Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 44

"Bigfoot?! Mana?!" Jerit Junmyeon seraya berlari kearah Irene.

Itu membuatkan Irene menjerit ketakutan. Irene berlari kearah paip dan menyembur Junmyeon dengan air sambil menjerit.

"Pergiii makhluk jijik!"

Junmyeon berkerut. Kenapa Irene serang dia ni? Dia baru tersedar yang dialah Bigfoot yang dimaksudkan. Kecil-kecil comel macam patung Chucky ni pun boleh disalah anggap Bigfoot ke?

"Chamkanman! Irene! Ni aku!" Jerit Junmyeon. Irene berhenti dari menyembur Jummyeon. Dia kelihatan bingung sekarang.

"Bigfoot dah jadi Junmyeon?"

"No you silly! Ini aku, Kim Junmyeon. Nampak?"

Junmyeon datang mendekat. Membuatkan Irene terlopong.

"Macam mana kau jumpa aku?" Soalnya. Irene menjauhi Junmyeon.

Setapak Junmyeom ke hadapan, Irene menyemburnya dengan air supaya lumpur tersebut luntur, membuatkan Junmyeon terhenti. Bila dia bergerak lagi, Irene akan sambung menyemburnya sampailah Junmyeon berputus asa.

"Salah ke suami nak datang jenguk isteri?" Tanya Junmyeon sebaik mungkin. Irene melumat bibir dalamnya kuat.

Suami. Isteri. Dia rasa janggal dengan perkataan tersebut.

"Tak jawab. Maknanya betullah. Tak salah pun kan?"

Irene menjatuhkan getah paip dari tangannya dan beredar untuk masuk ke dalam rumah. Junmyeon dibiarkan berada diluar dalam kesejukan, sendirian.

Lelaki itu mengeluh perlahan. Mungkin Irene perlukan masa untuk terima dia semula. Baru dia nak berpusing pergi dan merajuk, Irene kembali semula bersama tuala ditangannya.

"Nak pergi mana? Sini mana ada motel," jelas Irene, pelik.

Junmyeon menoleh dengan mata sebesar anak kucing comel dan hampir terharu. Belum sempat dia nak ucapkan terima kasih sebab bertanya, Irene melempar tuala tersebut ke mukanya.

"Mandi dekat sini je. Tak pasal-pasal dalam rumah kotor kalau kau masuk. Lepas dah siap, masuklah. Sabun ada tu hah." Jelas Irene dengan suara mendatar dan beredar pergi.

Junmyeon tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia menunduk untuk melihat sabun yang bakal digunakannya. Dalam fikirannya, mungkin ianya sabun strawberi yang selalu Irene guna dulu.

Tapi sangkaannya merosot saat melihat sabun yang berada berdekatannya itu.

"Tapi Rene.. Ini sabun pencuci pinggan?"

...

Irene ternganga saat melihat Junmyeon yang betul-betul menggunakan sabun pencuci pinggan untuk membersihkan badannya. Alhasilnya, habis seluruh badan Junmyeon merah-merah dan gatal.

"Kau sental macam mana badan sampai nak tercabut kulit ni?!" Marah Irene lalu menampar badan Junmyeon.

Tak sampai sehari Junmyeon datang, dah buat masalah. Junmyeon mencebik. Manalah dia tahu boleh jadi macam ni. Irene mendengus kasar seraya mengambil air suam untuk menuam badan Junmyeon.

"Ingatkan—"

"Ingatkan aku bergurau? Kalau dah tahu bergurau kenapa buat jugak?!"

"Aku.." Junmyeon jeda sebentar. "Tak tahu."

"Sebab bengap!" Sembur Irene. Dia menonyoh muka Junmyeon dan membuatkan Junmyeon menjerit kesakitan.

Irene mengambil daun alovera dan menyapunya ke seluruh badan Junmyeon.

"Slow-slow la. Sakit.." Pintanya.

"Padan muka! Siapa suruh cari pasal!" Marah gadis itu. Irene menggeleng kecil dengan tingkah Junmyeon yang serupa orang bandar yang kosong pengetahuan tentang kampung. Masalahnya, takkan tak boleh fikir?

Kadang Junmyeon ni bijak, tapi bodoh juga.

"Sayang jugak kau pada aku ya?" Tanya Junmyeon sambil tersenyum.

"Cakap sepatah lagi aku halau kau tidur dengan beruang."

Junmyeon menutup mulut dan matanya. Jelas sekali ketakutan. Itu membuatkan Irene hampir tergelak tapi dia mengawalnya.

"Aku.. dengar yang.. perbicaraan tu dah selesai." Kata Irene. Junmyeon yang masih menutup mata mengangguk.

"Sorry.."

"Cakap sorry lagi, aku cium."

Giliran Irene pula diam. Bila Junmyeon celik, Irene pula menutup matanya.

"Aku rindu kau."

"Tak ada apa yang nak dirindukan." Irene membuka matanya dan mengelap tangannya dengan tisu.

Tiba-tiba, Junmyeon menekapkan bibirnya pada dahi Irene. Mencium dahi gadis itu dengan begitu tulus.

"I love you.." Luahnya. Irene tak menjawab.
"Sangat..sangat.."

"Junmyeon.."

"Ya?"

"Busuklah."

...

Irene membersihkan bagasi Junmyeon yang terkena lumpur itu. Nasib baiklah bagasi jenis tak berkain. Kemudian, pakaian-pakaian lelaki itu dimasukkan ke dalam almari.

Junmyeon sekarang sedang menikmati makan tengahari sendirian. Lapar agaknya lepas kena paksa mandi tadi.

Sedang dia mengemas, dia terjumpa gambar perkahwinannya bersama Junmyeon. Cincinnya juga turut sama berada disitu.

Irene tersenyum pendek. Cincin tersebut disarungkan ke jarinya buat beberapa saat sebelum dimasukkan ke dalam kotaknya semula.

Selesai mengemas, Irene keluar untuk memeriksa sesuatu. Dia perasan yang kereta Junmyeon tak berada diluar.

"Junmyeon. Kau datang dengan apa?" Soalnya.

"Kereta."

"Habistu. Keretanya mana?"

"Oh. Itu. Dekat jalan nak masuk."

"Kuncinya?"

"Kunci.." Junmyeon menyeluk sakunya untuk mencari kunci kereta namun tak menemuinya. Dia mencari pula dibawah meja dan hasilnya sama.

"Kunci Junmyeon. Mana kunci?"

"Hehe. Tertinggal dalam kereta."

Irene menepuk dahinya. Habislah kereta tu kena curi. Sudahlah kampung ni bukannya selamat sangat pun.

"Ala biarkan Rene. Kereta tu bukan boleh masuk sampai sini pun." Kata Junmyeon dengan tenangnya.

"Bukan pasal boleh masuk atau tidak! Kalau kena curi macam mana?!"

"Beli baru."

Irene hampir-hampir meletup mendengar jawapan Junmyeon. Sementara lelaki itu ketawa sahaja membayangkan keretanya dicuri.

"Kau tahu, Rene? Kau nampak lain sangat sekarang."

"Apa yang lainnya?"

"Dulu kau mana kisah nak habiskan duit sebanyak mana pun— Jangan salah faham. Aku tak kisah pun kau nak guna duit aku. Cuma sekarang, kau nampak comel bila frust." Jelasnya. Irene menggulingkan bebola matanya.

"Cakap jelah sebab aku dah miskin kan?"

Junmyeon mengangguk dengan polosnya kemudian menggeleng dengan cemas.

"Bu—bukan itu maksud aku.. Aku.."

"Dahlah. Habiskan makanan tu. Tak baik membazir. Aku kan miskin. Susah tau nak beli beras tu. Nanti tak bersyukur pulak." Irene menyindir Junmyeon.

"Rene.."

"Blwerrrkkk.."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro