Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 46

Bangun pagi esoknya, Irene tersedar saat mendengar bunyi seseorang yang sedang mengaduh kesakitan. Dia bingung saat melihat dirinya yang sudah pun berada diatas toto bersama dengan selimut.

Irene keluar untuk mencari punca bunyi tersebut. Sampai disana, dia ternampak Junmyeon yang sedang cuba menghidupkan api menggunakan dua ranting kayu seperti orang zaman purba.

Irene tercengang namun dalam masa yang sama ingin tergelak. Wajah Junmyeon kusut kerana tak dapat menghidupkan api dengan ranting basah tersebut.

Perlahan-lahan, Irene mengeluarkan pemetik api secara menghalakannya dihadapan muka Junmyeon. Lelaki itu terkejut.

"Tak pernah nampak api eh?" Soal gadis itu.

Junmyeon bingung pada awalnya kemudian menggeleng pantas.

"Mestilah pernah! Tapi..Tapi..Ini.." Lelaki itu menunduk kecewa kerana tak dapat menghidupkan api seperti seorang pengakap.

Irene menggulingkan bebola matanya dan menunjuk kearah dapurnya.

"Kenapa tak guna je dapur tu? Apa guna aku bina kalau kau tak nak guna?" Soal gadis itu. Junmyeon menoleh kearah dapur dibelakang Irene.

"Ouh. Itu dapur—"

Irene menjelingnya tajam. Sangkanya Junmyeon ingin menghinanya lagi.

"Aniya. Mana aku tahu ada dapur. Lagipun kuali semua ada dekat sini." kata lelaki itu, polos.

"Itu sebab sini tempat basuh pinggan, suami bebal tersayanggku.." sindir Irene. Junmyeon yang nampaknya tidak mendengar perkataan bebal hanya mampu mendengar perkataan sayang sahaja.

"Sayang?" Soal Junmyeon, matanya bersinar-sinar sekarang. Irene mengerutkan dahinya.

"Apa mende kau mengarut ni?" soal gadis itu.

"Kau panggil aku sayang tadi kan?"

Irene semakin kesal. Dia menyerahkan pemetik api itu kepada Junmyeon dan menjauhinya. Junmyeon terus bangun untuk mengejarnya.

Dia menyenggol bahu Irene beberapa kali sehingga membuatkan Irene ingin melepaskan tawanya.

"Jangan kacaulah! Aku panggil kau bebal lah tadi!"

"Apa baby? Baby?"

"Junmyeon!"

...

Junmyeon sekarang kembali menghidupkan api menggunakan ranting kerana mahu membuktikan dia bukan lelaki bandar kolot. Irene tak mampu menghalang memandangkan Junmyeon benar-benar serius.

Sekarang sudah hampir waktu makan tengah hari namun Junmyeon masih belum siap. Perutnya sudah pun berkeroncong kuat.

Baru sahaja Irene nak memanggil Junmyeon masuk dan membiarkan dia pergi membeli dikedai sahaja, Junmyeon akhirnya berjaya menghidupkan api. Lelaki itu berteriak gembira sehingga terlompat-lompat.

"I did it!!"

Irene juga nampaknya kagum dengan pencapaian Junmyeon. Dia tersenyum dalam diam. Junmyeon berlari kearahnya seraya memeluk Irene dengan erat. Satu ciuman diberikan dipipi Irene.

Sesaat kemudian, Junmyeon pergi semula untuk memasak nasi. Tidak perasan yang Irene sebenarnya sedang terkejut.

Irene perlahan-lahan mengundur sambil bersandar pada dinding. Dadanya dipegang. Jantungnya berdegup dengan kencang.

Irene cuba untuk bertenang namun gagal. Dia secara tiba-tiba disergah oleh Junmyeon lagi. Lelaki itu masih dengan senyuman lebarnya.

"Rene! Cepatlah! Jom masak lauk!" Ajaknya, riang. Tangan Irene dipegang sekarang.

Irene tak mampu menjawab. Dia masih dalam dunia khayalannya.

"Oke—"

"Palli!" Junmyeon menarik Irene keluar dan mencangkung semula. Dia memasukkan minyak ke dalam kuali sambil diperhatikan oleh Irene.

"Aku tahu kau suka daging kan? Aku tengok dalam peti ada sikit so aku masak yang tu untuk kau." Ujar Junmyeon. Irene mengangguk kecil.

Seketika, dia terdiam. Junmyeon cuma memasak sekeping daging sahaja yang mana itu cukup untuk seorang sahaja.

"Kenapa tak masak lagi satu?" tanya Irene.

"Aku dah kenyang.. Ini untuk kau," jelasnya.

"Kenyang makan apa?"

"Makan semua permainan bodoh kau,"

Irene terkejut. Pandangan Junmyeon menjadi sinis sekarang.

"Maksud kau?"

"Aku dah muak dengan kau. Kau tipu aku kan? Kau curang dengan anak ketua kampung kan? Kau nak harta aku kan? Kau sengaja lari sini sebab nak aku kejar kan? Kau memang perempuan murahan!"

Junmyeon menetak leher Irene menggunakan pisau.

Tak lama kemudian, Irene kembali ke dunia nyata.

Junmyeon kini sedang memandangnya dengan pandangan bingung.

"Rene? Cepatlah? Kita nak masak ni kan?"

Irene memandang sekelilingnya. Dia masih berada didalam rumah dan bukannya diluar. Dia berhalusinasi ke tadi? Irene bingung.

"Rene? Okey tak ni? Kau sakit ke?" Tanya Junmyeon, prihatin. Dahi Irene disentuh untuk merasa suhunya.

"Aku.. sihat.." jawabnya, lemah.

Irene keluar dari rumah diekori oleh Junmyeon. Saat itu, dia ternampak kuali yang telah disediakan oleh Junmyeon untuk memasak. Dia teringat lamunannya tadi. Dengan pantas Irene berlari mendapatkan lebihan daging yang dibelinya dan memasukkannya ke dalam kuali.

"Kejap. Rene nanti membazirlah. Sikit-sikit sudah." Nasihat Junmyeon. Irene menggeleng.

"Tak nak. Makanan habis boleh beli. Yang penting aku tak perlu dengar semua tu." Jawab Irene, sedikit gementar.

"Dengar apa?"

"Tak ada apa."

Irene tak sanggup bertentangan dengan wajah Junmyeon. Dia meminta diri untuk menggunakan tandas sekarang. Sampai disana, Irene merendam wajahnya ke dalam sinki.

Dia takut. Irene takut apa yang Junmyeon khayalan katakan itu adalah isi hati Junmyeon yang sebenar. Irene terlalu overthinking sekarang.

Akan tetapi, dia tak mampu menitiskan mata lagi. Dadanya tiba-tiba menjadi sesak. Seolah-olah dia mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.

Irene buntu. Dia tak tahu apa yang sedang terjadi kepada dirinya.

Bermula dengan overthinking semalam, sehinggalah panic attack sekarang. Patutkah dia beritahu Junmyeon?

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro