon semakin membaik. Mereka hidup harmoni seperti pasangan yang baru berkahwin seminggu lepas.
Pesta hujung minggu yang sering diadakan dikampung ini bakal berlangsung esok. Irene dan Junmyeon hajatnya ingin ke sana sekadar untuk memeriahkan acara.
Malam pun tiba. Irene dan Junmyeon menuju ke tengah kampung dimana acara diadakan. Mereka ke sana dengan menaiki basikal yang baru sahaja dibeli tempoh hari. Nasib baiklah Irene masih ingat cara untuk menunggang basikal, jadi bolehlah dia tumpangkan Junmyeon.
Lelaki itu membonceng dibelakang sambil memeluk erat perut Irene kerana takut. Sesekali Irene sengaja melepaskan pegangannya pada pemegang sekadar untuk membuat Junmyeon menjerit ketakutan.
Itu adalah salah satu bentuk hiburan baru bagi Irene. Sampai sahaja disana, mereka pergi membeli makanan-makanan yang dijual disana. Junmyeon menjaga langkah Irene memandangkan isterinya itu sedang memakai hanbok. Dia risau Irene tersadung.
Sesekali dia perasan yang orang kampung memerhati mereka dengan pandangan aneh. Aneh yang berarah kepada kepada sedang mengumpat. Tapi Junmyeon diamkan sahaja kerana Irene nampak terlalu gembira sekarang.
Gadis itu sedang mencuba mochi yang baru sahaja siap ditumbuk disalah satu gerai. Junmyeon layankan sahaja supaya Irene tidak perasan dengan pandangan keji penduduk disana. Mungkin mereka masih menganggap Junmyeon sebagai pembunuh agaknya.
"Jun, nak tanglung boleh tak?" pinta Irene saat melihat tanglung-tanglung dari pelbagai jenis corak yang dijual disana.
"Boleh," jawab lelaki itu. Mereka pergi ke sana sambil berpegangan tangan, membeli apa sahaja yang Irene inginkan.
"Jun, nak tu," pinta Irene lagi saat melihar patung beruang gergasi disalah satu gerai lagi. Mereka hanya perlu mengaut salah satu itik-itik mainan didalam kolam sahaja. Dibawah mainan itu pula ada nombor-nombor yang telah ditetapkan hadiahnya.
Junmyeon turutkan lagi. Dia membeli token dan mencuba untuk memberi hadiah tersebut kepada Irene. Malangnya, Junmyeon cuma mendapat satu sahaja hadiah iaitu keychain patung arnab putih.
"Maaf, Rene," ujar Junmyeon kesal. Irene tersenyum.
"Tak apa. Bunny ni pun comel. Macam awak," jawab Irene sambil tersengih-sengih. Dia menyangkut keychain tersebut pada tali dipinggangnya. Setelah itu, dia mendongak, menayangkan barisan giginya kearah Junmyeon.
"Erm. Lagi sekali," kata Junmyeon, tak mahu mengalah.
"Tak apa Jun-"
Token terus dihulurkan. Junmyeon sekali lagi mencuba dan kali ini dia dapatkan patung zirafah pula.
Tak mahu kalah, Junmyeon teruskan lagi sehinggalah itik-itik mainan didalam kolam semakin berkurangan. Orang-orang kampung datang mendekat untuk melihat terutamanya kanak-kanak. Penjual pula sedang berehat ditepi sambil menggenggam token didalam tangan kearah Junmyeon dengan selambanya kerana dia tahu, selagi Junmyeon tak menang, selagi itu lelaki itu tidak akan berhenti.
Irene pula tidak berhenti menyemangatkan Junmyeon. Lagipun, bukan habis pun duit suaminya itu. Namun sekarang hanya tinggal beberapa sahaja lagi hadiah dikedai itu.
Junmyeon berhenti seketika untuk berehat. Lagipula jarak antara kaunter dan kolam sangat jauh dan menyukarkan dia untuk memancing. Sesaat kemudian, datang seorang lelaki membeli token. Baru sahaja Junmyeon mahu menyuruh lelaki itu mengalah, tak disangka-sangka, lelaki itu yang memenangkan hadiah patung beruang gergasi yang Irene inginkan.
Mereka berdua ternganga. Patung itu diberikan kepada kekasihnya dan lelaki itu pergi dengan gembiranya meninggalkan Junmyeon dalam keadaan tercengang.
Irene menyentuh bahu Junmyeon dan mengusapnya lembut, mencuba menenangkan lelaki itu.
"Rene.. saya.."
"Jun, tengok sini,"
Junmyeon hampir tersedak saat melihat Irene sengaja menjulingkan matanya untuk menghiburkannya. Irene pula terus mencium pipi Junmyeon dan menyatukan jari mereka.
"Saya tak perlukan patung beruang tu pun. Malam-malam saya tidur pun peluk awak jugak," bisiknya. Junmyeon tergelak.
"Mainan ni, kita bagi diorang lah," cadang Irene sambil menunjuk kearah kanak-kanak yang sedang memandang timbunan hadiah yang mereka menangkan. Junmyeon mengangguk setuju.
Satu-persatu mainan diserahkan. Tak semena-mena, kanak-kanak itu memeluk perut Irene dengan gembiranya. Itu membuatkan satu perasaan aneh muncul didalam hati Irene.
Habis sahaja memberi hadiah, mereka bergerak pergi kerana masih banyak gerai yang mahu dikunjungi. Irene menelan liur saat melihat makanan masam yang dijual disana terutamanya buah mangga.
"Nak ke?" soal Junmyeon, perasan dengan riak wajah Irene. Irene mengangguk.
Junmyeon pun pergi membeli pulut mangga dan menyuap Irene. Seketika, dia tersedar akan sesuatu.
"Awak bukan mengidam kan?" soal Junmyeon secara melulu sehingga membuatkan Irene hampir tersedak.
"Saya apa?" soal gadis itu.
"Mengidam. Mengidam yang untuk orang-"
"Orang mengandung? Baru tiga minggu kot, Jun."
"Tapi kalau masa kita buat tu awak tengah subur-"
"Salah ke perempuan nak makan makanan masam-masam! Susah betullah jadi perempuan ni! Mengidam sikit kena tuduh mengandung! Habis lelaki je boleh makan mangga?!" bentak Irene secara tiba-tiba.
Junmyeon terus diam.
"Baiklah. Sayang tak mengandung. Abang je palatao," ujar lelaki itu. Terus Irene tersenyum.
"Kan dah cakap. Awak yang tak nak dengar,"
Kening Junmyeon terjongket. Ouh. Jadi, ini ke cara nak pujuk Irene bila marah sekarang?
"Sayang nak aiskrim?"
"Nak!"
"Bagi kiss dulu,"
chu.
Satu ciuman diberikan tanpa berlengah. Junmyeon menahan dirinya daripada menjerit keriangan. Sah! Ada makhluk aneh mendiami perut Irene sampai dia dapat kawal isterinya sekarang.
"Kalau macam tu, habiskan yang ni dulu cepat-cepat,"
"Okey, kapten!"
"Comel,"
"Tahu."
Junmyeon akhirnya melepaskan juga senyuman sehingga ke telinganya. Matanya kini tertancap pada perut Irene.
'Terima kasih, alien.'
to be continued
bergembiralah ya 😜
bersedialah untuk saya spam balas komen korang 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro